salam..
aku belajar dulu..rezeki itu ada di mana2. selagi Allah mengizinkan, maka adalah rezeki itu. dengan syarat hendaklah kita mengusahakannya. kalau takde usaha, takkanla rezeki itu ada dengan tiba2 saja.
dari aku kecik dulu, aku melihat bagaimana mak ayah berkongsikan rezeki, bukan saja dengan manusia, malah dengan binatang sekalipun. sejak kami duduk di rumah pertama lagi (fasa 1) aku tengok ayah akan mengambil segenggam berasa buat dtabur di luar rumah. katanya nak diberi pada burung2 yg terbang pagi. aku lihat banyak juga burung yang datang terbang makan beras itu. seronok pulak aku tengok makin lama makin banyak burung2 yg datang. masa tu aku dlm darjah 1/2. masa di rumah yg kedua pun sama (fasa 1 juga)..rumah ke3 (fasa 3..spt yg diceritakan br2 ni) sampailah ke rumah banglo sekarang, ayah masih lagi memberi burung2 makan beras yang ditabur. aku pun dah berkeluarga. ayah cakap..burung yang datang tu membawa rezeki..mendoakan kita.
kucing juga dah beberapa ekor yang dibela dan dijaga oleh ayah. pernah kami bela kucing betina..sampai beranak la. dan sebab tak sanggup bela banyak2 maka dibagila anak tu pd org. kucing jantan juga ada. cumanya dlm satu2 masa takdela sampai banyak kucing nya. nak makan ape, sume dibagi. ikan goreng, nasi campur, ada yg nak biskut ikan je. sekarang ni je ada jordan sekor..walau rasa nyampah sebab suka menyibuk di kaki org time makan ke bz kt dapur ke, kekadang diala kawan buat peneman.
mak ayah juga cakap..rajin2 beri orang makan2. orang yang datang makan makanan kita..mereka bawa sekali rezeki dan rahmat. sebab tu dedulu mak ayah rajin buat kenduri2 doa selamat dan tahlil..open house, family gathering, ape2 je majlis keraian dalam keluarga, mak ayah pesan suh jemput sekali kawan2. maka ramaila yg datang merasa masakan mak (or kekadang catering je). tapi jgn taktau..yg biasa dgn masakan mak pasti tercari2 sambal belacan mak or cencaluk. time open house pula mesti tanya mak punya masakan laksa, dengan kuahnya yang umphh..perghh!! sape dah penah rasa laksa mak mmg tau sendirilah!
tapi yg paling tak best bila terpaksa rela nak berkongsi rezeki dengan mereka2 yang suka2 sangat minta2 nak meminjam ni. memang lemah betul! tak kira mereka yang terdekat mahupun yang terjauh. aku kekadang jengkel hati jugak tengok diorg ni nampak je mak ayah banyak duit mulalah rajin nak minta2. masa ni la rasanya mulut paling manis sekali. sudahnya hingga ke akhir bayang dan suara pun tak nampak kemana hilangnya. apa mau dicakap? halal sajalah untuk mereka. mak dan ayah juga nampak lembut dan rasa2 boleh nak ditolak ansur. mmg lembut gigi la jadinya mereka itu. kalau aku la..ohhh tidakla. aku ni keras sket. agak susah nak senang2 je menghulur kat sape2. aku dah terkena beberapa kali masa aku di universiti dulu. aku dah serik. sering jugak aku mendengar keluh resah dr mak tentang org sekian2 asik2 nak meminjam je dr mak. ape aku boleh buat? dengar jelah. dalam hati mmg aku tak bape suka sebab org amik kesempatan atas mak yang mmg berlembut je bila depan orang. haihh..jauh beza mak ngan aku...
apepun, walau berapa banyak kali mak ayah diduga *ada juga yg tanpa pengetahuan aku* mereka tetap dengan kesungguhan dan kemurahan hati berkongsi rezeki. mana2 yg ada dan terlebih mmg sanggup diberikan kepada jiran mahupun keluarga sepupu sepapat. walau ada yang buat onar, mereka balas dengan kebaikan *hmm...bagusnya kalau aku macam tu, heh!*