Followers

Sunday, October 10, 2010

perlukah murid kurang normal belajar bersama mereka yang normal?

apakah patut kanak-kanak yang kurang upaya (mental) mendapat pendidikan di sekolah biasa ataupun perlu ditempatkan di pusat pendidikan khas?

persoalan ini sering bermain di minda semua. samada para ibubapa, guru mahupun mereka yang mengambil bidang dalam bidang perguruan. jika di sekolah rendah terdapat sekolah integrasi dan sekolah pendidikan khas. namun di peringkat prasekolah masih terdapat kekurangan dari segi prasarana dan tenaga pengajar. di beberapa bahagian kawasan yang penduduknya berpendapatan sederhana mereka tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak istimewa ini ke tempat khas sebaliknya menghantar ke tempat belajar biasa untuk anak-anak mereka

perkara ini juga berlaku di tadika ku di aulad jasmin kajang. semenjak tadika ini beroperasi lebih sepuluh tahun lalu hampir setiap tahun akan terdapat murid2 yang kurang normal ini dimasukkan ke sana. antaranya..yang mengalami autisme, adhd, lembam dan yang terbaru perkembangan mental yang perlahan seperti umur kanak2 muda padahal umurnya sudah mencecah 6 tahun. bagi murid2 yang 'bermasalah pembelajaran' hampir dikatakan setiap tahun ada. lambat menulis, lambat 'pick-up', tidak mahu bersosial, tiada kemahiran asas dan sebagainya.

pada mulanya kami di sana gusar dan khuatir juga tentang bagaimanakah rasanya penjagaan dan pengajaran mereka ini. menurut makluman ibubapa kebanyakan mereka ini sudah boleh berdikari cuma mereka memerlukan aspek pendidikan serta pergaulan biasa dengan kanak2 normal sahaja. bila masa berlalu, didapati mereka ini boleh mengikut dan mengaplikasikan pengajaran yang dibuat.

contohnya, murid autisme memang akan berlari2 ke sana ke sini tak mahu diam. janganlah disuruh duduk saja buat kerja memang tak akan dilakukannya. tetapi dalam masa yang sama mereka ini akan mendengar sesi pengajaran guru dan sedikit2 apa yang diajar oleh guru kepada kanak2 lain akan diserap oleh mereka ini. seperti pengajaran matematik yang menggunakan kaedah mental arithmetik yang memerlukan penggunaan jari asas, mereka dapat mengira di bawah no 20..pembacaan surah2 lazim secara harian dimana pernah seorang murid ini tiba2 menghafal surah2 yang dibaca setiap hari itu..serta mengikut pembacaan buku yang menggunakan kaedah baca pantas-ba be bi bo bu..ini baba ini bibi ini bubu. pergaulan dengan rakan2 juga semakin baik hari ke hari memandangkan rakan2 yang lain juga boleh bermain bersama dengan mereka. cuma cabaran yang perlu dilakukan ialah mendidik kanak2 normal tentang kelainan mereka ini serta mengelakkan mereka daripada membuli atau bergaduh dengan mereka disebabkan keadaan diri mereka yang tidak normal. jika diasuh setiap hari mereka yang kurang normal ini dapat berdikari serta faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta mendapat serba sedikit pendidikan yang diajar oleh guru.

pendapat saya..kanak2 kurang normal ini boleh saja dimasukkan ke pusat pendidikan normal akan tetapi perlulah bersyarat..
-tidak boleh terlalu ramai di sesuatu pusat
-jika ramai perlukan seorang guru khas. nisbah yang patut ialah 1:5
-guru khas ini perlu dilatih dan diajar tentang keperluan murid2 khas ini

jadi..apakah pandangan anda? sila kemukakannya. *jika sudi :)*

sekian.

~cellamak...ayat macam dah karang satu asgmt daa..~


2 comments:

ieda said...

salam...
akak juga kdg2 terfikir nak masukkan nabila ke nurseri biasa sb akak lihat dia cepat meniru & cepat belajar.cuma bercakap je lambat.tapi akak risau takut2 guru yg ada di nurseri tidak dapat mengawal anak2 istimewa ini maklumlah lasak bebudak ni lain sikit drp yg biasa.akak kesian tgk dia kat sekolah bercampur dgn anak2 dowms syndrome yg lain.rasa macam tak berkembang jer pemikiran dia tu.insyaAllah cuti sekolah nanti akak nak dapatkan temujanaji utk test IQ nabila.
akak rasa takde salahnya dicampurkan anak2 istimewa ini dgn anak2 normal asalkan guru2nya cukup terlatih.tapi kita tak punya pusat2 jagaan spt itu betul tak?

~farra_~ said...

salam kak ieda.

betul sekali pendapat akak. pusat jagaan biasa kurang pengetahuan dan pengalaman dalam menjaga/mendidik murid istimewa. pengalaman di tempat saya ini pada mulanya mmg berasaskan untuk mengasuh sahaja memandangkan ibubapa itu sendiri tidak mengharapkan pencapaian akademik yg tinggi, cuma nakkan pengalaman bercampur dgn rakan sebaya dan juga belajar berdikari. lama kelamaan mereka sendiri yg boleh menyerap masuk apa yg kita ajar. tapi seperti yg saya katakan, ianya perlulah bersyarat. perlukan persetujuan dan persefahaman daripada pihak ibubapa dan guru/pengasuh. jika ada yg boleh terima, alhamdulillah.

About this blog