Followers

Wednesday, June 22, 2011

penggal kedua dah mula.

citer pasal keja..sabtu lepas ramai juga mak ayah yg datang ke tadika untuk sesi ibubapa-guru dan pengambilan report card. untuk kelas 6 tahun hampir semua hadir. rata2 datang belah pagi. kelas 5 tahun hanya separuh saja yg datang. aku pun x pasti kenapa sebab masa ini lah peluang untuk mak2 dan ayah2 nak jumpa cikgu kelas, tanya pasal prestasi pelajaran anak dan sikap mereka di kelas. sebab hari2 yg lain xde peluang nak jumpa borak2 sangat cuma sekadar berjumpa di pintu pagar dan selebihnya naik transport sekolah. dan aku pulak x datang juga sebab sakit kepala kena jangkitan virus sesema dari faris, uhuk2!!

event akan datang ni, lawatan tadika ke taman burung. mak kata kali ni kita cuba urus sendiri tanpa menggunakan org tengah iaitu ejen lawatan. sebab ape, mebi nak kurangkan kos kot. sebab bila guna ejen diorg juga akan ambil kos dr kita dalam +- 1k lebih. jadi kita gunakan sume kerahan tenaga cikgu2 dan kakitangan aulad ye! untuk di jasmin biarlah cikgu2 sana handle. aku dah boleh serah tugas je kat diorg. gambar2? nanti pegi melawat dululah baru kasik tunjuk.

selain tu silibus untuk penggal 2 ni dah boleh kasik up sket untuk bacaan melayu. sudah boleh diajar baca sukukata tertutup bagi 6 tahun, kiraan tolak guna mental arithmetik, sambungan bacaan fonik selain drp fardhu ain, solat dan hafazan. untuk 5 tahun perlu dikemaskan lagi kiraan tambah guna mental arithmetik sebelum mula tolak. bacaan pula masih lagi diteruskan untuk sukukata terbuka, dan seterusnya untuk subjek2 yg lain.

buat kali ni aku puas hati dengan perjalanan pengurusan tadika di jasmin. cuma pengajaran perlu di perhebatkan lagi. masih lagi ada yg telefon nak booking masuk untuk tahun depan. alhamdulillah dapat feedback positif ttg tadika aulad jasmin kajang. walaupun prasarana tidaklah sehebat mana. atas sokongan pihak ibubapa juga kami masih di sini. terima kasih.


No comments:

About this blog