Followers

Sunday, July 31, 2011

rumah itu pusakaku

semalam sabtu aku, abg dan faris balik kampung kuala pilah sana. tujuan adalah nak mengambil durian lagi, sesi kedua. yg pertama dulu masa saudara dari indon datang. kali ni ambik terus dari kebun atuk. paklong dah menunggu dengan durian yang dah dikutip. tapi aku tengok sume buah adalah yg kecik2 aje. paklong kata sebab abg man dulu dah racun sampai ke pokok sebab tu buah sume kecik2..aku pun taktau ye ke tak. aku pandang keliling nampaklah buah2 durian masih lagi bergayut2 atas pokok. buahnya tak merimbun satu pokok. adela pokok ni sikit pokok tu sikit pokok sana sikit. aku dah tak kenal mana satu pokok aku. banyak kali ayah tunjuk masa kami lalu depan kebun ni pun aku masih tak dapat2 lagi kenal. kami memasing ada pokok durian sendiri. kami yg pompuanla. masa aku kecik sekolah rendah dulu atuk tolong kami tanam pokok kami masing. aku, yana, kirin, imah. imah masa tu kecik lagi. seingat aku atuk yg dukungkan imah dan tolong tanamkan pokok durian. mak ngan ayah pun ada tanam pokok juga tapi aku tak ingat berapa batang. skang paklong yang jaga. ada jugak orang luar amik buah dari kebun atuk ni tapi paklong cakap atuk dah pesan, bagi ajelah sape2 yg nak buah biarlah diorg amik. huhu..bestnya dengar camtu. niat sedekah.

kami terus menuju ke rumah atuk. sini paklong dan maklong jugak yg jaga. memang betul terjaga lah. dah boleh duduk2 lepak kat ruang tamu, lepak dapur makan. kalau dulu masa abg man jaga sumenya melekit berabuk takleh nak letak2 tangan. nak pijak lagilah. masuk2 rumah rasa suram saja suasananya. maklong takde ke kl jumpa cucunya. kami pun adala membawa sikit barang makanan yg dibeli di higway tadi. lepas dah uruskan faris jenguk sana sini aku pun duduklah sambil fikiran menerawang ke zaman2 dulu. zaman dulu masa aku duduk sini kecik2 ngan atuk dan arwah uwey. aku dah rasa duduk sini masa kecik. bila dah besar pun ade jugak ngan adik beradik masa cuti sekolah. dulu ayah masih lagi di us dan mak belajar di ukm. jadi aku tinggal la kat kampung. ramai duduk ngan atuk masa tu. abg izan anak paklong, iwan anak paklong, abg man (pangkat pakcik tapi dah diorg panggil abg man aku pun ikut ajelah-anak wancik), mak idah anak wancik. sape lagi ek? atuk dulu memang dia bela anak buah ngan cucu duduk ngan dia. jadi la aku budak kecik dikelilingi sedara2 yg duduk dengan atuk.

masa tu tengok uwey masak kat dapur, lauk masak lemak, buat mi pakai mesin mi, pastu tanam pokok blakang rumah, kasik ayam makan pastu aku kejar balik, wakakak..pastu tengok uwey jahit baju, buat sulam baju. macam2 lah sampai aku tak teringat. pastu atuk plak sembelih ayam. aku suka tengok ayam lepas kena sembelih atuk lepaskan dia ke tepi dia menggelupur nak mati. pastu tengok uwey lecurkan dalam air panas, cabut bulu..pastu ikut atuk ke pekan joseh beli suratkabar, minum2 ngan kawan atuk. pastu ke rumah depan umah atuk ni, umah arwah tokwo dan arwah wanwo. mak idah tinggal ngan diorg. main2 kat rumah sana pulak. sayang rumah tu skang dah dilitup semak samun dan lalang hingga ke paras aku berdiri. mak kata mak idah taknak jaga rumah tu nak wat camne.

