Followers

Monday, May 17, 2010

sehari ke pekan, pahang

hari sabtu 15hb arituh aku, abg dan faris memecah kedinginan pagi hari ke pekan pahang. ade jemputan kawin member abg di sana. jadinya jumaat malam lagi aku dah siapkan barang2 faris, bajunya beberapa lai..manala tau kot peluh ke tumpah air ke..baju malam lagi, kot2 sampai malam ke, pampes, dan barang2 sampingan. jam 8 lebih kami bertolak menuju ke gombak. lalu highway besraya depan mines terus ke mrr. pagi2 mmg tak lalu la nak makan sebab dah kelam kabut sumbat2 barang sume kan. so sebelum tol gombak sana kitorg pun singgahla breakfast di mcd. hmmm..sedap sungguh dia punya breakfast tau! geleng2 pale aku tahan nikmatnya makan western nih, ahahahah!!!



nak jalan ni




posing dulu sebelum jalan





breakfast @ mcd


faris tido lagi


faris da bangun. katne ni?

perjalanan kali ni kira 1st time untuk aku dan abg. aku awal2 lagi dah tengok peta untuk abg. dia sibuk suh tanya mana tempat tu, nak lalu kot mana, nak exit kot mana. abg aku nih lain macam sket. kalau pegi mana2 tempat pastu taktau jalan, tambah plak telambat sampai ke jem ke hape ke..dia boleh ngamuk tak tentu pasal, boleh sampai terbang la kete tu dibawaknya. sampai aku yg duk sbelah nih pun tahan rasa je bengang kat dia. org lain pun tak tau gak jalan kan tapi rilek je. boleh je pun stop mana2 tanya org. oohhh dia ni takde. dia nak sume nya perfect. jalan boleh straight terus sampai ke destinasi baru dia senang hati. kalau masih lagi nak tercarik sana tercarik sini mmg dia kalut la. aku yg tensen dok sbelah dia. jadiknya kali ni kami dah redi awal2. kuar rumah pun awal pagi, tujuan nak hala ke mana pun dah tau. so akhirnya dalam jam 11 lebih kami tiba di gambang. dari situ tengokla peta nak ke rumah pengantin tu kan. dalam 12 lebih sampaila.







makan2 dlm kete. comot eee!!

lepas kenduri kami terus balik bangi. takde nak tido kat sana ke ape ke. sebelum kul 7 malam dah sampai. lega tapi sakit punggung sebab dok je dalam kete lama2. faris pun tak nampak dia bosan sebab dia suka dapat jalan2 ngan ayah dia. bukan senang nak jalan2 ngan ayah nye tu kan..

*lain kali kalu nak ke pantai timur aku kena makan pil mabuk dulu la. jalan sebelum masuk highway punyala bengkang bengkok..pening pale aku!*


About this blog