semalam sabtu 2 julai tadika aulad cawangan bangi dan kajang buat lawatan ke taman burung kl. dah lama rasa tak ke sana. tah taun bile tah trip tadika ke sana. bila dah lama tak pegi rasa seronok lak hati sebab nak explore ke sana kan. tak lupa jugak bawak faris dan ayah faris. makteh dan maklang pun ikut sama juga. aku bertolak dr bangi. tidak ke jasmin di kajang sebab sudah ada cikgu yg boleh handle di sana. aku cuma monitor tadika aulad jasmin dan tadika aulad mesra guna henpon saja. senang. maklumat di hujung jari, hehehe..jasmin dan mesra kongsi satu bas. diorg bertolak dari kajang. aulad bangi 3 bas sebab tadika PASTI join aulad sekali. dr bangi adalah tadika aulad centre dan tadika aulad perdana. sebab itulah jumlah semuanya ramai. meriah la jadinya. seronok tengok budak2 seronok tak sabar2 nak jalan2 naik bas.
sampai sana tempat ngam2 waktu masuk dalam. cikgu beratur dulu ngan budak2. semua 5 tadika (tak semua murid di tadika tu join). yg join adalah budak2, kakak/abg budak2 serta mak/ayah budak2. yg pergi sendiri pun ada juga tapi bayar harga tetap sama sebab kira pakej. yg bestnya masuk ke sini ialah mereka yg suka bergambar atau mengambil gambar atau menangkap gambar guna kamera2 dslr mereka. banyak subjek boleh di shoot kan. aku guna compact saja tapi tetap juga ku suka pasal gambar2 nih. faris pun aku tengok dia suka dapat jalan2. mula2 naik stroller. lama2 tu dapat jalan sendiri kemain suka lagi dia. melompat2 jalan2 sambil nyanyi2, wah wah!!! budak2? jalan dgn cikgu masing2. ada yg jalan dgn cikgu. ada yg jalan sendiri. kami kumpulan di belakang mata kami perati jugak budak2 ada tertinggal ke tak. jalan last ni lagi best sebab jalang lapang je pastu takdela nak rush sangat sampai tak sempat nak tengok2 nak menghayati gambar yg diambil, hehehe..kat taman burung ni ape yg ada? mestilah burung2 je. pelbagai jenis burung dan spesies yg terdiri dari keluarga burung, yg boleh terbang. macam angsa, itik, burung unta(?..kira burung lah tu). dan sebab banyak ada sungain dan air terjun maka dalam tu ada jugaklah ikan. kira masuk kategori kawan2 burung lah ye!
ingatan aku dari masa last ke sini adalah masa tu tempat macam ala2 lama atau 'hulu' sket. skang bila pegi dah jadik cam ala2 bali atau moden la sket. binaan dia nampak lebih ok. tapi tapak tempat jalan cam sama je ngan dulu.
apepun kami semua enjoy dan suka-suki dapat kuar jalan2 sekali-sekala camni. alhamdulillah murid tadika pun suka sampai tertido2 lentok2 mereka dalam bas masa pulang. taun depan kita ke tempat lain pula ye!
No comments:
Post a Comment