Followers

Friday, June 17, 2011

oprah

semalam tengok citer oprah. farewell season dia. dia buat siri2 flash back episod2 yg dia dah buat dulu. satu ni yg dia flash back ialah saat oprah memberikan setiap sorg $1000 kot untuk disumbangkan kepada org lain yg lebih memerlukan. aku ade tengok episod ni. mmg oprah ade bagi duit kat audiens and siap bg camcorder lg untuk bukti sumbangan tu diberi pada sape. masa flash back ni dia panggil sorg audien yg terima duit oprah dan dia beri sumbangan pada satu keluarga besar yg ada anak ramai dan ada cucu. ketua keluarga pulak x sihat ada masalah otak dan mmg daif lah xdpt nak hidup mewah mcm org lain. jd pompuan nih dia ajak masyarakat buat sumbangan barang dan duit sampai jadi berapa puluh ribu tah, terus dia sumbang kat keluarga nih. tacing betul masa sesi penyampaian sumbangan tuh. bukan takat tu saja. pompuan nih terus support keluarga nih untuk tempoh 3 tahun seterusnya. masa dia dipanggil ke rancangan oprah dan sekali dgn keluarga nih ade plak sorg doc bedah yg nak sponsor pembedahan otak ketua keluarga tuh. pembedahan tu berjaya cuma kesan dia lelaki tu kena strok separuh badan. tapi yg sangat terharu ialah bila dia berterima kasih kat pompuan tadi yg masih sokong dan bantu keluarga dia. dan lelaki tuh pulak sambung lagi blajar kat universiti kot. even ngan keadaan dia yg strok dan x dapat buat ape2 keja lain tapi dia nekad sebab dia kata xde ape lagi yg dia boleh tunjukkan timer kasih kat pompuan tuh dan buktikan kat keluarga dia yg ade sesuatu benda lain yg dia mampu buat dalam keadaan dia macam tu. ngeeee...sangat sedih hokey!! saat terima sumbangan masing2 mata berair2. jumpa dlm rancangan oprah nangis lagi. kena interview rasa sebak lagi. mau tak aku yg nonton pun merembes2 air mata. kejap2 kesat kejap2 kesat. adehhh...sedih sungguh acik. i salute u lah wahai oprah. banyak dia singkap kisah manusia dr semua kejadian, kelebihan dan kekurangan. ohhh...srettt!!!!

2 comments:

mokjadeandell said...

Makcik juga peminat tegar Oprah. Selalu berebut channel dengan suami nak tonton channel diva.Banyak pengajaran dalam rancangan dia.

~farra_~ said...

salam makcik. mekasih singgah. saya bab2 tacing2 sedih2 ni mulalah mata hidung sume berair. macam siri 'bersamamu tv3'. memang tak tenteramlah nak tengok sebab asik kuar je air matanya :)

About this blog