Followers

Monday, May 21, 2012

catatan hari ke - 14

usia adik hafiy harini sudah 2 minggu. alhamdulillah rezeki adik minum air susu maknya ada dan tidak putus2. setiap kali adik merengek nangis nak minum, mak susukan dengan air susu mak sampai akhirnya adik terlena kekenyangan. buktinya? bila adik lepaskan puting, saki baki air susu meleleh di tepi mulut adik. syukur selagi dimurahkan rezeki oleh allah. bila pam pun susu ada cuma masih belum banyak ber oz2 seperti orang yg menyimpan stok susu. susu perahan baru sedikit dan itupun pam sebab breast terasa berat dan mencucuk2 sapai terasa ngilu. hasil pam yg sikit2 tu akan digabungkan dengan hasil perahan di jam yg lain pulak. janji sudah suhu sama2 sejuk baru boleh disatukan. bila dah combine dapatlah dalam 2.5 oz. tapi sekarang ku lebihkan direct feeding saja untuk adik hafiy. alhamdulillah jaundice nya juga nampak semakin baik.

adik, mak sudah niat nak susukan kamu sebelum kamu wujud lagi. semoga allah permudahkan usaha mak ini, insyaallah..

3 comments:

Noni said...

Salam, kak.

Untuk lebih selamat, eloklah kiranya susu jangan dicampur. Contoh:
Perahan pertama pukul 10 pagi, dapat 2 oz.

Perahan kedua pukul 12 tghr, dapat lg 2 oz.

Jangan campur susu perahan pertama & perahan kedua. Takut susu rosak. Kalau dah tercampur, takpelah. Apa nak buat.

Biasalah, benda baru, banyak yang kita tak tahu. Insyaallah, lambat-laun akak pandailah. :)

~farra_~ said...

noni, setakat yg sy tahu dr pakar/susuibu blh campurkan.

Noni said...

ooooo.... hehehehe... info baru ni. ok2, blhla dipraktikkan lepas ni.

About this blog