Followers

Wednesday, December 23, 2009

finally..they are here!!

alhamdulillah. jam 8.55 mak ayah selamat landing di klia, rabu 23/12/2009. jangkaan awal tiba rabu jam 12.30 pagi. tapi terlewat bertolak dari airport madinah disebabkan masalah tertentu. cek2 dengan klia kejap2 kata tiba kul 6.30 pagi. cek lagi kata kul 7.45. last skali barulah landing kul 8.55. kitorg dr rumah dah tunggu di petrol pam petronas sebab keluar aje pintu airport barula kitorg gerak amik diorg. mana leh tunggu kat sana (walopun ade je keta2 beratur tepi jalan dekat dgn pintu keluar).

sampai2 mmg terus peluk mak dan ayah. makteh, anak dia and pak ude dah tunggu siap2 kat sana. rindunya sampai berkaca2 mata. mak terus amik faris. faris yg baru jaga dari tido tecengang2 kejap macam nak cakap..'eh, ape yg berlaku ni? aku kat mana ni?' gitula. tapi dalam keta faris nangis kuat bila mak ayah pegang sebab dia terkejut kot. tetiba je kena pegang dengan sape ni? melalak2 la dia nangis. heheh..nak recall dulu. sebulan lebih tak jumpa uwan dan atuknya kan. tekejutla. dah lama2 tu barula faris ok dan nak dipegang2.

buat masa ni biarla mak ayah berehat2 dulu. ape2 hal tadika ke hal family ke akan diciterkan pelahan2. aku rasa tugasku ke tesco akan tetap bejalan jumaat nih kan. hehe...aku tak kesah. yg penting aku happy mak ayah dah balik. yahoo!!!
















Sunday, December 13, 2009

the milestone

faris 3 bulan - dah ada bunyi2
4 1/2 bulan - pandai meniarap
5 1/2 bulan - pandai menjulur & 'terbang tak bergerak', mula makan nestum
6 bulan - demam panas 2 minggu
7 bulan - merangkak, mula duduk, memanjat...ade gigi!! batuk sesema, demam panas,
campak! makan bubur, buah lembut, dah pandai cakap 'dada, te..te..a-boo,
a-goo, mamama, nak air (sila pecaya), elleh..tak..tak..' (haha..vocab dah banyak)

kulit makin besar makin putih. rasanya masa baby dulu gelap je kulitnya. takpela ngikut ayahnya..putih! badan pun makin tinggi. kalu beli baju dah takleh ikut umur dia. kena beli saiz lebih besar sebab dia panjang. baju yg umur dia dah sendat dan pendek (ikut ayah jugak. ayah tinggi). oh ye, dia dah pandai mengerenyet2 muka. macam muncung mulut, tarik hidung dan mata kecik..dapat bayang tak? cute sangat bila dia buat camtu! and..dah laju bile merangkak dan mencungkil2 lantai yg senang terkopek tu. kena alas dengan tikar getah nak tutup. haha..tak dapat nak bayang camne dia bila umur setaun sok. dah nak kat besday nih. dah ade kaki, lari sana lari sini. nanti mesti banyak ngikut ayah and nenda keluar. gi kedai la, gi jenjalan la...tau dah.

i'm so happy!!


Thursday, December 10, 2009

campak?

ngeee!!! faris kena campak halus!!! *err..ade ke campak kasar campak halus??* 4 hari dia demam panas. siang panas tapi menjelang petang ke malam ke pepagi makin panas. sampai tukar ubat kali ke2 barula demam kebah. tapi tadi balik je dr tadika kirin cakap dia ade bintik2. dan memang betul bintik2 dia makin banyak! pagi tadi sebelum gi tadika ade nampak bintik2 sket je kat tepi mata dia. mencabar jiwa raga bila jaga anak meragam time waktu tido. ni ruam2 campak belum betul2 naik ke kaki. alhamdulillah cepat jumpa dr. insyaallah takde pape. dahla dua minggu sebelum tu faris sesema batuk je. siap2 muntah2 lagi. huuuu...cepatla sembuh faris!!!

Sunday, December 6, 2009

tugas

salam semua.

tugasku masih belum berakhir. sejak dah masuk minggu ke2 cuti sekolah dah ada beberapa majlis kenduri jemputan untuk mak dan ayah yang harus aku penuhi (jimat kos masak!). ade yg dr parents aulad, kawan blogger mak, majlis sedara di melaka-katam quran, katan dan bertunang. kalau tak pegi sedara sepapat akan kenang hingga ke akhir hayat ye (kalau kita tak tegur bila dia ade pun akan di ingat2 ye. jadi harus di semat kat otak). sehingga sekarang, sudah ada beberapa jemputan yang aku dah buh siap2 dlm kalendar di bilik. jemputan dari jiran dekat, jiran jauh, sedara sebelah mak, sedara sebelah ayah, ustaz yg jadi saksi nikah yana tempoh hari...dan ada beberapa di antaranya yg bertembung tarikh antara satu sama lain. jadi untuk tak mengeciwakan org yg menjemput, kami adik beradik sepakat untuk pergi berasingan. grup 1 ke kenduri belah sana, grup 2 ke kenduri belah sini. kira wakil la untuk mak ayah dan adik2 yg lain. yg penting duit poket mesti taruk untuk menyatakan kehadiran dan tanda tahniah dr keluarga kami. ade kenduri di cheras, rinching hulu, bukit lintang melaka, rawang..tu tak termasuk jemputan dari kawan2 sendiri. bak kata kirin (yg ade jemputan dr member di melaka termasuk dr sedara).."ni dah tiap2 minggu turun melaka nih!". kami akan gigih untuk menghadiri setiap jemputan ittew!! *phew!*

aku masih tertunggu2 bila mak ayah nak balik. tarikh asal 22 dis masih tak bertukar. kabar2 yg menyatakan tarikh jemaah bertukar rasanya untuk mereka yg bertolak awal. yg bertolak akhir dan dari madinah masih kekal tarikh pulangnya. dan aku terbayang2 rumah ku di sana yg dah hampir sebulan tidak didiami. sekali sekala aku dan abg balik cuma nak mengambil bil/surat atau sekadar masuk menjengah ruang2 sepi itu (?). yang pasti rumput depan dan belakang rumah mmg dah makin tinggi!! *ceh..masakla nanti aku nak mengemasnya*

...dan aku masih mencari2 idea untuk persediaan mengajar tahun depan, ape abm nya, ape ringkasan mengajarnya. 2009 aku sekadar mengajar seorg budak dan berurusan di opis. 2010 aku akan mengajar kelas 6 tahun. atas keinginan aku juga kemahuan mak. katanya aku ade ilmu harus ku beri untuk mengajar budak2 itu. semuanya...urusan opis, kelas, tadika dan taska. cuti masih ada berbaki 4 minggu lg. nampak je lama lagi tapi kurasa ianya akan berlalu cepat sampai aku tak terkejar nak menyiapkan persiapan. harusku percepatkan agenda ku bermula isnin nanti-minggu ke 3 cuti sekolah.

