Followers

Wednesday, August 26, 2009

ramadhan kali ini..

salam..

ni entry pertama dalam bulan ramadhan. puasa kali ni rasa lebih meriah. sebabnya ialah dah ada faris yang sorang itu. tiap2 malam dok sebelah masa terawih ngan mak ayah and adik2. walaupun kekadang ade keluar suara dia merengek2 masa solat, dan akhirnya dia menjerit sebab takde org melayan (heh..heh..), tapi suara itu yg menenangkan hati. anak yang ditunggu2, alhamdulillah. tahun lepas faris dalam perut maknya. masa tuh mmg tak larat buat terawih. mabuk je. solat isyak je. mak cakap tahun depan siapla kitorg. umur dia dah setaun lebih..dah ade kaki..ha, tengokla masa org terawih ape nak jadi sok. silap2 kena tambat kaki, huahuahua!!!

masa ramadhan ni aku selalu stay kat umah mak ayah sampai abis terawih. sonok dapat bukak pose reramai ngan adik beradik. budak2 yg dok hostel balik, yg lepak umah member pun balik. bukak pose reramai. dah tu mak masak lauk memacam yang sungguh mengancam lak tuh!! isy..sedap sungguhla. rugi kalu terlepas sesi bukak pose ngan famili. lagipun abg mmg balik malam. dia pun terawih kat opis dia. daripada aku dok sensorang kat umah aku adelah lebih baik aku lepak kat umah mak ayah, hehehe...

*tak sabar tunggu raya. nak rasa raya dengan faris*

Friday, August 21, 2009

orang melayu

salam hari jumaat.

penyakit h1n1 yang melanda kita skang nih..mmg merisaukan. langkah2 dah disuruh buat..

..cuci tangan dengan sabun dn air selalu (ade ke kita buat selalu?)
..jangan keluar ke tempat orang ramai (sume kuar nak shoping raya, camno?)
..jangan bawa anak2 kecil ke tempat awam (aku tengok mak bapak selamba jek bawak anak kecik diorg)
..pakai topen muka (takde de org kita nak pakai. sebab diorg rasa tak kena kat diorg. aku gi asunta arituh ade mak bawak anak2 dia bederet selamba sorg pun tak pakai mask. kat mall lagila. yg batuk kung2 ade. selamba batuk arah org lalu lalang-tak pakai mask)
..kalau sape anak2 demam batuk sesema jangan bagi anak datang sekolah/ taska (eh, takde. dibawaknya jugak ke sekolah/ taska. alasan..takde org jaga anak dia masa dia keje. abih yang anak dia sakit tapi datang sekolah/ taska jugak, tak ke bejangkit kat orang/ budak2 lain? tak pikir ko apo? pikir kan diri sendiri je)

aku tak pahamlah. nak cakap lebih2..anak orang. ada yang kata "anak saya semputla. dia tak boleh pakai mask" tapi budak tu dah batuk berlengkung2 lagi selamba hantar ke sekolah. selagi tak kena kat batang hidung sendiri diorg buat2 tak tau je. baik aku je yg jaga diri sendiri. tugas menyampaikan dan menyuruh pakai mask..aku dah buat. nak ikut ke taknak memasing punya hal. pepandailah..

Friday, August 21, 2009

Misconception on face masks against H1N1 infection
Posted by: sleekk
The over-emphasis on wearing face masks is giving people a false sense of safety. Most people think that wearing face masks will prevent H1N1 virus from infecting them and the constant reminder of the government reinforces this thinking. The truth is that face masks do not effectively prevent anyone from getting infected by H1N1 because H1N1 is not an airborne virus.

Taken from a website - [...to be considered an airborne virus, the microorganism would have to survive or remain in the air for long periods of time. The H1N1 virus, like all influenza viruses do not stay in the air in some sort of suspended animation. When a person sneezes, the virus is transferred via the droplets of the sneeze, if someone is infected this way it is known as infection by "Droplet contact" or a "Respiratory Route".]

Taken from Wikipedia - [Influenza spreads between humans through coughing or sneezing and people touching something with the virus on it and then touching their own nose or mouth...

Recommendations to prevent spread of the virus among humans include using standard infection control against influenza. This includes frequent washing of hands with soap and water or with alcohol-based hand sanitizers, especially after being out in public. Chance of transmission is also reduced by disinfecting household surfaces, which can be done effectively with a diluted chlorine bleach solution.]

Read also this article from the Centers for Disease Control and Prevention (CDC) in the US - http://www.cdc.gov/h1n1flu/qa.htm. CDC does not mention prevention using face masks at all in the article.

Face masks prevent those people who have cough or cold from spewing saliva and/or mucus onto surfaces when they cough or sneeze. Whoever touches the contaminated surfaces will then get infected by the virus. Anyone not wearing face masks should cough or sneeze into a tissue and dispose it properly into the trash bin after use.

Many people tend to cough or sneeze into their hands and when they touch a handrail or door knob, the virus is transferred onto these surfaces. Because they do not know that the H1N1 virus transmits via surface contamination, they do not take preventive measures to avoid spreading the virus.

