di sini aku menyusuri celah kehidupan..bersama desiran angin bahagia..menguntai manik2 wajah kesayangan..
Followers
Wednesday, December 29, 2010
menjelang hari sekolah
hmm..ni aku tunggu takde sape pon datang. kang aku dah balik mulala ramai amik borang la bayar la tanya maklumat la. time aku dok nonggok sini ha takde plak orang, ceh!!
Friday, December 24, 2010
masa berjalan
persiapan menghias kelas dah makin siap. tinggal dalam 10% lagi je nak abis. pasni konsentret pada silibus dan kaedah pengajaran pulak. dan aku? mengemas kini rekod murid dan rekod yuran. kali ni termasuk semua premis tadika aulad. 'hayya cik siti ah...sempat ka mau siap?'
tiap kali nak bukak sekolah mesti hati rasa dug dag dug dag je kan. risau ngan bilangan murid takut nanti sikit. risau ngan tanggapan ibubapa ngan cara cikgu ajar. nipun dah ramai yang mula demand -> cikgu, nanti bagi kerja rumah kat anak saya. saya nak dia dapat kerja rumah selalu. sekolah dulu tu satu kerja rumah pun tak bagi. camne saya nak tau perkembangan dia? ->cikgu, saya nak anak saya ni cepat dapat baca. kalau boleh pandai cakap english skali ->cikgu, saya tak kisah anak saya ni tak pandai sangat. janji dia dapat agama tu yang penting. dapat yang hafazan, pandai solat, pandai ngaji tu ye cikgu! ->cikgu, baju sekolah bila nak dapat ni? dah lama saya booking tak sampai2 ponnnn!! err..tang tu kena tanya ngan puan prinsipal lah. beliau yang uruskan baju. tanya kat aku, aku pon taktau bila baju siap!
Wednesday, December 22, 2010
inikah masanya?
Monday, December 20, 2010
kematian itu suatu yang pasti
begitu mendalamnya rasa cinta pada sang suami. yg berkongsi segala pengalaman, kemanisan dan kelukaan hidup. segala2nya. memang tak terbandingkan dengan pengalamanku suami isteri. mungkin sebab itu agaknya lukanya amat mendalam. nafas kuhela. membuatkan aku terfikir dan muhasabah sendiri. kuasa tuhan tak termampu kita tandingi. dan cuma Dialah saja yang tahu rahmat di sebalik musibah itu. semoga arwah dicucuri rahmat di sana. alfatihah.
Saturday, December 18, 2010
kehilangan seorang teman
namun hari ini, bilamana ku punya waktu untuk ber fb, ku telah membaca status serta kiriman takziah dr sahabat dan taulan buat seorang rakan ini, rakanku jua, atas kembalinya ke rahmatullah seorang suami, nun jauh di uk sana. terkejut..terkesima sebentar. baru rakan ini mengirim pam susu yang ku order untuk yana. baru ku baca statusnya yg si suami memberi peransang atas kelicikan pesaing mencantas pelanggannya, tiba2 ku tahu suaminya telah tiada kerna sakit jantung. ku hanya mampun menelan liur..sungguh tak terkata. di saat rakan ini serta anaknya seorang jauh dr sanak saudara, telah kematian seorang suami yang menjadi penggayut dan tempat berteduh...takziah dari aku buatmu teman.
rakan ini ku kenal sejak dari kecik lagi. kami sama2 org bangi dan bersekolah rendah bersama di sini. ku temui dia kembali di fb dalam tahun lalu. sedang bersiap2 untuk berlepas ke uk sana atas urusan melanjutkan pelajaran. sedang berkira2 mahu menjual segala perabot yang ada. dia kini ku lihat menjadi seorang yg multi tasking, pelajar, bekerja sambilan, membuat bisnes online menjual barangan bayi dan barangan lain serta rajin memberi status masakan apa yang dimasaknya. rajin sungguh dia ini memasak pelbagai resipi. ku lihat dr situ serta segala komen2 memang dia, suami dan anak sangat rapat antara satu sama lain..mana mungkin hati ini mahu percaya akan wujudnya sebuah kehilangan...
aduh teman...bersabarlah wahai dikau. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya. semoga ketenangan menjadi milikmu wahai teman..
~kepada mereka yang mahu melihat page nya di fb boleh click ke 'bebe maison'~
* please read her blog-http://www.meenyusuf.blogspot.com/*
Thursday, December 16, 2010
artikel yang bagus
Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak
Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
- Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
- Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
- Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
- Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
- Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
- Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
- Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
- Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
- Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
- Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
- Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.
Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
0 hingga 2 ½ tahun
- mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
- belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
- kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
- rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
- kosa kata berkembang sehingga 270.
