Followers

Thursday, May 31, 2012

catatan hari ke - 25

minggu ini minggu ketiga sudah. haritu ada bertanyakan pada kak norita pasal muka adik yg tumbuh biji2 ruam tu. banyak juga. ada yg ada mata macam nanah kuning tu sampai pecah air nanah and kuar air kuning, di telinga, lubang hidung, tepi mata. kak n cakap kalau bolh mandikan 3 x kali sehari. and teruskan pengambilan esp dan alfalfa shaklee. esp tu air susu protein baik untuk kulit dan pertumbuhan. so rasanya dalam dekat seminggu ni macam ada berkurang sikit tapi belum baik lagi. yg biji2 tu nampak macam ada kering sket. mandi 3 kali tu x dapatla. mandikan adik macam biasa pagi ngan petang. harap sangat kulit adik nanti ok macam biasa. minggu depan apmt dr adik genap sebulan. tengok nanti camne perkembangan adik.

 

Tuesday, May 29, 2012

hari ini - mei 29

aku genap 32 tahun pada hari ini-29 mei 2012. bersamaan dengan tarikh kematian allahyarham p. ramlee. selalu mesti perasan sendiri bila org dok ingat2 p.ramlee diorg akan ingat kat aku punya besday jugak, hweehuuu!! hmm..sudah bertambah setahun umur. sudah bertambah anak kepada 2 (kwn yg lain nk masuk 4). semoga dapat menjadi seorang yg lebih baik lagi kepada allah, kepada suami, kepada anak2, kepada mak ayah dan keluarga dan kepada diri sendiri. semoga lebih ke arah yg positif drp arah yg negatif, insyaallah. terima kasih pada cik abg yg byk membantu semasa aku peknen dulu sampai waktu nak bersalin di bilik bersalin, dan sehingga ke saat ini. terima kasih. semuanya farah ingat sampai sekarang.

hari ini hari ke-22 berpantang. tak sabar nak tunggu masuk kerja dan uruskan berapa amaun susu adik buat bekal masa kerja nanti. lagipun dah nak bulan puasa kan. sekarang banyak direct feeding tak nampak lg berapa yg adik perlukan. setakat ni pam ada dapat total 2.5 oz, 2.0, 1.5, masa adik sedang tidur. hingga ketemu lagi..

Friday, May 25, 2012

catatan hari ke - 18

adik sudah 2,3 hari macam meragam nak tidur kena peluk saja. bila agak2 dah lena menyusu, nak letakla di bakul..sekali dia jaga balik terus nangis. kengkadang dalam satu masa adala dekat 5 kali kot angkat letak-angkat letak. ada masa rasa nak stress. ada masa rasa cool la pulak. jadi hari ketiga dia cemtu dah agak2la tau nak handle camne. biar dia lena betul2 kat pangku (mak dia pun lena sama) barula letak bawah. itupun kena bedung tau. baru sedap dia lena walaupun dia tak suka bedung2 nih. siap protes nak tarik tangan kuar.

dalam seminggu jugak aku dah consume vit shaklee set breastfeeding + esp. alhamdulillah setakat ni aku makan ikut time. bila dah seminggu tu baru terasa breast sakit mencucuk2 maknanya kena perah. adik minum pun still ada rasa sakit cucuk2 tuh. adik kengkadang lena ngan saki baki air susu kat mulut dia. pastu tidur dahla 2jam ke lebih ke. mau tak kena pam dulu. itupun pam2 agak2 menyimpan kat peti mak kat sini so tak dapat nak simpan banyak2. nak kena rotatela bagi baby minum sikit2 ebm yg dah diperah. dia pun kalau dah beri guna syringe tetap nak direct jugak ngan mak dia. apepun kita tengoklah lepas sebulan nanti camne kan. dah sebulan nanti jumpa dr untuk cek-up lagi. harap2 ada perkembangan.

Monday, May 21, 2012

catatan hari ke - 14

usia adik hafiy harini sudah 2 minggu. alhamdulillah rezeki adik minum air susu maknya ada dan tidak putus2. setiap kali adik merengek nangis nak minum, mak susukan dengan air susu mak sampai akhirnya adik terlena kekenyangan. buktinya? bila adik lepaskan puting, saki baki air susu meleleh di tepi mulut adik. syukur selagi dimurahkan rezeki oleh allah. bila pam pun susu ada cuma masih belum banyak ber oz2 seperti orang yg menyimpan stok susu. susu perahan baru sedikit dan itupun pam sebab breast terasa berat dan mencucuk2 sapai terasa ngilu. hasil pam yg sikit2 tu akan digabungkan dengan hasil perahan di jam yg lain pulak. janji sudah suhu sama2 sejuk baru boleh disatukan. bila dah combine dapatlah dalam 2.5 oz. tapi sekarang ku lebihkan direct feeding saja untuk adik hafiy. alhamdulillah jaundice nya juga nampak semakin baik.

adik, mak sudah niat nak susukan kamu sebelum kamu wujud lagi. semoga allah permudahkan usaha mak ini, insyaallah..