hmm..mengimbas memori lama memang best tapi menyakitkan. sebab ianya dah tak boleh nak diulang balik. rumah tu kini dah diturunkan pada aku untuk aku menjaganya. setau aku di negeri sembilan rumah diturunkan ke anak perempuan yang bongsu. uwey turunkan rumah buat mak yang memang pompuan bongsu. tapi sejak aku sekolah menengah mak dah cakap mak bagi rumah tu pada aku. masa tu aku dengar je. aku manalah reti pasal hal2 tanah, rumah ni. masa tu rasa sayu je bila uwey slalu cakap, "uwey ni numpang yo umah farah. ni umah farah la ni"..alaaaaaaaahai! ape plak rumah aku. ni lah rumah atuk dan uwey yang aku tumpang main sejak kecik. rumah mak yg mak dah duduk sejak kecik. aku? ditinggalkan amanat untuk menjaga rumah ni sampai ke akhir hayat aku besok. rumah ni yg keluasannya memanjang dari anjung depan, ruang tamu atas, turun ke ruang tamu bawah, ke ruang makan di tengah, ke hujung di ruang dapur dan belakang di anjung belakang. mau tak besar rumah tu. tanah pulak dah lebar ke sisi rumah, dan panjang lagi ke tapak tanah di belakang sana. huh..kalau nak bersihkan mau makan seminggu ke dua minggu.

sayang ianya dah sepi. sejak arwah uwey meninggal 2007 lalu. atuk dah pindah ke bangi 2008 dulu. dan tiada lagi suara sanak saudara datang meraikan lebaran. anak cucu paklong (abg izan sekeluarga), anak beranak mak idah, anak cucu makngah timah (dok kl) dan kami sekeluarga. masa....dah jauh meninggalkan semuanya. meninggalkan sebiji rumah dan juga kenangannya..

Thursday, July 28, 2011

kerja, kerja, kerja

skang sedang menjaga tadika dan rumah. mak ayah keluar lagi. ke cameron pulak. baru minggu lepas ke sabah. ayah ada seminar. bulan dulu ke pinang. ayah seminar di usm. huh, mak sedap je dapat ikut. ni pegi cameron imah ikut skali. dia tak keja lagi skang. minggu depan baru keja kat tempat baru. bulan nak puasa nih tak ramai pulak orang bayar yuran ikut time. bulan biasa bila hujung bulan dah ramai yg bayar. boleh bayar kemudian tapi janganlah buat2 lupa sampai tertunggak hingga raya ye. bayar kemudian bayar sikit2 boleh juga.

taun depan rasanya nak kena mengajar kot. permintaan banyak dna lagipun pendapatan di jasmin berkurang. yuran pun rendah nak banding ngan semua aulad yang lain. kos makanan pun naik. jadi memang nak kena up yuran kasi setara ngan aulad lain. rasanya dah 5 tahun kot yuran jasmin sekarang ni rendah. aulad lain dah lama naik jadi yuran skang nih. yela..jasmin kawasan yg perlu berhati2. insyaallah mengajar lagi kita ye. kalau ye tak dapatlah nak meround pegi sana sini branch. nak kena tunggu balik baru boleh meround sume tadika.

apepun di tadika sekarang sume tengah tumpukan silibus untuk akhir tahun. yg 6 tahun silibus persediaan ke darjah satu. yg 5 tahun kuatkan asas 3m untuk ke kelas 6 tahun nanti. hujung tahun macam2 program menunggu-konvokesyen 6 tahun, periksa hujung tahun. banyak keja nak kena buat tu. kena tunggu madam principal lah dia nak susun agenda camne ye. hingga lain masa~

Sunday, July 24, 2011

norman-memey, nikah sajalah korang!