2 ½ hingga 4 ½ tahun
- peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
- terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
- perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
- kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
- pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
- bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
- mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
4 ½ hingga 7 tahun
- perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
- kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
- corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
- mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
- Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
- Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
- Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
- Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
- Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
sumber dari laman ini
Wednesday, December 15, 2010
ajarlah mereka membaca
kami di tadika aulad juga menyediakan sebuah buku bacaan yang digunapakai oleh setiap guru dan kakitangan dalam memberi kemahiran bacaan kepada kanak2 ini. adalah sangat baik dan bagus sekiranya setiap daripada kanak2 ini juga membeli buku ini untuk dibuat bahan bacaan semasa berada di rumah. buku ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Buku 1 yang terdiri daripada perkataan2 terbuka (kvkv) seperti baba, cuba, meja, laju dll. dan untuk Buku 2 ianya lebih sukar dan terdiri daripada perkataan2 tertutup (kvkvk) seperti kakak, gelak, macam, sentuh dll.
bila dah ajar bunyi setiap huruf..baru kita pasang2kan setiap suku kata. contoh..ba be bi bo bu
ca ce ci co cu da de di do du.....sampai habis. benda ni kena ajar ulang2 sampai mereka lekat di kepala apa bunyi sukukata tersebut. bila dah kenal barulah ajar perkataan penuh ye! semua ni adalah langkah-demi-langkah dalam perkenalan untuk mengajar mereka membaca. kebiasaan untuk kanak2 umur 5 tahun mereka diajar menggunakan Buku 1. akan tetapi terdapat juga mereka yang pantas membaca sudah boleh pula membaca Buku 2.
untuk Buku 2, ianya lebih diterapkan untuk kanak2 umur 6 tahun. perlu diajar sukakata tertutup sebagai persediaan untuk masuk ke darjah 1 nanti. untuk yang sudah mahir Buku 1, mereka hanya perlu menambah di hujung sukukata saja. contoh...ba+m=bam, ka+n=kan dll sehinggalah mereka boleh membaca perkataan seperti ini..tembam, jahat, contoh, lompat dll.
proses pengajaran membaca ini adalah proses yang berterusan sehingga ke hujung tahun. ini kerana untuk anak2 yg telahpun laju membaca mereka tidak mempunyai masalah untuk mula membaca buku2 cerita. tetapi untuk anak2 yang masih merangkak2 lagi membaca Buku 1 terutamanya mereka yg umur 6 tahun ni prosesnya memang mengambil masa ye. kadang2 mak ayah tak puas hati kenapa anaknya tak pandai2 lagi membaca. seperti entri yang lepas, setiap kemahiran kanak2 adalah berbeza dan tak boleh disamakan antara satu dengan yg lain. juga perlu diambil kira adakah anak ini mengalami simptom disleksia. pengalaman mereka membaca dengan ibubapa di rumah juga perlu diambil kira. jadi sekiranya mereka masih juga membaca Buku 1 sehingga penghujung kelas 6 tahun kami cikgu2 terpaksa pasrah dan bertawakkal dengan perjalanan anak2 ini ke darjah 1 nanti.
jadi, jika ada sesiapa yg berminat dengan buku keluaran tadika aulad ini bolehlah menghantar emel serta untuk sebarang pertanyaan di farra_f@yahoo.com semoga dengan entri ini dapat membantu para ibubapa serta makcik sedara/nenek ke untuk membantu mengajar anak2 ini mula membaca.
sekian.
Saturday, December 11, 2010
ke SARAKIDS
rasa excited jugak sebab 1st time nak jumpa tuan punya blog yg aku dok baca slalu. huh..blog dia cukup menyentuh emosi la sampai kekadang tergenang2 air mata kan. dia tulis sekali ngan jiwa sebab tu la melekat di hati. masa nak kenalkan diri masing2 aku dah start neves. citer pengalaman sendiri pun rasa2 suara jadi bergetar gitu, haha!! apela. tapi bila dah lama2 masing2 pun khusyuk dengar penerangan sume dah jadik ok.
lepas makan dan minum2 sket aku tengok memasing dah mula kendur dah. yang mana bawak cik abg skali ku tengok dah mula resah gelisah. tepon belakang aku dah asik berdering2 je. memangla. kitorg duduk tengok slaid dekat 4 jam. dari jam 9.00 ke 1.00 tgh. tapi buat yg minat pasal nih memang banyak tanya. aku pun ade tanya gak. sesekali aku coret balik atas lampiran sebab nak tunjuk kat yana. dia boleh baca cuma nak kena terangkan konsep dan teori pasal bf nih. pastu ada gak tunjuk cara nak pegang anak patung (kengkonon baby la) tunjuk cara nak susukan bayi ikut pelbagai posisi. tapi spoil sket la sebab bila makin ke tengahari aku kena sakit pale pulak. tetiba je rasa berdenyut gitu. niatt di hati banyak lg persoalan nak ditanya pd pn farah tapi tengok dia pun tengah set nak tengok video di laptopnya dan ade beberapa org lg tengah menunggu beliau maka aku pun mintak diri dululah nak balik. tapi gambar wajib amek ye, hehehe..
p/s : diingatkan bahawa yana adalah adik yg tidak boleh bercakap serta menggunakan bahasa isyarat. begitu juga dengan suaminya. harap maklum.
