benarkah org kata cinta itu buta? apa yg pasangan kita buat kita pun setuju saja. kalau dia buruk muka tak hensem pun tapi tetap lawa dan manis di mata kita. apetah lagi kalau berbeza usianya. tapi bukan beza pada yg lelaki. tapi beza pada yang perempuan itulah yang nampak pelik dan rasa macam tak kena. org kata ape? cinta tak mengenal usia. walaupun nabi kita berkahwin dengan saidatina khadijah yg lebih tua darinya, tapi untuk kita manusia biasa akan tetap timbul macam2 rasa. betul tak.
kalau rasa di hati tu dah suka memang yang lain semua tolak ke tepi. tapi banyak cabarannya bila perempuan berusia berkahwin dengan lelaki muda. kalau muda 2,3 tahun takpe jugak. ni sampai beza umur 10 tahun memang nampak sangat lah kesan dia. contoh: ade sepasang suami isteri pada murid di jasmin. anaknya 6 tahun. mak ayah beza umur 10 tahun. ayahnya baru umur 30 dan emaknya dah tentulah 40. alkisah bila ayah budak ini sering berurusan dengan guru kelas atau guru2 lain berkaitan anaknya. samada secara berjumpa atau melalui telefon. akhirnya menampakkan kepada kami akan ketidak-selesa-an mak budak itu bila suaminya buat urusan. jadi panjanglah muncungnya dan tidak mesra. mengingatkan pada kami ni bahawasanya mak budak itu adalah sedang jeles yg teramat sangat bila cikgu2 berurusan dengan suaminya. tapi nak buat macam mana sebab memang urusan anak si ayah yg biasa buat. hmmmm...dah nasib la. kalau suami muda dan isteri pula dah berumur ape lagi nak dikata. paham2 sendiri sajalah faktor biologi diri. ape jadi bila umur begini. sedangkan suami yg lebih tua dr kita pun kadang2 kita jeles kan dia, inikan pula suami yg muda 10 tahun dr kita. nampak sangat!
apepun, kena tanya demi more nih camne dia ngan laki dia pelakon ashton kutcher. ashton tu nampak cam bujang pilihan tu selalu berlakon ngan gadis2 muda. tapi demi more pun mesti nak kejar ke'muda'an si ashton tu. mesti ada punyalah dia cucuk sana dia cucuk sini. botox sana botox sini kan. hmm..kat malaysia nih, pelakon rozita che wan la. cumanya belum kawin je lagi boleh lagi nak tukar couple. hehehe..kalau dah suka ngan lelaki muda terimalah diri kita seadanya yg sudah tua. hukum alam takleh nak ditolak.
3 comments:
aslmkm..salam ukhuwah dari kejauhan...saya dil.saya tertarik dgn n3 puan sebabnya saya mempunyai pengalaman ini..saya,7 tahun lebih tua dari suami,suami masih belajar dan saya sudah bekerja tapi berhenti sementara kerana mengikutnya mengejar cita-cita.Kami tak bercinta tapi pilihan orang tua.Alhamdulillah,dah 2 tahun hidup melayari bahtera,dengan kehadiran seorang cahayamata.pendapat saya,umur hanya angka,beza usia bukan segalanya,yang penting ada persefahaman dan sentiasa bekerjasama serta saling percaya. insya Allah kita akan menerima jodoh ini dengan redha...:-)
Maaf,jika komen sy pnjng sgt....sekadar meluahkan pendapat saja..
baru2 ni ada dlm rancangan WHI..seornag pengasas ecantikan berkahwin lagi,dengan bujang yg lebih muda dari anak nya...nampak sngt janggal..tapi katanya,'serasi'...
mang aiii....!
ummi_khalish : salam puan. terima kasih singgah ye :) saya gembira mendengarnya. saling terima dan redha antara satu dgn lain. saya suka cerita kisah yg ada di sekeliling. apa yg benar, apa yg tersurat dan tersirat. alhamdulillah memang itu yang sebaiknya. cuma jika menurut pandangan orang sekeliling, dan kadangkala kata hati juga nampaknya jadilah begitu. namun ia akan jadi harmoni jika redha itu ada seperti yg saya cakap di awal tadi. selamat datang ke blog saya ;)
kaklong: ni follower omak den nih ha. nak panggil akak ko? heheheh..kita biasanya memang nampak benda yg di luar dr kebiasaan itu sebagai 'pelik' dan 'lain benar jadinya'. namun yg terlibat itu sendiri bahagia dan harmoni -> apo laie nak dikato, terimo yolah! hehehe..
Post a Comment