sana sini suratkhabar heboh pasal si norman-memey nih. hisy, aku baca pun rasa cam nak mereng. udah2 le tu korang oiiii!! kepoh dari dulu kata nak kawin tak kawin2 jugak. baru2 arituh kuar paper pasal gambar pre-wed diorg. tu pun ramai ngutuk jugak sebab konon2 nak bergambar sebelum kawin padehal seri masing2 memang dah takde~bak kata org la~. apepun aku memang rasa geli geleman nak termuntah pasal hebohnya diorg nih nak kawin tapi tak jugak kawin2. sampaila yg terbaru nih kuar lagi biter pasal majlis kawin diorg nanti bakal berharga JUTAAN RINGGIT!!! huh..atas dasar ape mereka meng-war2kan jumlah tajaan? kalau ye pun tajaan nilai takdela seberapa besar bolehla. ini dah sampai BELAS2 JUTA KAU PEGI HEBAHKAN DALAM SURATKHABAR APESAL??? geleng kepala aku. maunya org2 susah yg baca akhbar tu, nampak diorg, ape kata mereka? mereka yg hidup berkais2 pun susah rumah daif hidup daif bila baca tuh mestila terfana jadinya mereka. atau anak2 yatim yang baca berita nih. hai...pada aku kan, korg ni dah lama sangat tangguh mudahkan saja yg afdalnya~nikahlah terus. jangan nanti jadi seperti KD yang sudah hamil semasa nikah mereka, lantas biasa2 saja memaklumkan yang dia memang sudah hamil sebelum nikah. aduhh...tepuk dahi aku dibuatnya!! norman-memey oiiii, korg buat aje nikah biasa2 di masjid sudah lah. baju yg harga jutaan2 ringgit tuh korg tolak la baik pakai baju harian korg yg ala2 glamer jugak tu masih-boleh-dipakai. itu sebab la ramai aku tengok feedback mereka pun mencemuh pasangan ini. konon nak buat wedding-of-the-year, bakal-jadi-tumpuan-ramai-orang!!! huh...aku rasa nak muntah sekarang jugaaa!!!!

Wednesday, July 20, 2011

durian oh durian

ohhh..aku sungguh puas hati dua hari ni. sebab ape? dapat makan durian beb!! hah..puas hati aku! seminggu sebelum ni ada sedara org melaka datang singgah bangi jumpa mak ayah. dan mereka bawak sekali beberapa biji durian. dan yang jenis cukup sedap, perghh!! lemak manis kuning disukai ramai. dan kali ni? durian dari kuala pilah plak. mak ayah bawak dari kampung semasa bawak sedara2 kami dari indon pulang ke kampung atuk ~yaaa, kami punyai saudara sedarah di indon. moyang belah n9 org indon pastu datang ke malaysia dan kawin org sini. jadi atuk ada saudara tiri di sana. seterusnya hubungan ini dilanjutkan belah mak generasi kedua dan kami generasi ketiga. mak ayah dah kenal kot diorg. kitorg adik beradik ni masih malu2 miow lagi nak kenal, wakaka..~

berbalik pada durian kolo pilah. takde perkataan yg dapat menggambarkan akan kesedapan buah durian yg betul2 tepat dipilih. nak2 budak2 ni sume tak suka makan. rugi betul diorg. aku sorg ajela hadap durian yang makin menyusut itu *balik dr kampung dapat 6 bakul durian ye! tapi dalam kereta x guna bakul. agaknya tah banyak mana kena sumbat dalam tu*...durian yang isi putih, yg isi tebal, yg masam2 lendir dan yg dah busuk memang tak menarik perhatian. yang paling sedap itulah yang kuning tekstur x lembik x keras and rasanya sungguh lemak manis. fuhh!! kenyang dapat hadap durian yang sedap sambil mata terpejam2 makan sebab sungguh sedap, wakakakak!! jadi..tengok sajalah gambar2 ye!




hah..6 bakul!!




ni baru sikit bukak..


sedap betul ngadap durian sensorang, huahuahua!!

Sunday, July 17, 2011

kejadian hari sabtu

hari sabtu semalam planning nak jalan2 ngan cik abg dan faris. target nak gi alamanda tengok transformers. tapi kitorg kesana kesini dulu buat urusan lain. tapi mula2 skali singgah kedai mamak sarapan pagi (err...pagi tu dah kul 10). dah abis sarapan nak ke kedai runcit sebelah, tetiba lak aku terjatuh dengan tak disangka2. terpeleot pulak. terperanjat aku kejap macam kena 'pause' sambil tahan sakit kaki. ku toleh belakang rupa2nya ada kulit buah langsat atas simen dan sandal aku telah memijaknya. terus membuatkan kaki ku terpeleot. cis!! mula2 macam boleh tahan. teruskan perjalanan. dan akhirnya ke alamanda beli tiket. still jalan dengkot2. boleh lagi tahan..

