pertama kali buat marmet masa dalam pantang. tapi sebab bila baru lagi bersalin tak nampak banyak kalau marmet , guna pam saja..dan botol 2oz mlo tuh. baru2 nih cuba balik marmet. pam guna tangan. gara2 tertinggal corong pam. beriya sakan bawak beg spectra 3 yg gabak tuh masuk keta. sampai opis nak mula pan tengok corong takde. apelagi. tarik nafas mulalah me-marmet. mula2 buat memang rasa renyah. otak dah set kata benda nih susah. kejap2 lenguh tangan. kejap2 lenguh kepala. amik masa plak tu. org dahla nak kena cepat. tapi yg tu pengalaman.
kali kedua masa kat wad hosp serdang masa adik sakit haritu. adik lama sangat tido sampai terasa bengkak. pam s3 dah suh abg bawakkan. tapi kang pk nak kena cuci dan steril corong pam, penapis ngan membran dia, botol..halla banyak keja lah. akhirnya ku marmet saja. rasanya dalam 1/2 jam ke 45 minit jugaklah. amaun dapatla 3oz. okla tu kan. mula perasan yg kalau nak marmet nih memula kena urut2 dulu kawasan sekitar. then lurut ke hujung dan picit. dalam 2,3 minit baru susu kuar menitik2. lepas tu baru laju. masa ni dapat drop2 saja. then baru dapat pancutan yg laju tapi dr satu tempat saja. kalau statik buat camtu nanti akan tiba masa kuar susu yg banyak memancut2 dari banyak tempat. masa nih memang rasa heavenlah. seronok je tengok botol mula penuh. tapi takleh stop ke terbuat benda lain ke. bila momentum tu hilang, dia jadi tak laju dan tak banyak la macam tadi. tak kisahla apepun. janji dah tak bengkak dan ianya sudah lembut dan rasa pun dah lega. kalau tak ape-pun-tak-boleh.
hah, lepas tu bila2 masa je kat rumah ku guna marmetlah. tak kuasa nak mencuci spare part pam, kecuali masa gi kerja gunalah s3. kira mcm dah expert lah tangan ni.
-ps: ini hanyalah untuk konteks isu penyusuan susu ibu. bukannya untuk menerbitkan rasa tak senang ke tak sesuai ke. harap maklum
No comments:
Post a Comment