For someone to get infected directly, the infected person must literally cough or sneeze into his face. In this scenario, wearing a face mask will reduce the chance of getting infected while the virus is still suspended in the air in that very short time and has not dropped onto the surface. But people don't cough or sneeze into someone else's face.

To avoid being infected by H1N1 or any other flu virus, avoid touching surfaces in public areas such as handrails, etc. Avoid touching our noses or mouths with our hands until after washing our hands. Almost all of those who died of H1N1 had pneumonia or lungs failure. The most direct route of infection is via our noses and mouths.

I have seen many people at train and bus stations wearing face masks who pull down their face masks to rub their noses and touch their mouths. If their hands had been contaminated by the H1N1 virus then they would have been infected, despite wearing face masks.

After touching any surfaces, quickly wash hands with soap or sanitizer. Surfaces must be wiped clean as often as possible with a mild chlorine-based cleanser. How often do we see anyone wiping escalator handrails, elevator control panels or table tops? All everyone talk about is face masks when cleaning surfaces is more important and effective to kill the virus.

The public has not been informed about surface contamination and infection by the Ministry of Health, only to wear face masks and to wash hands properly. This is a gross irresponsibility on their part and a factor and reason why H1N1 continue to spread in Malaysia.

Tuesday, August 18, 2009

melayan diri

tadi aku ke kedai umi purwati (seksyen 4 tambahan). asalnya nak potong rambut hujung bagi sama..dah tu pekerja tuh dia offer untuk cuci. aku pk2 ok gak cuci kat sini. akhirnyaa..tak nyesal aku amek offer tuh. best woo..kepala dicucikan. lepas abih gunting rambut, dia cuci dengan syampu, perapi dan toner. antara setiap basuhan tu la yg bestnya. siap ade skali ngan urutan2 yg boleh membuatkan aku telelap gitu. best tul rasanya. ada macam2 urutan lak tu. garu sana. sentap sini. urut tengkuk ngan blakang bahu skali. peh..sedap tul rasa!

aku teringat2 dah lama tak membelai badan and kepala nih. dulu je adela gi wat rawatan badan (adela 3/4 taun lepas). oohh..bila rasa keasyikan urutan kepala nih harus ku pegi lagi bulan depan. urutan badan tuh tunggu ade duit lebih la baru buat. skang nih duit lebih pun kena setel benda lain. rodtax 2 bijik keta. nak beli brg raya lagi. sok nak wat tambang balik perak lagi. banyak tuh kena asing kan. bestnya urut kepala tadi...

Sunday, August 16, 2009

6 tahun sudah..

aku nak wat announcement. arinih 16 ogos adalah anniversary aku yg ke-6 ye. emmm...cepat je rasa masa tu berjalan kan. alhamdulillah life kami bertambah ok. dah ade rumah sendiri. keta sorg sebijik. duit walaupun tak banyak tapi mencukupi. makan pakai sume cukup. ape lagi yg nak mintak lagi? nak dapat anak, Allah dah beri. syukur sesangat. sume ni reazeki dari Nya. harapan di hati agar perhubungan ini berkekalan hingga nyawa terpisah dr badan. kasih sayang yang tercipta hanyalah untuk kalian. walau macam2 badai melanda. menjeruk rasa memendam hati. tapi terpusing sana terpusing sini last2 berbaik jugak. kalau kasih mmg untuk kita, ingatan di hati saja kita sudah merasainya. moga Allah memberi kesejahteraan dan keberkatan hidup kepada kami, aminnn..

Saturday, August 15, 2009

hari ini

di pagi sabtu ini aku mengetuk keyboard laptopku (dulu2 ketuk mesin taip). 5 hari tak buat entry baru. sejak masuk sem baru um aku agak sibuk menguruskan subjek baru dan mengkaji artikel2 untuk asgmtku. dunia ku berkisar ke arah peng'studi'an. tiada lagi kata2/ warkah dititipkan setiap hari. pointer aku setakat ini...errr, takdela sebagus mana tapi bukannya teruk ye. aku bukan jenis bijaksana. average je. mmg kena rajin menelaah untuk dapat markah bagus. slack nya masa awal sem belajar master sudah ade paper ku yg terkantoi dek kerana aku dapat lecturer sampingan yg non-malay + bias terhadap murid2 yg sebangsa dgnnya. hal ini diakui oleh pensyarah subjek sebenar itu. diberitakan lecturer muda tersebut menolak jawapan dlm bm tapi menerima jawapan dlm bi. bila lecturer sebenar cek jawapannya sama dan boleh diterima. adakah ini nasibku? heh...akhirnya ia menarik pointer ku yg average itu. sabar la wahai daku. teruskan usaha dan kuatkan azam dan cita.

