di pagi sabtu ini aku mengetuk keyboard laptopku (dulu2 ketuk mesin taip). 5 hari tak buat entry baru. sejak masuk sem baru um aku agak sibuk menguruskan subjek baru dan mengkaji artikel2 untuk asgmtku. dunia ku berkisar ke arah peng'studi'an. tiada lagi kata2/ warkah dititipkan setiap hari. pointer aku setakat ini...errr, takdela sebagus mana tapi bukannya teruk ye. aku bukan jenis bijaksana. average je. mmg kena rajin menelaah untuk dapat markah bagus. slack nya masa awal sem belajar master sudah ade paper ku yg terkantoi dek kerana aku dapat lecturer sampingan yg non-malay + bias terhadap murid2 yg sebangsa dgnnya. hal ini diakui oleh pensyarah subjek sebenar itu. diberitakan lecturer muda tersebut menolak jawapan dlm bm tapi menerima jawapan dlm bi. bila lecturer sebenar cek jawapannya sama dan boleh diterima. adakah ini nasibku? heh...akhirnya ia menarik pointer ku yg average itu. sabar la wahai daku. teruskan usaha dan kuatkan azam dan cita.
cellamak..ayat macam hape jek. aku kat umah mak ni. kat bawah mak, ayah, kirin and imah tengah bersembang kat meja makan. diorg kalu bersembang mmg gempak! almaklumla org melaka..(ayah la). tambah plak ngan mukut besar si timah (muehehehehehe). memang getok (bahasa org melaka untuk kecoh). malam ni katanya makcik2 sedara ku nak datang, acik and makteh sebab ade tahlil and meeting sket pasal kenduri untuk yana bulan 10 ni. taktaula pak ude dtg ke tak. slalu sedara yg dtg mmg dr belah ayah je. jadiknya kalu sume org melaka berkumpul sama...ha, bayang ajela betapa riuhnya nanti.
aku baru abis present smalam. tak bape puas hati la pasal ade info tak lengkap + kitorg ade masalah teknikal smalam. dekat 1/2 jam dok kodek2 nak bagi connect laptop ngan lcd. nak rehat minda jap sambil topup maklumat untuk report nanti. wish me luck!!
1 comment:
apehal lak imah yg kene ni??
pagi td imah baik je tau, diam aje :P
haha
cepat update blog faris!!
Post a Comment