Friday, November 27, 2009

faris 7 bulan

faris sudah lasak. dia dah tak macam dulu lagi. dulu dia terbaring je di atas tilam. sekarang maklang dan maktehnya yg jaga dah jadik penat sebab faris dah kehulu dan kehilir. sudah pandai merangkak dan memanjat, juga mencongkel ape2 yg ada di lantai parkuet (betul ka eja?) yang tercabut..menarik wayar2 tv, kabel internet, membaling2 hp pak usu macam baling mainan dia (yg akhirnya betul2 rosak?)...huh, bak kata makteh dan maklang.."penatla jaga faris!!" huahuahua!!!

macam anak cina


nila kejanya..mengunyah benda


nak cungkil tempat tu


ha..ha..kena block!





tengok sendirila. ni dah ade playpen. kalu nak solat or mandi kena kurung jap dalam tuh. but not for a long time. bendalah tu terlalu menyekat pergerakan dia. guna kejap2 bolela. smaa gak cam walker. aku tak setuju org guna walker kat baby. memang dia nampak gerak laju. tapi satu nya dia bahaya. satu lagi baby tak dapat guna kebolehan bergerak dia dengan bebas. satu lagi dia tak dapat membentuk tulang belakang baby dengan sempurna. bayang kan jela baby kena letak je dalam tuh dalam jangka waktu yang lama. and bandingkan pula dengan baby yang bergerak bebas tanpa sekatan. memang agak leceh sebab nak kena jaga dan tengok dia selalu. tapi dia dapat meng 'explore' dan menggunakan deria sentuhan dia untuk menyentuh apa saja yg berada di sekeliling dia. and tugas kitala nak tengokkan dia. kot dia masuk benda bahaya/kotor dalam mulut ke. kot dia memanjat and tergolek nak jatuh ke. gitula. let the baby moves in a way he/she wants it to be. and it may develop their capability and development/skills in soooo many part like physical development, sensory development, emotional development and so on. do you understand??

Thursday, November 26, 2009

raya haji/kerja

menjelang raya haji. raya mesti diteruskan walopun mak ayah takde kat sini..tapi atuk ade. rendang lodeh mesti kena buat sebab nanti anak sedara atuk datang nak jumpa atuk. yg kompem datang anak makngah (anak dia ade la 6 ke 7 ke 8, campur cucu dan menantu memasing. bayang kan jela rombongan yg datang skali harung), maybe abg izan sekeluarga(cucu atuk) and mak idah sekeluarga(anak buah atuk) akan datang seperti biasa. belah ayah? rasa tak kot. cam tak cukup korum lak kalu org melaka datang tapi ketua nya takde. tak meriah ler. aku sorg2 handle pun tak jadik. dia kena ade mak ayah baru leh jadik gempak. gelak ketawa siapp satu taman ni dengar (acik ku!!). sape org melaka tau la kan?

aku agak bz skang. bukan sebab kelas asgmt master..bukan. dah cuti sem dah. ni sebab keja mengganti mak ayah. ulang alik ke bank urus belanja adik, yuran tadika and belanja rumah (tak lupa gak gaji pekerja). nanti nak setel bil2 tadika, rumah, tepon, internet, kwsp, socso, sewa premis tadika/taska..sumpah kalu bukan mak yg suh setelkan tu aku takkan tau sampai bila2. sebab keja aku cuma handle jasmin and mesra..hantar barang dll. kira pengalaman la ni. sok2 kalu mak suh lagi dah tau dah nak wat ape.

faris..alhamdulillah dah beransur pulih lepas kitorg tukar ubat, pegi ke klinik kanak2 dr kwan di kajang. mmg tak ngamla kalu gi klinik biasa area bangi nih. makan ubat sampai muntah2. bila ade ubat dr kwan aku nengok faris rilek je. batuk sesema pun nampak dah reda. yelah. lenkali aku tau dah terus je ke klinik dr kwan di kajang. jangan bazir masa dan duit ke klinik yg biasa2 nih (bukan ape. aku gi klinik pun dia just tanya itu tanya ini. last2 terus bg ubat. takde ke nak cek blood pressure ke..tekanan darah ke..pastu dia lak yg tanya kita. patut dia yg consult. mmg tak puas hatila).

err..apelagi aku nak meraban? aku buat all-in-one la. malas nak tumpu satu2 topik. yg penting aku takde mood nak anyam ketupat time raya haji nih. mak takde sini. tak meriah la. slalu buat ketupat ngan mak. lepak2 blakang rumah. pasang radio. dengan angin sepoi2 bahasa. ni mak takde. bebudak ni pun takde nak buat muffin ke cookies ke. sempoi jela. nasi impit ngan rendang lodeh cam biasa. huwaaaaa!!! lamanya mak nak balik!!

Thursday, November 19, 2009

letih..

aku dah lama tak kena sesema yang tegar sekali dengan batuk. but if they come, huhhhhh...seksa jiwa raga dibuatnya. batuk, sesema..2 beradik mmg sekali sekala menjengah hidup aku. itu kira masih bernasib baik. buatnya yang demam plak dtg skali, heh..3 beradik..mmg sah aku sakit yang perlu berbaring. aku jarang demam panas. tapi bila demam mmg teruk. last aku demam panas masa taun lepas, masa memula ngandungkan faris. masa tu mebi dah 2 or 3 bulan ngandung.