beli tiket tanya citer transformers..full house lagi!! apedaaa. ingatkan dah lepas 2 minggu dah reda. ini masih full. tak dapat lagi nak tengok citer tuh, hisy!! last2 tukar second choice tengok citer larry crowne-sebab dah tengok trailer dia kat tv kan. ade tom hanks ngan julia roberts. and kat radio pun ade kuar iklan. pelakon hebat tuu..memang nak tengoklah citernya selepas transformers. so dah beli tiket kitorg jalan2 gi makan tengahari, tukar pampers faris and solat. masa ni dah mula rasa kaki dah bengkak. cik abg cakap jomlah kita balik. ohh..tak boleh. tiket dah beli. and memang nak sangat tengok movie. ape lagi. harung jugakla jalan tapi dah mula menahan sakit. dengkot2 la.

citer nih-larry crowne-memang ade part yg best. kelakar2. gelak2. okla lakonan dua pelakon hebat tu kan. tapi tah kenapa ada part yg rasa macam lambat dan perlahan. contohnya masa part mula2 ngan part hujung citer. tapi keseluruhan ianya taklah terlalu membosankan. cuma tak terangkat la tangan nak cakap 'superb'! akhirnya, rasa2 aku nak bagi bintang 6/10. belum cukup mantap lagi nak kasik gamat panggung. apepun aku suka dua2 pelakon hebat itu di kaca movie ;)

kaki aku? abis movie terus kami pulang menuju ke klinik. aku pun dah tak tahan nak tanggung sakit. bila dah makan ubat dan sapu yoko2, malamnya dah mula kurang rasa sakit. tengok dulu sehari dua ni camne kan. hai...sungguh tak terduga betul pepagi hari lagi nak kena, adoii..

Monday, July 11, 2011

nikmat badan sihat

lama tak menulis. tiba2 lak kena demam selsema. selalu sesema je. kali ni sampai sakit kepala dan demam panas. bila demam dah kebah pening tak hilang2. rasa bumi berpusing2 je. kena dr hari rabu, kamis jumaat mc. sabtu pening lagi. ahad alhamdulillah dah sihat. dan hari ni isnin mula balik kerja yg ditinggalkan. gelap gulita jugak rasa bila hilang nikmat sihat. memang bersyukur sangat saat badan kita sihat dan dapat kita buat macam2 kerja.

oklah. now takde cerita. till next time ya!

Monday, July 4, 2011

taman burung-2


sudah bersiap pagi2 lagi









maklang and makteh







merah-aulad jasmin kajang


kuning-aulad mesra kajang


sedap faris kena tolak sambil makan



hahaha! burung ni kejar faris
dia nak kan keropok yg faris makan tu











duduk jap lepas penat



ada taman mainan. sempat faris main.



show burung


burung2 yg ada




* best pegi kali ni. semua enjoy!

Sunday, July 3, 2011

taman burung-1

semalam sabtu 2 julai tadika aulad cawangan bangi dan kajang buat lawatan ke taman burung kl. dah lama rasa tak ke sana. tah taun bile tah trip tadika ke sana. bila dah lama tak pegi rasa seronok lak hati sebab nak explore ke sana kan. tak lupa jugak bawak faris dan ayah faris. makteh dan maklang pun ikut sama juga. aku bertolak dr bangi. tidak ke jasmin di kajang sebab sudah ada cikgu yg boleh handle di sana. aku cuma monitor tadika aulad jasmin dan tadika aulad mesra guna henpon saja. senang. maklumat di hujung jari, hehehe..jasmin dan mesra kongsi satu bas. diorg bertolak dari kajang. aulad bangi 3 bas sebab tadika PASTI join aulad sekali. dr bangi adalah tadika aulad centre dan tadika aulad perdana. sebab itulah jumlah semuanya ramai. meriah la jadinya. seronok tengok budak2 seronok tak sabar2 nak jalan2 naik bas.

