Followers

Wednesday, August 26, 2009

ramadhan kali ini..

salam..

ni entry pertama dalam bulan ramadhan. puasa kali ni rasa lebih meriah. sebabnya ialah dah ada faris yang sorang itu. tiap2 malam dok sebelah masa terawih ngan mak ayah and adik2. walaupun kekadang ade keluar suara dia merengek2 masa solat, dan akhirnya dia menjerit sebab takde org melayan (heh..heh..), tapi suara itu yg menenangkan hati. anak yang ditunggu2, alhamdulillah. tahun lepas faris dalam perut maknya. masa tuh mmg tak larat buat terawih. mabuk je. solat isyak je. mak cakap tahun depan siapla kitorg. umur dia dah setaun lebih..dah ade kaki..ha, tengokla masa org terawih ape nak jadi sok. silap2 kena tambat kaki, huahuahua!!!

masa ramadhan ni aku selalu stay kat umah mak ayah sampai abis terawih. sonok dapat bukak pose reramai ngan adik beradik. budak2 yg dok hostel balik, yg lepak umah member pun balik. bukak pose reramai. dah tu mak masak lauk memacam yang sungguh mengancam lak tuh!! isy..sedap sungguhla. rugi kalu terlepas sesi bukak pose ngan famili. lagipun abg mmg balik malam. dia pun terawih kat opis dia. daripada aku dok sensorang kat umah aku adelah lebih baik aku lepak kat umah mak ayah, hehehe...

*tak sabar tunggu raya. nak rasa raya dengan faris*

3 comments:

nazaTIMsuria said...

x sbr jugak~~

ude said...

hehehe...dah beli ka baju raya utk farish???

farah hamirdin said...

ude!!!! awat lambat sgt hang mai umah aku nih!! excited aku bila hang dok ada sini..

aku dah beli la baju dia. ayah dia yg terlebih excited. siap suh adik aku yana pi jahit 2 pasang baju melayu. of course la sama kaler ngan baju dia. pehh!!

About this blog