but now penyakit batuk sesema aku dah bejangkit ngan faris. alahai..siannya mak nengok. nak wat camne. sesekali bersentuhan gak even maklang yang jaga faris bila mak gi keja. mak batuk..mak hembus ingus..mmg tak dapat nak elak kena kat faris. sib baik faris dah ade ubat batuk sesema sebab dia demam panjang 2 minggu arituh bila masuk 6 bulan. ubat demam lak dah ade masa gi cucuk minggu lepas. so tiga2 ubat dah ready untuk faris. sian nengok dia terbaring lelap pas makan ubat...isk..isk..:(

tapi walau hidung tak berfungsi, deria rasa tak berfungsi, pale kejap pening kejap tak..keja mesti kena buat gak. kehulu kehilir setelkan hal tadika (pengganti tugas mak ler) dan menguruskan faris. sian gak kat maklang nya. kehulu kehilir jaga faris. si faris nih dah pandai bergerak! dulu baring je. skang mmg tengah lasal sebab dia akan mengengsot kejar wayar tv, kejar laptop, panjat kerusi..ya, faris rasa2nya meng 'skip' kemahiran merangkaknya dan terus ke memanjat ye tuan puan. badan tak kuat lagi dah gagah nak manjat kusi sume.

well..didoakan moga faris cepat sembuh. sian kat dia sebab dia kecik lg. mak dia nih takpe. buleh survive..(i hope)..daaa!!

Saturday, November 14, 2009

haji

alhamdulillah mak ayah dah selamat berangkat dan dah tiba ke tanah suci makkah semalam. kami semua (tak sume) mengantar mak ayah ke kelana jaya hari kamis 13 nov tengah malam. kitorg tak tunggu mak ayah naik bas sebab memasing pun dah ngantuk and ade kena keja. so dalam kul 3 pagi kitorg balik and tiba di rumah kul 4 lebih (singgah mcd makan. lapar beb pepagi tuh!). smalam mak sms kul 4 petang lebih kata dah sampai di jeddah. masa di sana kita tolak kan ke 5 jam, jadi waktu diorg tiba adalah pada jam 11 pagi lebih (waktu arab). nanti nak ke mekah kena naik bas untuk ke sana.

jadi..yang tinggal di sinila harus menyelesaikan tugasan yang diamanahkan..sepe
rti aku sebagai kaklong, abg hisyam sebagai pengawas di rumah dan atuk sebagai orang tua untuk rujukan. mak ayah dah tinggalkan list2 kerja untuk diselesaikan. aku kena setel hal umah (belanja, adik2, bil) dan hal tadika (pendaftaran, yuran, belanja..sib baik brg tesco mak dah borong banyak). ngeeeee!!! banyak keja nak dibuat nih!! sib baik aku dah abis sem ni. exam dah abis. asgmt pun dah abis. bolela nak memesrakan diri (walopun banyak keja aku kena buat lg).

keja ngan family kdg2 menimbulkan kerumitan bilamana keputusan kerja yg tidak dipersetujui akan mempoengaruhi hubungan kekeluargaan (sebab dh keja ngan famili). tu yg kekadang aku givup nak keja tadika. pressure wooo...dengan p
arents budak, kekdah nak ngajar, urus pekerja, hal tadika..aku slalu givup rasa nk berenti dr tadika. tp abg aku cakap apsal nak berenti lak. nanti dh ade keja senang kita teruskan bisnes. lgpun mak dh antar blajar master lagi bidang kanak2. tak ke membazir masa..oklah. ku pujukkan hati untuk meneruskan keja. kekadang susah nak tetapkan hati bila wujud masalah. tapi bila aku buat satu2 keja tadika aku akan buat sungguh2 dan teliti (walopun aku slalu telupa itu telupa ini)..apepun aku akan tetap tolong mak sebab takde sape lg yg nak sambung bisnes ini walopun mencabar hati nurani aku, huaaaa!!

ayah..hmm, paling banyak aku saksikan perubahan dia sepanjang 29 taun aku idup. adik2 lelaki aku skang tak merasa kena marah, kena rotan ngan
ayah. memasing bila buat hal aku tengok ayah tak naik sore memarah. cool jek (dlm hati tak taula). buat hal tak solat, ponteng kelas, hilang henpon, hilang beskal mahal, nak beli tu, nak beli ni..diorg tau duuuuiiit je. aku dulu sampai berbirat kaki tangan dan badan kena rotan yg panjang tuh. aku teringat penyapu terbang, penyodok sampah patah, sebab kena amarah ayah. sampai aku tak becakap ngan ayah langsung masa aku sekolah menengah dulu. kira memberontak la. dah masuk u sikit2 aku mula cakap ngan ayah. gitula susahnya nak nahan rasa tak puas hati dlm diri. kitorg adik beradik pompuan merasa la habuan ayah. yg laki2 ni dah takde dah. dah besar ni aku tengok ayah belembut jek ngan diorg. mak aje yg banyak bebel sampai penat sebab diorg buat dekk jek.

apepun aku tetap sayang mak dan ayah walopun aku slalu memberontak sampaila skang (dah besar cara lain lak). ni pun bila ingat mak ayah dah tegenang air ma
ta ni ha. semoga mak ayah slamat berada di mekah dan slamat kembali di sini (sebulan lebih urus hal umah dan tadika tak terlarat den!!!). sila tengok gambar berikut.




doa sebelum berangkat











Monday, November 9, 2009

sisterhood

akhirnya adik aku yana dah selamat jadik isteri org. yana ngan aku beza umur 3 tahun. aku taun 80, yana taun 83. arituh masa dia selamat nikah aku pun rasa sebak gak. dah berkaca2 mata aku nih. yg aku tau mak mmg dah nangis. kirin ngan imah aku tak nampak. tapi aku tahan je dr tumpah. sebab ape aku sebak? sebab ni lah adik aku yg dah bertukar taraf diri dr bujang ke isteri org. nasib baik dia bukan org johor yg kena buat akuan taat setia kat ibu masa nak nikah. kalau yelah mmg aku lalak time tu jugak sebab sedih bagai!! *dan nasib baik gak yana takleh cakap*

dulu masa kecik2 mmg aku slalu gaduh ngan dia. aku ngan dia je ade. dia ni pun boleh tahan ganas gak walopun tak tau cakap. dia bile nak sesuatu tak dapat sebab org tak paham dia cakap, mulalah dia bertindak dengan ganasnya, yeah!! aku sampai penah kena baling ngan keta mainan jenis besi tuh. patah gigi kekal aku belah bawah separuh. dah kena gi buat gigi tambahan. doc kasik naik sket gigi. sakit woo kena baling ngan keta besi. dah tu bile kirin ade sambung gak la kitorg nye permainan ganazz and nyakat dan sewaktu dengannya. jangan ingat dia nih takleh cakap dia akan jadik sopan dan santun..tidak ye. sama je ngan org lain yg kadang2 baran gak..kadang2 buat org senyum. cuma beza takleh cakap jek. banyak kali dah aku kena rotan ngan ayah pasal sakat menyakat nih. aku tak puas hati tul masa dulu. asal aku salah je aku kena. tapi bebudak nih salah aku kena gak. takci tul!! nasib la jadik anak yg sulung..

