Followers

Wednesday, October 14, 2009

cuti ke pulau

saat ni aku rasa desperate sgt nak gi bercuti. best nya la kalu dapat gi mana2 pulau. teringat masa aku buat degree in marine sc, mmg tiap2 tahun gi pulau. sains marin kat ukm tu bukannya macam tentera marin. bukan. ini sains marin ialah berkenaan pembelajaran tentang hidupan laut, haiwan laut, persekitaran laut dari segi kimia, bio, fizik. sume la. binatang laut yg aku tak tau pun ade. antaranya ialah 'kopepod', haiwan seni yg hanya boleh nampak di bawah mikroskop berkuasa seni. kopepod tu la tajuk tesis aku dulu. tapi aku guna sampel slaid yg arkib. nak pi nyelam carik benda alah binatang tuh, banyak keje. nak nyelam, nak isolate air (adela teknik dia), nak suring isi dlm air, nak awetkan binatang, last skali nak dissectkan struktur badan binatang tersebut. pehh!! sahla keja org makmal dan pembantu prof.

masa tahun satu, kitorg pegi pulau besar di johor. tahun 2 gi pulau kapas. best air dia jernih tul! tahun 3 gi pulau perhentian. semua tempat yg kitorg pegi nih most aktiviti adalah scuba diving la. ini untuk bebudak/junior/senior yg ade lesen dive. kitorg yg biasa2 nih tak tegamak nak gi diving. sebab ape? dia kena pakai dive suitla. ala..suit menyelam yg tight tuh. takdela aku nak memakainya. so yg tak menyelam nih cuma takat snorkel ajela kat permukaan. yg mana takut2 ngan air, pakai life jacket. terapung je sumer. yg berani tak pakai life jacket. coz diorg bole nyelam after snorkel. ni kat level air yg tak dalam la. masa ni la memasing nak collect sampel air ke, buat ujikaji ke. amik gambar ke.yg paling takleh lupa, setiap kali naik bot, mesti dah ade port untuk muntah!! hehhe..tak terkecuali aku. mabuk wehh naik bot. yg kelakar budak laki pun siap dah booking port tepi bot nak muntah..

dah tahun akhir, kitorg kena gi wat praktikal. so aku and member pilih ke kelantan. buat di jabatan perikanan, kota bharu. ha, kat sini macam2 aktiviti ade untuk kitorg. aktiviti di darat...tengok org buat kepok lekor la, buat fish ball, fish cake, banyak dlm kampung2. pastuh tengok cane org buat ternak ikan dlm kolam. dan ade gak tolong wat persiapan (backdrop) masa org jabatan buat kursus penternakan. (sume adaa..)kalau kat lautan lak ikut pihak jabatan buat rondaan. diorg tunjuk camne nak kenal bot/kapal yg buat salah, kawal perairan, gi ke pulau sekitar (besh2..), gi pelabuhan tengok kapal punggah hasil tangkapan (masa nih sume org kapal tgk kitorg cam nak telan. sebabnya diorg sume laki. dan kitorg ber6 sume pompuan. org jabatan ada cakap kena hati2. sebab diorg tu ke laut bukannya sari dua..tapi berbulan2! erkk..takut aku masa tuh. masa minum pun dok rapat je ngan org jabatan). lagi..gi ikut ke pesta flora, yg tengku anis slalu rasmikan tuh. ade gak kitorg gi ke pantai sendiri. okla. banyak benda kitorg blaja masa praktikal nih.

last2 aku amik master bidang kanak2....cane tuh?? tapi okla. banyak member aku budak sains laut pun bila keja amik bidang lain. tak taula susah dapat kerja yg sesuai ke tak. tapi aku keja bidang kanak2 sebab dah bisnes famili. jauh bidang kan??

yg penting, pengalaman gi bercuti ke pulau, bestnyaaa...tambah lak ke pantai timur dapat skali bershoping, hahaha!! (gelak wat penyedap hati)

No comments:

About this blog