sampai sana tempat ngam2 waktu masuk dalam. cikgu beratur dulu ngan budak2. semua 5 tadika (tak semua murid di tadika tu join). yg join adalah budak2, kakak/abg budak2 serta mak/ayah budak2. yg pergi sendiri pun ada juga tapi bayar harga tetap sama sebab kira pakej. yg bestnya masuk ke sini ialah mereka yg suka bergambar atau mengambil gambar atau menangkap gambar guna kamera2 dslr mereka. banyak subjek boleh di shoot kan. aku guna compact saja tapi tetap juga ku suka pasal gambar2 nih. faris pun aku tengok dia suka dapat jalan2. mula2 naik stroller. lama2 tu dapat jalan sendiri kemain suka lagi dia. melompat2 jalan2 sambil nyanyi2, wah wah!!! budak2? jalan dgn cikgu masing2. ada yg jalan dgn cikgu. ada yg jalan sendiri. kami kumpulan di belakang mata kami perati jugak budak2 ada tertinggal ke tak. jalan last ni lagi best sebab jalang lapang je pastu takdela nak rush sangat sampai tak sempat nak tengok2 nak menghayati gambar yg diambil, hehehe..kat taman burung ni ape yg ada? mestilah burung2 je. pelbagai jenis burung dan spesies yg terdiri dari keluarga burung, yg boleh terbang. macam angsa, itik, burung unta(?..kira burung lah tu). dan sebab banyak ada sungain dan air terjun maka dalam tu ada jugaklah ikan. kira masuk kategori kawan2 burung lah ye!

ingatan aku dari masa last ke sini adalah masa tu tempat macam ala2 lama atau 'hulu' sket. skang bila pegi dah jadik cam ala2 bali atau moden la sket. binaan dia nampak lebih ok. tapi tapak tempat jalan cam sama je ngan dulu.

apepun kami semua enjoy dan suka-suki dapat kuar jalan2 sekali-sekala camni. alhamdulillah murid tadika pun suka sampai tertido2 lentok2 mereka dalam bas masa pulang. taun depan kita ke tempat lain pula ye!

Friday, July 1, 2011

bila bersuami muda

benarkah org kata cinta itu buta? apa yg pasangan kita buat kita pun setuju saja. kalau dia buruk muka tak hensem pun tapi tetap lawa dan manis di mata kita. apetah lagi kalau berbeza usianya. tapi bukan beza pada yg lelaki. tapi beza pada yang perempuan itulah yang nampak pelik dan rasa macam tak kena. org kata ape? cinta tak mengenal usia. walaupun nabi kita berkahwin dengan saidatina khadijah yg lebih tua darinya, tapi untuk kita manusia biasa akan tetap timbul macam2 rasa. betul tak.

kalau rasa di hati tu dah suka memang yang lain semua tolak ke tepi. tapi banyak cabarannya bila perempuan berusia berkahwin dengan lelaki muda. kalau muda 2,3 tahun takpe jugak. ni sampai beza umur 10 tahun memang nampak sangat lah kesan dia. contoh: ade sepasang suami isteri pada murid di jasmin. anaknya 6 tahun. mak ayah beza umur 10 tahun. ayahnya baru umur 30 dan emaknya dah tentulah 40. alkisah bila ayah budak ini sering berurusan dengan guru kelas atau guru2 lain berkaitan anaknya. samada secara berjumpa atau melalui telefon. akhirnya menampakkan kepada kami akan ketidak-selesa-an mak budak itu bila suaminya buat urusan. jadi panjanglah muncungnya dan tidak mesra. mengingatkan pada kami ni bahawasanya mak budak itu adalah sedang jeles yg teramat sangat bila cikgu2 berurusan dengan suaminya. tapi nak buat macam mana sebab memang urusan anak si ayah yg biasa buat. hmmmm...dah nasib la. kalau suami muda dan isteri pula dah berumur ape lagi nak dikata. paham2 sendiri sajalah faktor biologi diri. ape jadi bila umur begini. sedangkan suami yg lebih tua dr kita pun kadang2 kita jeles kan dia, inikan pula suami yg muda 10 tahun dr kita. nampak sangat!

apepun, kena tanya demi more nih camne dia ngan laki dia pelakon ashton kutcher. ashton tu nampak cam bujang pilihan tu selalu berlakon ngan gadis2 muda. tapi demi more pun mesti nak kejar ke'muda'an si ashton tu. mesti ada punyalah dia cucuk sana dia cucuk sini. botox sana botox sini kan. hmm..kat malaysia nih, pelakon rozita che wan la. cumanya belum kawin je lagi boleh lagi nak tukar couple. hehehe..kalau dah suka ngan lelaki muda terimalah diri kita seadanya yg sudah tua. hukum alam takleh nak ditolak.

About this blog