dulu masa yana kecik mak ade gak ajar yana baca sebutan perkataan. ade ajar jawi, bacaan solat yg arab. tapi susah sket so mak ajarla bacaan dlm bm. yg aku paling kesian dia nih amik pekse upsr, pmr sama taraf ngan org biasa. bayang kan camne diorg nak paham tang ayat2 tuh?? aku tak paham la time tuh apsal diorg tak buat soalan lain. mana boleh nak kasik sama taraf soalan pekse? masa spm aku rasa yana amek spmv kot. time tu dia dah amik vokasional, sekolah yg kat shah alam tuh.. kitorg pun ade gak blaja abc dalam bahasa isyarat. kira mengeja perkataan kitorg adik beradik kira okla. bab nak borak dlm sign language tuh mmg fail!!! tiap kali suh yana ajar perkataan ni camne, perkataan tuh camne, sure lupe balik daahh.. last2 samada kitorg eja terus ataupun tulis je dlm kertas, senang citer!!

waktu dah besar nih yana belajar jahit baju. memula dia berkecimpung tuh time2 aku kawen dulu, dalam taun 2003 (or before that). masa tuh jahit baju mmg tak cantik lagi la. skang nih jangan kata keje dia kat kedai..kitorg anak beranak nih yg konker kasik baju suh dia jahit. dan bukan kitorg jek. kawan2 budak2 nih pun sama suh dia jahit. dan bukan tu je, cikgu2 tadika dan jiran2 pun dah bagi baju suh dia jahit. dan bayang kan jela bila nak pose, org lain sume dah hantar baju (sampai tak muat laluan tepi tangga) kitorg punya baju yg akan dijahit lasssssstttt skali bile 2,3 ari lagi nak raya baru dia pulun jahit kasik siap. sabor jela!!! ni dia dah kawin nih dah netap kat kedah sana, dia jahit jela baju kat sana. org menjahit nih senang dapat pendapatan. insyaallah rezeki yana akan tetap ade. *ajak zubir dok sini dia taknak. yana dah ade rumah dah. almaklum dia anak bongsu kena dok ngan mak dia plak..*

nih dah kawin aku harap yana akan belajar berdikari. camne nak urus rumah. camne nak nolong keluarga belah sana. dah dok skali ngan mertua kenala pandai2. kat sini ade org tolong buatkan. bila dah kawin sumer kena blaja sendiri ye! dna ini nasihat jugek untuk adikku kirin and imah. sok2 kawin kena buat sendiri tau!! blaja masak and kemas rumah..lipat baju sendiri..tau!! dan diharap jugak yana dapat sesuaikan diri ngan org sana dan moga dia dapat terima cara hidup baru. sekian

*aku sedih gakz pasal dia adik bawah aku. slalu dok borak2 time makan ke time lepak2 depan tv ke..tanya pasal dia, kawan, pakwe..alih2 dah kawen dah ade life sendiri. kalu aku cengeng aku pun lalak sama la ikut mak aku, waaaa!!!!*

Sunday, November 1, 2009

kenduri yana

salam semua.

sabtu 31 oktober 2009, telah selamat majlis kenduri kawin yana diadakan. malam sebelumnya jumaat 30 oktober 2009 diadakan majlis nikah yg cukup istimewa sebab pasangan bernikah menggunakan bahasa isyarat. sesuatu yg baru di kalangan kami saudara mara. saksikan gambar2 berikut..


majlis nikah


sepupu










sabtu depan majlis belah lelaki di kedah. mak ayah tak dapat pegi la. dah nak pegi haji hari rabu. isk...tak bestnya. nanti kitorg ngikut makcik pakcik belah ayah la. dah la aku ade exam arituh. abis je kul 6 terus kitorg beradik pecut ke kedah. exam punya pasal...

Sunday, October 25, 2009

konvo tadika

hari ini ahad 25 okt 2009 adalah hari konvo tadika aulad bangi/kajang. seronok bila tengok budak2 bersemangat buat persembahan. tak seronok bila preparation tak segempak mana sebab take over persembahan murid 6 tahun seminggu sebelum konvo. guru sebelum ini..katanya surprise, sorok2 di kelas, nyanyi tapi terperuk di kelas, ape persembahan tak cerita. last2 bile aku take over..alkisah..budak2 tak hapal lagu, berterabur, lakonan tak mantap, susun atur lintang pukang. dengan segenap kudrat aku mengelok kan persembahan mereka. alhamdulillah menjadi jugak walaupun last minit di 'alter'.

*next year aku nak buat gempak. siap ngan kostum and props and paduan suara bak choral speaking. kalu ade bendera pun aku hangkut gaks!!!!*

-gambar2 nantila aku upload. bateri tadak plak..-

Wednesday, October 14, 2009

cuti ke pulau

saat ni aku rasa desperate sgt nak gi bercuti. best nya la kalu dapat gi mana2 pulau. teringat masa aku buat degree in marine sc, mmg tiap2 tahun gi pulau. sains marin kat ukm tu bukannya macam tentera marin. bukan. ini sains marin ialah berkenaan pembelajaran tentang hidupan laut, haiwan laut, persekitaran laut dari segi kimia, bio, fizik. sume la. binatang laut yg aku tak tau pun ade. antaranya ialah 'kopepod', haiwan seni yg hanya boleh nampak di bawah mikroskop berkuasa seni. kopepod tu la tajuk tesis aku dulu. tapi aku guna sampel slaid yg arkib. nak pi nyelam carik benda alah binatang tuh, banyak keje. nak nyelam, nak isolate air (adela teknik dia), nak suring isi dlm air, nak awetkan binatang, last skali nak dissectkan struktur badan binatang tersebut. pehh!! sahla keja org makmal dan pembantu prof.