Sunday, May 20, 2012

catatan hari ke - 13

jumaat lepas adik hafiy ke pantai lg cek jaundice. dr suruh ke klinik terus tak payah cek darah di lab. so bila jumpa dr kata ini jaundice sudah turun. bacaan mungkin sudah bawah 200. ini baby sudah ok. tapi u continu jemur bawah matahari for 3 days. tapi u brastfeed lagi dia kerap ok. setiap 2  jam u bagi..gitulah kata dr.  masa ni berat dia turun 3.1 dr 3.2. tulah ada rasa risau pasal berat dia turun. rasanya sebab tak frequent bg baby bf kot. yelah bagi masa dia jaga. kekadang dia tido 2 jam. ada tu tido 3 jam. ada plak lepas sejam dia jaga. yg tido 3 jam tuh masa tido malam mak dia pun tebabas sama lelap, huhu!! tapi nasib baik pagi sebelum ke klinik adik sudah berak dengan jayanya sedangkan beberapa hari sebelum tuh dia kering cuma kencing saja. sabtu pagi pun banyak juga, syukur alhamdulillah. semoga birilubin dalam darah tu tersingkir keluar sama.

kali ni rasa tercabar sikit sebab abg faris asikla merajuk saja bila ada yg tak kena dengan apa yg dia nak. kalau tak dapat terus nangis guling2. tak makan dek pujuk lak tu. pujuk2 gitu taknak. nak berdukung pulak. ha yang tu mmg tak larat nak dukung. bila pujuk2 tak makan biarkan aje dia nangis. geram gak kekadang. ada tu sampai adik pun nangis nak minum time abg buat hal. ohh pening jugak kepalaku ini...rasanya  beberapa minggu  lalgi oklah tu, hopefully..

Thursday, May 17, 2012

catatan hari ke-10

semalam kami ke klinik untuk kali ke3. adik baby punya bacaan jaundice menurun

sabtu: jaundice 247 berat 3.05 (lahir 3.48) - menurun berat adik
isnin : jaundice naik dr 247 - 255. berat 3.25 - naik sikit
rabu : jaundice turun dr 255 - 231. berat 3.20 - turun

besok jumaat akan ke hosp lg untuk last cek jaundice adik. kami masih lagi sewa katil lampu buat fototerapi kat rumah. tapi adik terkena ruam2 mungkin gatal2 sebab baju di katil tu ke atau sebab lampu tu ke. habis satu badan adik kena. kali ni tak direct lampu dan bogelkan adik cuma balut dengan kain bedung dan just letakkan saja atas lampu tuh. sian tengok badan adik kena bintik2. ayahnya ingatkan kena campak tapi bila bedung kurang sket bintik tu. yang penting banyakkan breastfeeding pada adiklah dengan harapan bacaan tu akan menurun lagi.

haritu masa mula nak ke hosp mak dah risau pasal baru bersalin dah berjalan2 kan. tapi ku pergi juga sebab pikir anak menyusu. nanti kang dia nangis mana nak carik susu. mak pesan suh pakai bengkung. and masa kat sana aku bawakla selendang buat cover sejuk. pastu jalan guna wheelchair. org2 yg datang kat klinik pun tau ni org baru bersalin ni tengok pakai stokin jalan pun cam semput2 je, haha!! yg kesian cik abg lah kena luangkan masa dr ofis untuk ke hosp setiap selang 2 hari. jumaat besok je dia x dapat pegi pasal dah asik cuti je dr keja.

skang adik hafiy semakin kerap menyusu. kalau tidur dalam 2 jam lebih pastu memang kena kejutkan dia. masa mula2 dulu ada juga terbabas sampai 3 jam sebab maknya tertido ngantuk, hehe..skang pattern dia, menyusu untuk hilangkan haus, dia hisap cepat2. pastu bila dah setle dia menyusu untuk soothing pulak. ready nak lelap. hispa2 senyap-hisap2 senyap. sampai dia lepas sendiri dan tidur sambil ternganga. cumanya yg ngeri skang bila dia start je nak nyusu kena ready urat2 saraf pasal dah rasa sakit biila mula menyusu. sampai bergulung2la hujung kaki tahan dia hisap tuh, huh! dah lama2 tu barula lali rasa sakit tuh. kekadang sampai menyeringai gigi pun ada jugak nak tahan sakit dia. dasat jugak rupanya budak nyusu eh. besok dah ada gigi sok camnelah rasanya pulak. anyway skang dah cuba stail baru buat sambil baring lak. sedap sket boleh lelap cumanya bila dah sakit masa hisap memang xleh lelapla maknanya..huhu!!
 

Monday, May 14, 2012

catatan hari ke-7

hari ini ke klinik lagi. adik hafiy punya bacaan jaundice menaik sedikit tapi belum di tahap merbahaya, kata dr chin. so dr suruh sambung fototerapi di rumah dan jumpa semula pada hari rabu nanti. dr suruh teruskan breastfeeding tapi selang seli dengan air glukos bagi turunkan bacaan.  rasa ralat hati tengok adik kena bagi air glukos. tapi rasanya dengan bf adik boleh sembuh insyaallah.

sekarang air perahan susu semakin banyak. walaupun belum cecah ber oz2 tapi bila ianya lebih banyak dari semalam adalah sesuatu yang menggembirakan dan memberi motivasi untuk meneruskan bf. seronok rasa bila masa pam tu nampak susu mula keluar memancut dari salah satu liang susu. dan bila breast mula mengeluarkan susu yang banyak dia jadi rasa mencucuk2 sampai kena pam dengan segera. alhamdulillah syukur rezeki untuk adik hafiy murah. tapi ibu menyusu memang kesan dia cepat rasa haus, rasa lapar, rasa letih sume ada. jadi kena kerap makan kudapan dan makan ikut time serta kerap minum. insyaallah sikit masa lagi akan ambil vitamin shaklee. walaupun tak suka pil, pil mengandung pun ada lagi, tapi bila fikir ini khas untuk adik hafiy, maknya kena kuatkan semangat ambil vitamin. lagipun umur dah 30an. tak macam masa umur 20an dulu.

jadi rabu nanti kena ke klinik semula. harapnya jaundice adik akan menurun nanti.

About this blog