Followers

Saturday, November 14, 2009

haji

alhamdulillah mak ayah dah selamat berangkat dan dah tiba ke tanah suci makkah semalam. kami semua (tak sume) mengantar mak ayah ke kelana jaya hari kamis 13 nov tengah malam. kitorg tak tunggu mak ayah naik bas sebab memasing pun dah ngantuk and ade kena keja. so dalam kul 3 pagi kitorg balik and tiba di rumah kul 4 lebih (singgah mcd makan. lapar beb pepagi tuh!). smalam mak sms kul 4 petang lebih kata dah sampai di jeddah. masa di sana kita tolak kan ke 5 jam, jadi waktu diorg tiba adalah pada jam 11 pagi lebih (waktu arab). nanti nak ke mekah kena naik bas untuk ke sana.

jadi..yang tinggal di sinila harus menyelesaikan tugasan yang diamanahkan..sepe
rti aku sebagai kaklong, abg hisyam sebagai pengawas di rumah dan atuk sebagai orang tua untuk rujukan. mak ayah dah tinggalkan list2 kerja untuk diselesaikan. aku kena setel hal umah (belanja, adik2, bil) dan hal tadika (pendaftaran, yuran, belanja..sib baik brg tesco mak dah borong banyak). ngeeeee!!! banyak keja nak dibuat nih!! sib baik aku dah abis sem ni. exam dah abis. asgmt pun dah abis. bolela nak memesrakan diri (walopun banyak keja aku kena buat lg).

keja ngan family kdg2 menimbulkan kerumitan bilamana keputusan kerja yg tidak dipersetujui akan mempoengaruhi hubungan kekeluargaan (sebab dh keja ngan famili). tu yg kekadang aku givup nak keja tadika. pressure wooo...dengan p
arents budak, kekdah nak ngajar, urus pekerja, hal tadika..aku slalu givup rasa nk berenti dr tadika. tp abg aku cakap apsal nak berenti lak. nanti dh ade keja senang kita teruskan bisnes. lgpun mak dh antar blajar master lagi bidang kanak2. tak ke membazir masa..oklah. ku pujukkan hati untuk meneruskan keja. kekadang susah nak tetapkan hati bila wujud masalah. tapi bila aku buat satu2 keja tadika aku akan buat sungguh2 dan teliti (walopun aku slalu telupa itu telupa ini)..apepun aku akan tetap tolong mak sebab takde sape lg yg nak sambung bisnes ini walopun mencabar hati nurani aku, huaaaa!!

ayah..hmm, paling banyak aku saksikan perubahan dia sepanjang 29 taun aku idup. adik2 lelaki aku skang tak merasa kena marah, kena rotan ngan
ayah. memasing bila buat hal aku tengok ayah tak naik sore memarah. cool jek (dlm hati tak taula). buat hal tak solat, ponteng kelas, hilang henpon, hilang beskal mahal, nak beli tu, nak beli ni..diorg tau duuuuiiit je. aku dulu sampai berbirat kaki tangan dan badan kena rotan yg panjang tuh. aku teringat penyapu terbang, penyodok sampah patah, sebab kena amarah ayah. sampai aku tak becakap ngan ayah langsung masa aku sekolah menengah dulu. kira memberontak la. dah masuk u sikit2 aku mula cakap ngan ayah. gitula susahnya nak nahan rasa tak puas hati dlm diri. kitorg adik beradik pompuan merasa la habuan ayah. yg laki2 ni dah takde dah. dah besar ni aku tengok ayah belembut jek ngan diorg. mak aje yg banyak bebel sampai penat sebab diorg buat dekk jek.

apepun aku tetap sayang mak dan ayah walopun aku slalu memberontak sampaila skang (dah besar cara lain lak). ni pun bila ingat mak ayah dah tegenang air ma
ta ni ha. semoga mak ayah slamat berada di mekah dan slamat kembali di sini (sebulan lebih urus hal umah dan tadika tak terlarat den!!!). sila tengok gambar berikut.




doa sebelum berangkat











No comments:

About this blog