masa tahun satu, kitorg pegi pulau besar di johor. tahun 2 gi pulau kapas. best air dia jernih tul! tahun 3 gi pulau perhentian. semua tempat yg kitorg pegi nih most aktiviti adalah scuba diving la. ini untuk bebudak/junior/senior yg ade lesen dive. kitorg yg biasa2 nih tak tegamak nak gi diving. sebab ape? dia kena pakai dive suitla. ala..suit menyelam yg tight tuh. takdela aku nak memakainya. so yg tak menyelam nih cuma takat snorkel ajela kat permukaan. yg mana takut2 ngan air, pakai life jacket. terapung je sumer. yg berani tak pakai life jacket. coz diorg bole nyelam after snorkel. ni kat level air yg tak dalam la. masa ni la memasing nak collect sampel air ke, buat ujikaji ke. amik gambar ke.yg paling takleh lupa, setiap kali naik bot, mesti dah ade port untuk muntah!! hehhe..tak terkecuali aku. mabuk wehh naik bot. yg kelakar budak laki pun siap dah booking port tepi bot nak muntah..

dah tahun akhir, kitorg kena gi wat praktikal. so aku and member pilih ke kelantan. buat di jabatan perikanan, kota bharu. ha, kat sini macam2 aktiviti ade untuk kitorg. aktiviti di darat...tengok org buat kepok lekor la, buat fish ball, fish cake, banyak dlm kampung2. pastuh tengok cane org buat ternak ikan dlm kolam. dan ade gak tolong wat persiapan (backdrop) masa org jabatan buat kursus penternakan. (sume adaa..)kalau kat lautan lak ikut pihak jabatan buat rondaan. diorg tunjuk camne nak kenal bot/kapal yg buat salah, kawal perairan, gi ke pulau sekitar (besh2..), gi pelabuhan tengok kapal punggah hasil tangkapan (masa nih sume org kapal tgk kitorg cam nak telan. sebabnya diorg sume laki. dan kitorg ber6 sume pompuan. org jabatan ada cakap kena hati2. sebab diorg tu ke laut bukannya sari dua..tapi berbulan2! erkk..takut aku masa tuh. masa minum pun dok rapat je ngan org jabatan). lagi..gi ikut ke pesta flora, yg tengku anis slalu rasmikan tuh. ade gak kitorg gi ke pantai sendiri. okla. banyak benda kitorg blaja masa praktikal nih.

last2 aku amik master bidang kanak2....cane tuh?? tapi okla. banyak member aku budak sains laut pun bila keja amik bidang lain. tak taula susah dapat kerja yg sesuai ke tak. tapi aku keja bidang kanak2 sebab dah bisnes famili. jauh bidang kan??

yg penting, pengalaman gi bercuti ke pulau, bestnyaaa...tambah lak ke pantai timur dapat skali bershoping, hahaha!! (gelak wat penyedap hati)

Wednesday, October 7, 2009

tugasan yang menanti..

harini rasa lemah je. sebab pose. rugi nak tinggalkan syawal berlalu gitu saja kalau tak pose. ni pun baru nak start. jadila daripada tak pose langsung..

dan juga lemah fikiran. memikirkan kerja2 yg perlu disiapkan. dan list kerja selepas itu yg cukup panjang.....

1. siapkan slaid untuk presentation
2. siapkan article review
3. siapkan asgmt kump
4.study untuk exam hujung oktober dan awal november (nasib tak kena masa kenduri yana)
5. planning untuk tadika sesi 2010. start keja sejurus saja naik cuti sekolah budak. (dah kena stay opis jaga pendaftaran)
6. siap2kan opis dan segala macam hal berkaitan pendaftaran/pentadbiran
7. siapkan bahan mengajar budak. segala mala ABM kena buat..
8. kenduri kawin yana, adik no2
9. kenduri kawin belah lelaki di kedah
10. mak ayah pegi haji...nak nguruskan rumah dan adik beradik. (nila keja anak yg sulung)

err..bila kala aku dapat bercuti? best nya la kalu dapat berehat kat tepi pantai, mana2 chalet ke. jalan2 sama abg ngan faris. rehatkan minda. um start cuti november nanti. masuk sem baru by januari. tak sabarnya nak bercuti!!!

Saturday, September 26, 2009

raya 09

salam hari raya.

kitorang dah selamat berhari raya pada tahun ini. mula2 nya berkampung di bangi dan beraya di sini, bersama sanak saudara ramai yg belah mak sebab atuk dah duk skali ngan mak. yg belah ayah cuma makteh sekeluarga aje. tahun ini adalah tahun pertama kami semua berhari raya dengan faris. selama bertahun2 cuma beraya sesama kami aje. tiba2 tahun ni ade faris sekali. habis faris jadik model masing2 punya kamera. sume makcik2 ngan pakcik2 berebut nak bergambar ngan faris. sampaikan uwan and onyen pun tak ketinggalan amek gambar ngan cucu and cicit, hehehe...mak ayah faris apetah lagi, ek! cuma atuk faris je buat rilek tengok org bergambar.

second trip raya...ke taiping pada raya ke2. adik beradik abg ade yg dah balik kampung dulu. ade yg tak balik lagi. memasing beraya ngan mertua dulu. tak dapatla nak berkumpul sama2. ape2pun kita layan ajela gambar ye..


Sunday, September 13, 2009

hepi..hepi!!



salam ramadhan..

hehe..dah nak raya dah. lamanya aku takde kat sini kan. sibukla. aku arituh sampai nak pengsan siapkan asgmt and kuiz..jangan tak tau. naik je raya dah ade bederet asgmt and presentation kena buat/hantar. jadiknya...time raya aku kenala angkut segala mala keja2 asgmt aku. silap2 aku angkut ini laptop jugak balik perak nanti. yeah..nanti kitorg balik perak tapi beraya kat bangi dulu. aku dah tau dah. 1st raya mesti penuh punyalah umah mak kat bangi tuh. sedara mara, anak cucu atuk akan datang jumpa atuk. tu tak masuk lagi bebudak nih punya kengkawan (kotla ade nak dtg raya pertama). aku rasa taun nih boleh gi solat raya kot. hangkut jela si faris tuh. taun lepas aku tengah mabuk2 tak merasa solat raya.

____________________________________________________________________

malam tadi aku baru jek gi gathering and bukak pose ngan member2 sharodz dulu. diorg nih dah tetiap taun wat gath tapi aku baru join taun nih. sib baik masuk facebook. bebudak nih ramai kat sana ropanya! so dapatlah aku join this year. tapi abg and faris takdela. abg aku dia segan kalu bab jumpa kengkawan aku nih. takpe. next yr wat gath kat melaka mmg aku dah suh dia join skali. dengarnya bebudak tuh nak wat family day. senang berkumpul ngan satu famili, yes..yes!!