cellamak..ayat macam hape jek. aku kat umah mak ni. kat bawah mak, ayah, kirin and imah tengah bersembang kat meja makan. diorg kalu bersembang mmg gempak! almaklumla org melaka..(ayah la). tambah plak ngan mukut besar si timah (muehehehehehe). memang getok (bahasa org melaka untuk kecoh). malam ni katanya makcik2 sedara ku nak datang, acik and makteh sebab ade tahlil and meeting sket pasal kenduri untuk yana bulan 10 ni. taktaula pak ude dtg ke tak. slalu sedara yg dtg mmg dr belah ayah je. jadiknya kalu sume org melaka berkumpul sama...ha, bayang ajela betapa riuhnya nanti.

aku baru abis present smalam. tak bape puas hati la pasal ade info tak lengkap + kitorg ade masalah teknikal smalam. dekat 1/2 jam dok kodek2 nak bagi connect laptop ngan lcd. nak rehat minda jap sambil topup maklumat untuk report nanti. wish me luck!!

Sunday, August 9, 2009

one that day..

mahap ler aku tak sempat nak wat entry hari2 cam dulu. ni aku tengah dok pulun untuk asgmt aku. jumaat nih dah kena present. pastu awal september sok deadline asgmt lain (review 3 artikels)..abih botak pale. arinih kitorg lepak berehat je di umah. slalu ari ahad abg akan ke pasar borong selangor dan tgh nya gi hantar brg2 ke branch tadika aulad + pasti (yg berkaitan). tapi disebabkan abg aku baru kena operate jumaat arituh, mak aku kasik rehat je kat umah. kalau tak mmg abg aku keras gak nak hantar brg. mak aku dah warning awal2 suh dia rehat je. jgn ngengada!!

abg dulu dah disyaki ade batu karang dlm bdn. rasa taun lepas ke taun sebelumnya. pastu 2 mg lepas sakit bila nak buang air. masuk wad tunggu batu kuar tapi tak kuar gak. doc bagi ubat tahan sakit je and suh tunggu batu kuar sendiri. then last friday (very the early in the morning) dah stat sakit balik. kali ni teruk sampai tebongkok2 la sebab sakit kat pinggang. aku dah cemas sket. dah rasa2 nak hantar je dia gi hosp dekat2 sini tapi dia nak ke assunta gak sebab panel company + dah ade rekod dia kat sana. so dengan gagahnya abg siap2 beg and drive ke assunta kul 3 pagi lebih. tak sampai 1/2 jam dia sms kata dh sampai. huh..tau dh musti pecut gile la. masa aku gi melawat dia odc ade dtg and kata akan wat operation belah petang. aku dok kejap je pasal aku ade kelas kat um petang n malam. masa tuh aku pakai mask tau. silap la kamera tadak bateri. kalu tak buleh aku letak sini nak tunjuk 1st time pakai mask, hehe..rasa cam pelik pun ade sebab tak penah pakai. tapi yela kan. masuk kawasan org sakit. dahla skang nih bahaya h1n1. mak ayah aku dah pesan suh pakai mask takut jangkit kat faris.

at the end of the day the operation was ok and abg is fine. masa kelas petang aku dokla tengok jam.."oo..ni baru nak mula operate".."ha, skang ni dah abih kot".."camne abg aku ha?"..gitula lebih kurg. bile time-off kelas malam baru aku dpt call abg and dia kata sume ok cuma ade sakit je pasal ade tiub kat saluran kencing. isk..risau tahap gaban pun ade. dolu2 masuk assunta gak pasal suspek denggi. beberapa taun lepas pasal x-siden. adehh..mintak keluargaku diselamatkan dari bala bencana yg lebih besar, aminnn..

so now..back to work okeh!!! sudah2la ber blog awak tu.. *adehh...aku kena kuat semangat nih!*

Monday, August 3, 2009

di keheningan malam..

aku tengah stress skang. ade ke patut abg aku buat derk je bile faris yak2. ni dah kali ke-4 faris yak arinih. kali ke3 ngan aku. dia dh balik keje patut dia la plak tolong layan si faris. aku nak menggoreng sket dia nak makan. tah ape kena dia. senyum2 sengih2..org suh mintak tolong. tensen sket arinih pasal aku dok ingat artikel lagi tak abih baca. nak baca satuhal. nanti nak summarizekan sebelum diriviewkan. ughhh!!! part aku utk asgmt terdekat nih..'assessment for learning disabilities/ special needs'. artikel dah ade. tinggal nak baca and kupas je. kepala belah lain plak pk pasal keja tadika aku. siang tadi kitorg tukar2 premis, tadika ke taska, taska ke tadika. pastu pk ape barang yg takde, benda yg nak kena buat..ugghhh!! *garu kapla jap*

kan best kalau time ni aku sedap melepak depan tv..
kan best kalu aku dah abih master nih..(rasa cam dah bertaun2 aku blaja master)
kan best kalu aku dah siap sume keje mengemas di umah..
kan best kalu dapat layan citer cd movie terbaru (tak dapat g wayang sebab dah ade faris)

ughhh!!! malam nih sesi melayan perasaan!!!!

About this blog