cuti raya cina ni sefamili planning balik kampung+jalan2 kat melaka. aku pun kira ngikut skali la. ajak abg hisyam dia plak ade planning hari ahad. ade majlis tunang adik member. hoh! org dah syok2 planning bejalan satu famili boleh plak dia adehal. dia boleh hantar and amik je. hari kitorg bejalan2 takleh join. sabau jela (slang org melaka).
jalan kali ni best gak coz 1st time jalan ngan faris. 1st time jalan ade budak2. bila ade budak nih beg nak bawak pun betambah banyak la. maknya punya beg satu beg, besar satu beg sandang, satu henbeg. anak punya beg satu beg baju, satu beg pampes+barang mandi, satu beg susu/makan.peh..ah, tak lupe stroller ye! sebab planning nak ke zoo jadik kena bawak stroller. maunya nak ngangkat si faris yg makin berat tu pusing satu zoo melaka? mau? pengsan maknya.
agenda:
1. kenduri kawin sedara ayah (kawinkan anak), tahlil arwah atuk-sepanjang hari sabtu
2. jalan2 ke zoo, soping2 ke banda hilir, makan ikan bakar-sepanjang hari ahad
3. river cruising di banda hilir-isnin pagi
ade agenda yg tak sempat masuk list..gi soping kat jusco, gi mydin (ngeh2x), lawat kawan mak ayah..oh, next time kot.
nak citer, apartment yg kitorg book untuk 2 mlm tuh jenis tempat tinggal ke hape. senyap sunyi, takdak org ramai datang pun, bangunan tinggi2 macam bangunan tinggal, horror dan menakutkan!! bak kata mak boleh jadi lokasi penggambaran citer seram!! ayah kata dulu tempat ni 4 bintang pastu lingkup jadik tah bape bintang gak'eh. laluan nak pegi bilik senyap sunyi. bilik banyak tau. tapi menakutkan. lantai berabuk. kena panjat tangga bawak beg yg berat tuh. lif dah lama takleh guna. sib baik tingkat 2 jek. hisy..mmg seramla. tapi tanggapan tak selesa tu terus berubah bila masuk bilik. tengok kemudahan dalam bilik sumer ok dan selesa nak duduk, kira alhamdulillah..tapi memang la pasni kalu takde tempat kat satu melaka ni pun takmo dah dok situ lagi. baikla dok umah nenek yg sempit tuh. bentang toto lambak luar bilik pun jadikla.
panjang sangat citer nak tulis. tapi biarlah gambar yg jadik saksi.