____________________________________________________________________

hmm..faris nak masuk 5 bulan. arituh dia dha banyak mengiring2x. kitorg asikla tanya bila la dia nak niarap. ke sebab dia berat nau? dia kuar dulu 3.33kg. la nih dah 7kg lebih. sabar jela anak ku. ngikut ayahnya berbadan besar, hik..hik..


dan dengan tetibanya mak bagitau lepas aku balik kelas um beberapa malam yg lalu.."si faris dah boleh meniarap dah!" wahhh!!! teruja aku! (walaupun aku buat2 tak excited masa mak cakap)..





gambar faris sebelum gi gathering

Tuesday, September 1, 2009

kenangan nak raya

masa dolu2..kitorg sekeluarga akan turun berkampung di umah atuk dan uwey di kuala pilah setiap kali nak sambut raya. kitorg mmg turun pilah dulu barula ke melaka. ayah pun tak kisah. sebabnya ialah kerana mengenangkan uwey yang sakit di kerusi roda, dan juga sebab takde sape yg nak tolong memasak. jadiknya mak sebagai anak bongsu meng'hangkut' skali anak2nya yg 8 org nih (+1) ke pilah beberapa hari sebelum raya.


agenda utama yang sudah menanti ialah tak lain dan tak bukan...sesi menganyam ketupat!! jangan korang tak tau..seluruh famili aku dari mak ayah aku sampaila ke adik beradik kitorg (abg aku tak kira. dia tak reti) termasukla adik yg form 3 tu, cukup terer bab anyam ketupat nih. eh, skang nih susah tau nak carik org yang reti anyam daun ketupat nasi nih. kira kitorg nih boleh la dah kira terer kan!! walalupun skill tuh cuma setaun 2x di aplikasikan, tetapi setelah melalui sesi pemanasan dan penghancuran daun2 untuk dijadikan bahan pengingat-semula-step-anyam...maka dengan bangganya memasing mulala berlumba2 nak anyam memasing punya daun ek. sape buat yg paling banyak and paling laju maka akan berbanggalah beliau itu, wakakak!! dibawah adalah bukti betapa kitorg sungguh tekun menganyam daun ye!
ini gambar taun bila tah


ni ngan adik no 4. nama dia imah
adik izzuddin yang slalunya kureengg mahir akan men'chitting' dengan cara mengambik kakak2 nyer ketupat yg dah siap dan mengaku dia yg buat, hahaha!! takpun dia main lempar2 daun yg dah lunyai suh kitorg buat balik, eyy..apeda...

selain dr itu dah semestinya sesi masak memasak di dapur. siapkan rendang ayamla, rendang dagingla, kuah kacangla, sambal la..kira banyak gak lauk sebab umah atuk aku tuh ramai sedara dan anak buah yg datang. tu tak kira lagi jiran sekampung, jiran sebelah kampung dan sebelah kampung nya lagi satu, hehe. sebenarnya atuk adalah guru besar zaman dolu2. jadi sumer org kenal atuk. dan kebetulan atuk punya keluarga besar. org n9 kalu dia 2/3 pupu pun kira masih lagi adik beradik rapat.

tapi skang atuk dah pindah dok bangi. sebab uwey dah meninggal taun 2007 arituh. so umah kampung pun dah kena tinggal. dah takde lagi sesape nak dok sana berkumpul ramai2 macam dulu. skang sape nak jenguk atuk kenala datang bangi ye. raya masuk taun ni yg ke2 pun kitorg kira raya kat bangi ajela. raya ke melaka..lepas beberapa hari raya baru kitorg akan ke sana pulak. so..itulah kenangan masa zaman2 dolu time nak sambut raya, sekian..

Wednesday, August 26, 2009

ramadhan kali ini..

salam..

ni entry pertama dalam bulan ramadhan. puasa kali ni rasa lebih meriah. sebabnya ialah dah ada faris yang sorang itu. tiap2 malam dok sebelah masa terawih ngan mak ayah and adik2. walaupun kekadang ade keluar suara dia merengek2 masa solat, dan akhirnya dia menjerit sebab takde org melayan (heh..heh..), tapi suara itu yg menenangkan hati. anak yang ditunggu2, alhamdulillah. tahun lepas faris dalam perut maknya. masa tuh mmg tak larat buat terawih. mabuk je. solat isyak je. mak cakap tahun depan siapla kitorg. umur dia dah setaun lebih..dah ade kaki..ha, tengokla masa org terawih ape nak jadi sok. silap2 kena tambat kaki, huahuahua!!!

masa ramadhan ni aku selalu stay kat umah mak ayah sampai abis terawih. sonok dapat bukak pose reramai ngan adik beradik. budak2 yg dok hostel balik, yg lepak umah member pun balik. bukak pose reramai. dah tu mak masak lauk memacam yang sungguh mengancam lak tuh!! isy..sedap sungguhla. rugi kalu terlepas sesi bukak pose ngan famili. lagipun abg mmg balik malam. dia pun terawih kat opis dia. daripada aku dok sensorang kat umah aku adelah lebih baik aku lepak kat umah mak ayah, hehehe...

*tak sabar tunggu raya. nak rasa raya dengan faris*

Friday, August 21, 2009

orang melayu

salam hari jumaat.

penyakit h1n1 yang melanda kita skang nih..mmg merisaukan. langkah2 dah disuruh buat..

..cuci tangan dengan sabun dn air selalu (ade ke kita buat selalu?)
..jangan keluar ke tempat orang ramai (sume kuar nak shoping raya, camno?)
..jangan bawa anak2 kecil ke tempat awam (aku tengok mak bapak selamba jek bawak anak kecik diorg)
..pakai topen muka (takde de org kita nak pakai. sebab diorg rasa tak kena kat diorg. aku gi asunta arituh ade mak bawak anak2 dia bederet selamba sorg pun tak pakai mask. kat mall lagila. yg batuk kung2 ade. selamba batuk arah org lalu lalang-tak pakai mask)
..kalau sape anak2 demam batuk sesema jangan bagi anak datang sekolah/ taska (eh, takde. dibawaknya jugak ke sekolah/ taska. alasan..takde org jaga anak dia masa dia keje. abih yang anak dia sakit tapi datang sekolah/ taska jugak, tak ke bejangkit kat orang/ budak2 lain? tak pikir ko apo? pikir kan diri sendiri je)

aku tak pahamlah. nak cakap lebih2..anak orang. ada yang kata "anak saya semputla. dia tak boleh pakai mask" tapi budak tu dah batuk berlengkung2 lagi selamba hantar ke sekolah. selagi tak kena kat batang hidung sendiri diorg buat2 tak tau je. baik aku je yg jaga diri sendiri. tugas menyampaikan dan menyuruh pakai mask..aku dah buat. nak ikut ke taknak memasing punya hal. pepandailah..

