ahad lepas 25/3 dah selesai satu acara tadika-sukan tahunan. buat di stadium mpkj sek 15 bangi. kali nih buat bulan mac sebab april prinsipal sibuk. aku pulak tak dapat nak berlari2 huha-huha sebab aku tak larat dah. baru sejam aku rasa nak pancit. macam nak pitam pun ada. menyusun budak untuk setiap acara (berkumpulan) terasa seperti berjalan di jalan yang jauh dna berjalan seperti kura2 dek kerana mengah dan penatnya terasa sampai bawah perut. aku takde nak sorak2 budak2 nih sebab aku dah tak larat. susun kan budak, then tengok diorg berlepas/main/passing kat kawan pastu ready untuk next team/next acara. habis acara budak2 rehat/makan aku serah pada cikgu2 je. aku duduk rehat dah tak larat dah.
now dah week 32-. doc nora cakap uri pun dah naik sikit ke atas. insyaallah nanti takde pape. skang cek-up dah selang 2 minggu. nanti next week pegi lagi. dup-dap-dup-dap menanti habis april sebab week 33-34-35-36 dalam bulan april. skang pun dah kerap sakit2 badan, pening2 kepala and loya2 tekak. aduhh..semakin berat nak bawa badan dan baby ini. bersabar nanti bulan april..due date hujung mei.
No comments:
Post a Comment