Friday, December 10, 2010
perkahwinan yang melangkaui negeri
contoh la macam orang nak kawin ngan anak dara n9. sume pakat heboh dan kecut dan takut tanya sana tanya sini camne nak kawin ngan org n9. sebab sume dah ditakutkan dengan andaian bahawa org2 n9 dia banyak ikut adat. so jejaka2 yg nak kawin ngan anak dara n9 nih kena siap sedia awal2 ke hape ke. ek elle....ape la punya susah nak kawin. benda nih sume adat je. kalau dulu mungkin la ada ikut tapi zaman skang nih dah tak strict sangat dah. sebab ape aku cakap? sebab sepupu aku (anak paklong kek joseh), laki dia skang nih org bota, perak. huh..cukup susah hati dulu masa dia nak kawin ngan sepupu aku nih ha. last2 bila diorg tanya kat atuk aku yang dikira orang lama, atuk aku cakap takde ape nak disusahkan. dia pun takde nak ikut sangat adat2 nak kawin nih. heh..barula lega tengok muka diorg tuh kan. tak pasal2 kang tak boleh kawin lak antara jejaka dan dara nih..
contoh lain. orang kelantan. banyak member2 aku cakap yang orang kelantan nih tak suka anak2 dia dikahwinkan dengan orang luar. mereka lagi suka ngan kaum kerabat mereka saja. agaknya payah sangat nak campur2 ngan org luar kot. dan ini juga pernah terjadi kat aku zaman2 bercinta dulu (ceh!! punah jiwa raga masa tu!). kalau orang johor lak sapa2 nak kawin ngan anak dara mereka kena siap sedia hantaran serba satu-berdiri tau! maknanya detail sume lengkap kena bayar kat anak dara mereka. perghhh....memang masak la sapa2 kena mengadap mak ayah yang strict habis masa nak kawin nih.
aku?? alahai. aku pun memang kena kejutan maut gak bila masuk ke famili mertua yang dari taiping nih. diorg ni memang very-outspoken-and-out-loud gitu ye. nak2 bila time berselisih paham and saling tak setuju satu sama lain. boleh dikatakan yang orang dok ujung taman sana boleh dengar la diorg nih kala bergeseran. aduiiiiii...hai! sangat2 la berlawanan ngan mak ayah aku. ape2pun yang tak sependapat or bertelingkah masih boleh dikawal atau senang cakap...tak denjeres sangat la kan! walaupun aku nih jugak jenis yang out spoken and high pitch laser kat orang tapi bila masuk ke belah sana... alamak, memang terdiam la aku. tu sebab la aku jadik tak selesa bila time nak balik kampung sana. rasa macam nak cepat2 je balik bangi sini. asal balik je gaduh. asal balik je tak puas hati. baik aku duk sini senang lenang ngan mak ayah and adik2 aku lagi bagus kan. tapi apekan daya. abg ku jua nak melawat ayahbunda. terpaksalah kuturutkan jua. yang mana kena time diorg bergeseran tuh terpaksala aku buat2 pekak kan telinga. aduii..ai!!
hmm..kesimpulannya, bukan sedikit waktu yang kita boleh dapat untuk memahami orang lain/kaum lain/komuniti lain yang di luar daripada kelompok kita. ape nak dibuat. dah hidup perlu bersama2 dan bertolak ansur, terpaksalah direlakan jua. ku harap ibubapa yang lain tak perlulah terlalu strict atau mengikut adat yang ketat2 atau tak berapa nak perlu bilamana anak2 nak kawin besok ye. semoga dengan kemudahan serta kerestuan (?) dari mak ayah dapat mengindahkan lagi keharmonian perkahwinan anak2.
Thursday, December 9, 2010
hingga detik terakhir
selesai di cimb aku terus pecut ke warta. memang nak gi sana pun sebab nak gi avon bayar and amik order. tapi alang2 dah putus selipar neh kena la gi carik kedai selipar dulu. alhamdulillah jumpa yg berkenan di hati dan rasa sedap nak makai nya. terus ku sarung di kaki buat pakai, muahahaha!!
ape nak buat. dah aku neh jenis suka pakai benda sampai usang2 dah rabak tak boleh guna barula ku tukar yang baru. setia la tu kan namanya, ahaks!! dari zaman ku sekolah dulu lagi ku bersikap sebegini. tak caya?? meh sini tengok itu gambar..
huh..sungguh usang selipar ini!
dengan tah-ape-benda-alah-dalam-henbeg-ku!
dan ini juga!!
Saturday, December 4, 2010
bumi berpusing
masa memang laju je bergerak tinggalkan kita. dari hari ke minggu. dari minggu ke bulan. aku yg kena gerak pantas. ni dah nak bukak sekolah. nak handle urusan bukak sekolah jugak. semoga aku dapat melalui semua ini.
see you after awal muharram.