Friday, August 21, 2009

Misconception on face masks against H1N1 infection
Posted by: sleekk
The over-emphasis on wearing face masks is giving people a false sense of safety. Most people think that wearing face masks will prevent H1N1 virus from infecting them and the constant reminder of the government reinforces this thinking. The truth is that face masks do not effectively prevent anyone from getting infected by H1N1 because H1N1 is not an airborne virus.

Taken from a website - [...to be considered an airborne virus, the microorganism would have to survive or remain in the air for long periods of time. The H1N1 virus, like all influenza viruses do not stay in the air in some sort of suspended animation. When a person sneezes, the virus is transferred via the droplets of the sneeze, if someone is infected this way it is known as infection by "Droplet contact" or a "Respiratory Route".]

Taken from Wikipedia - [Influenza spreads between humans through coughing or sneezing and people touching something with the virus on it and then touching their own nose or mouth...

Recommendations to prevent spread of the virus among humans include using standard infection control against influenza. This includes frequent washing of hands with soap and water or with alcohol-based hand sanitizers, especially after being out in public. Chance of transmission is also reduced by disinfecting household surfaces, which can be done effectively with a diluted chlorine bleach solution.]

Read also this article from the Centers for Disease Control and Prevention (CDC) in the US - http://www.cdc.gov/h1n1flu/qa.htm. CDC does not mention prevention using face masks at all in the article.

Face masks prevent those people who have cough or cold from spewing saliva and/or mucus onto surfaces when they cough or sneeze. Whoever touches the contaminated surfaces will then get infected by the virus. Anyone not wearing face masks should cough or sneeze into a tissue and dispose it properly into the trash bin after use.

Many people tend to cough or sneeze into their hands and when they touch a handrail or door knob, the virus is transferred onto these surfaces. Because they do not know that the H1N1 virus transmits via surface contamination, they do not take preventive measures to avoid spreading the virus.

For someone to get infected directly, the infected person must literally cough or sneeze into his face. In this scenario, wearing a face mask will reduce the chance of getting infected while the virus is still suspended in the air in that very short time and has not dropped onto the surface. But people don't cough or sneeze into someone else's face.

To avoid being infected by H1N1 or any other flu virus, avoid touching surfaces in public areas such as handrails, etc. Avoid touching our noses or mouths with our hands until after washing our hands. Almost all of those who died of H1N1 had pneumonia or lungs failure. The most direct route of infection is via our noses and mouths.

I have seen many people at train and bus stations wearing face masks who pull down their face masks to rub their noses and touch their mouths. If their hands had been contaminated by the H1N1 virus then they would have been infected, despite wearing face masks.

After touching any surfaces, quickly wash hands with soap or sanitizer. Surfaces must be wiped clean as often as possible with a mild chlorine-based cleanser. How often do we see anyone wiping escalator handrails, elevator control panels or table tops? All everyone talk about is face masks when cleaning surfaces is more important and effective to kill the virus.

The public has not been informed about surface contamination and infection by the Ministry of Health, only to wear face masks and to wash hands properly. This is a gross irresponsibility on their part and a factor and reason why H1N1 continue to spread in Malaysia.

Tuesday, August 18, 2009

melayan diri

tadi aku ke kedai umi purwati (seksyen 4 tambahan). asalnya nak potong rambut hujung bagi sama..dah tu pekerja tuh dia offer untuk cuci. aku pk2 ok gak cuci kat sini. akhirnyaa..tak nyesal aku amek offer tuh. best woo..kepala dicucikan. lepas abih gunting rambut, dia cuci dengan syampu, perapi dan toner. antara setiap basuhan tu la yg bestnya. siap ade skali ngan urutan2 yg boleh membuatkan aku telelap gitu. best tul rasanya. ada macam2 urutan lak tu. garu sana. sentap sini. urut tengkuk ngan blakang bahu skali. peh..sedap tul rasa!

aku teringat2 dah lama tak membelai badan and kepala nih. dulu je adela gi wat rawatan badan (adela 3/4 taun lepas). oohh..bila rasa keasyikan urutan kepala nih harus ku pegi lagi bulan depan. urutan badan tuh tunggu ade duit lebih la baru buat. skang nih duit lebih pun kena setel benda lain. rodtax 2 bijik keta. nak beli brg raya lagi. sok nak wat tambang balik perak lagi. banyak tuh kena asing kan. bestnya urut kepala tadi...

Sunday, August 16, 2009

6 tahun sudah..

aku nak wat announcement. arinih 16 ogos adalah anniversary aku yg ke-6 ye. emmm...cepat je rasa masa tu berjalan kan. alhamdulillah life kami bertambah ok. dah ade rumah sendiri. keta sorg sebijik. duit walaupun tak banyak tapi mencukupi. makan pakai sume cukup. ape lagi yg nak mintak lagi? nak dapat anak, Allah dah beri. syukur sesangat. sume ni reazeki dari Nya. harapan di hati agar perhubungan ini berkekalan hingga nyawa terpisah dr badan. kasih sayang yang tercipta hanyalah untuk kalian. walau macam2 badai melanda. menjeruk rasa memendam hati. tapi terpusing sana terpusing sini last2 berbaik jugak. kalau kasih mmg untuk kita, ingatan di hati saja kita sudah merasainya. moga Allah memberi kesejahteraan dan keberkatan hidup kepada kami, aminnn..

Saturday, August 15, 2009

hari ini

di pagi sabtu ini aku mengetuk keyboard laptopku (dulu2 ketuk mesin taip). 5 hari tak buat entry baru. sejak masuk sem baru um aku agak sibuk menguruskan subjek baru dan mengkaji artikel2 untuk asgmtku. dunia ku berkisar ke arah peng'studi'an. tiada lagi kata2/ warkah dititipkan setiap hari. pointer aku setakat ini...errr, takdela sebagus mana tapi bukannya teruk ye. aku bukan jenis bijaksana. average je. mmg kena rajin menelaah untuk dapat markah bagus. slack nya masa awal sem belajar master sudah ade paper ku yg terkantoi dek kerana aku dapat lecturer sampingan yg non-malay + bias terhadap murid2 yg sebangsa dgnnya. hal ini diakui oleh pensyarah subjek sebenar itu. diberitakan lecturer muda tersebut menolak jawapan dlm bm tapi menerima jawapan dlm bi. bila lecturer sebenar cek jawapannya sama dan boleh diterima. adakah ini nasibku? heh...akhirnya ia menarik pointer ku yg average itu. sabar la wahai daku. teruskan usaha dan kuatkan azam dan cita.

cellamak..ayat macam hape jek. aku kat umah mak ni. kat bawah mak, ayah, kirin and imah tengah bersembang kat meja makan. diorg kalu bersembang mmg gempak! almaklumla org melaka..(ayah la). tambah plak ngan mukut besar si timah (muehehehehehe). memang getok (bahasa org melaka untuk kecoh). malam ni katanya makcik2 sedara ku nak datang, acik and makteh sebab ade tahlil and meeting sket pasal kenduri untuk yana bulan 10 ni. taktaula pak ude dtg ke tak. slalu sedara yg dtg mmg dr belah ayah je. jadiknya kalu sume org melaka berkumpul sama...ha, bayang ajela betapa riuhnya nanti.

aku baru abis present smalam. tak bape puas hati la pasal ade info tak lengkap + kitorg ade masalah teknikal smalam. dekat 1/2 jam dok kodek2 nak bagi connect laptop ngan lcd. nak rehat minda jap sambil topup maklumat untuk report nanti. wish me luck!!

Sunday, August 9, 2009

one that day..

mahap ler aku tak sempat nak wat entry hari2 cam dulu. ni aku tengah dok pulun untuk asgmt aku. jumaat nih dah kena present. pastu awal september sok deadline asgmt lain (review 3 artikels)..abih botak pale. arinih kitorg lepak berehat je di umah. slalu ari ahad abg akan ke pasar borong selangor dan tgh nya gi hantar brg2 ke branch tadika aulad + pasti (yg berkaitan). tapi disebabkan abg aku baru kena operate jumaat arituh, mak aku kasik rehat je kat umah. kalau tak mmg abg aku keras gak nak hantar brg. mak aku dah warning awal2 suh dia rehat je. jgn ngengada!!

abg dulu dah disyaki ade batu karang dlm bdn. rasa taun lepas ke taun sebelumnya. pastu 2 mg lepas sakit bila nak buang air. masuk wad tunggu batu kuar tapi tak kuar gak. doc bagi ubat tahan sakit je and suh tunggu batu kuar sendiri. then last friday (very the early in the morning) dah stat sakit balik. kali ni teruk sampai tebongkok2 la sebab sakit kat pinggang. aku dah cemas sket. dah rasa2 nak hantar je dia gi hosp dekat2 sini tapi dia nak ke assunta gak sebab panel company + dah ade rekod dia kat sana. so dengan gagahnya abg siap2 beg and drive ke assunta kul 3 pagi lebih. tak sampai 1/2 jam dia sms kata dh sampai. huh..tau dh musti pecut gile la. masa aku gi melawat dia odc ade dtg and kata akan wat operation belah petang. aku dok kejap je pasal aku ade kelas kat um petang n malam. masa tuh aku pakai mask tau. silap la kamera tadak bateri. kalu tak buleh aku letak sini nak tunjuk 1st time pakai mask, hehe..rasa cam pelik pun ade sebab tak penah pakai. tapi yela kan. masuk kawasan org sakit. dahla skang nih bahaya h1n1. mak ayah aku dah pesan suh pakai mask takut jangkit kat faris.

at the end of the day the operation was ok and abg is fine. masa kelas petang aku dokla tengok jam.."oo..ni baru nak mula operate".."ha, skang ni dah abih kot".."camne abg aku ha?"..gitula lebih kurg. bile time-off kelas malam baru aku dpt call abg and dia kata sume ok cuma ade sakit je pasal ade tiub kat saluran kencing. isk..risau tahap gaban pun ade. dolu2 masuk assunta gak pasal suspek denggi. beberapa taun lepas pasal x-siden. adehh..mintak keluargaku diselamatkan dari bala bencana yg lebih besar, aminnn..

so now..back to work okeh!!! sudah2la ber blog awak tu.. *adehh...aku kena kuat semangat nih!*

Monday, August 3, 2009

di keheningan malam..

aku tengah stress skang. ade ke patut abg aku buat derk je bile faris yak2. ni dah kali ke-4 faris yak arinih. kali ke3 ngan aku. dia dh balik keje patut dia la plak tolong layan si faris. aku nak menggoreng sket dia nak makan. tah ape kena dia. senyum2 sengih2..org suh mintak tolong. tensen sket arinih pasal aku dok ingat artikel lagi tak abih baca. nak baca satuhal. nanti nak summarizekan sebelum diriviewkan. ughhh!!! part aku utk asgmt terdekat nih..'assessment for learning disabilities/ special needs'. artikel dah ade. tinggal nak baca and kupas je. kepala belah lain plak pk pasal keja tadika aku. siang tadi kitorg tukar2 premis, tadika ke taska, taska ke tadika. pastu pk ape barang yg takde, benda yg nak kena buat..ugghhh!! *garu kapla jap*

kan best kalau time ni aku sedap melepak depan tv..
kan best kalu aku dah abih master nih..(rasa cam dah bertaun2 aku blaja master)
kan best kalu aku dah siap sume keje mengemas di umah..
kan best kalu dapat layan citer cd movie terbaru (tak dapat g wayang sebab dah ade faris)

ughhh!!! malam nih sesi melayan perasaan!!!!

Tuesday, July 28, 2009

2-in-1..



tuan puan ada nampakkah apa yg aku taruk di atas? yeaaa....kereta unser yg telah dipelbagai fungsi kan kegunaannya sehingga jadi seperti di atas. amatlah mujarab dan praktikel yet kurang manis ye tuan puan. ini gambar kuambil berdekatan dengan tadika ku itu. ini kira sikit aje. lagi hebat bila sume bahagian unser itu dilitupi dengan pakaian ye tuan puan. phuh...hebat..hebat!! napelah tuan punya keta ni tak beli penyidai baju seperti yg berikut je? konpius aku..

About this blog