Followers

Monday, May 30, 2011

vacation-2

tak dapat nak bagi faris mandi manda dalam laut. laut tak elok. banyak umpai2. siap ada papan tanda lagi cakap 'swim at your own risk'. isk..isk..sian faris. first time dia tengok laut. haha..macam terpesonalah gamaknya. kitorg just jalan2 tepi laut bagi dia rasa air laut dan pasir. basah gitu2 je. memang tak puas. faris memang suka ngan air siap dah tunjuk2 'nak acuk alam ana' - nak masuk dalam sana..nak mandi, haha!! cute2. last2 gi mandi pool ajela. ramai bebudak lain pun main sana. dah namanya bebudak. nak seronok mandi laut tak dapat.



waaa..1st time tengok laut


wuuu..nampak macam best!


kita gi kat belah sana kang ye!


faris geli pasir masuk dalam selipar. ajak dia cuci ngan air




tak dapat nak mandi manda, kita main rendam kaki jelah


anak ayah






ha, hamek. kemain suka lagi. mandi laut x dapat.










naik kolam kecik plak. janji mandi, huhu!


ada kepala paip kat situ. cukup suka main kepala paip main sembur2


me and him. love you till the end..


haha! last skali org suh cuci kaki dia pegi amik air semayang.
siap cuci muka telinga. ni nak basuh kaki lak.


kalau ada rezeki ke tempat lain lah kita ye faris!

Sunday, May 29, 2011

vacation

i'm writing this at shah's beach resort malacca. it's my birthday today-29th may 2011. my 31st birthday. though it's a short one-day-trip but i think it's enough for the first time family vacation. i've been looking to plan holiday trips but there's always been something happened-we have to wait for other times . i just want to ease my mind from several things. it's been hard to live my life lately when there's so much things occurred in between us. but have to go through my life no matter what happened. so this is one of many trips i hope we have in future. hope for the best for both of us. will upload some pictures of faris swimming (?) in the pool. see ya!

Friday, May 27, 2011

cuba western pulak

malam tadi kami makan2 di pizza san francisco seksyen 8 bangi. sempena meraikan gaji dah masuk, hehehe..sedap makanannya. pasta, steak, western, pehh!! lemak berkrim dengan aneka sos yg menyaluti makanan. memang sedap. tapi tak boleh makan selalu ye. kalau boleh malam pun jangan makan2 sangat. tengah cuba nak kontrol makan. tak kisahlah. apepun makanan yg sedap boleh saja dimakan tapi tak boleh makan selalu. poket rabak dan kesihatan pun boleh terjejas. majulah kesihatan diri untuk kesejahteraan negara,huhu!!

Wednesday, May 25, 2011

urusan di bank/ pejabat pos

zaman dulu aku tak pernah ke pejabat pos atau bank buat urusan. yelah. asik duduk asrama je. makan minum belanja sume mak ayah tanggung. bila dah masuk ukm dah mula belajar bayar bil tepon (dulu tepon line bil bayar sendiri. pepaham jela bergayut ngan boyfren). masuk tahun kedua aku dah mula dapat keta dan disuruh belajar buat bayaran di bank (pakai je free tapi mak bayar, hehe..). mula2 guna kaunter bayar deposit. lama2 try guna mesin. terkial2 jugalah nak amik masa baca kat skrin nak tekan ape. dahlah org dah ramai di belakang. huh, rasa panik toksah cakaplah. dah pandai deposit duit kena pulak suruh masukkan cek. err..aku dengan muka blur pegi ke mesin deposit cek dan pandang2 ke mesin tu. nak buat ape ni. nak isi borang ape. dan penah sekali disebabkan aku blur dan tak bertanya ngan org bank maka aku masukkan sekeping cek itu saja2 dalam mesin. hamik kau! aku tengok org guna apsal dia masuk dalam sampul envelope. nak carik kat mana. hoh..punyala blur. tula tak penah buat lagi. terus aku tepon mak bagitau gitu gini sambil rasa panik melampau. hehe..mak suh panggil org bank. dan dengan muka tebal dan malu aku pun ke kaunter dan bagitau gitu gini ape yg berlaku. akibatnya? akak tu gi amik kunci besar (gugus besar punya) dan buka mesin deposit cek dan dia belek2 cek2 yg ada terus nampak aku punya sebab tak buh dlm sampul. pastu dia ajar nak suh buat camne ngan cek tuh. heh..malu toksah cakapla. dalam hati aku bilang kalau camnilah payah baik aku takyah pegi tadi. tapi akhirnya benda2 nih buatkan aku lagi mahir dan berkeyakinan masa berurusan di mana2 kaunter atau mesin. hehe..org tak penah buat urusan asik duduk manja2 je mak ayah uruskan. dulula, masa zaman dolu kala..

Saturday, May 21, 2011

fast 5 the best!

hari ini kami menghabiskan masa di panggung wayang. nak tengok citer pirates...tapi fully booked plak. online full..gi ke kaunter pun hampir sume full. yg ada waktu yg tak kena, dan seat yg berterabur. ughhh..nilah akibatnya penangan citer terhebat di abad ini. sumenya berebut nak tengok. at last aku and adik tengok citer fast 5. hehe..berbaloi2! dengan gegaran bunyi kereta, senjata, perlanggaran, pertempuran..peghhh!! terhebat dan terbaek lah! pirate? kena pegi lain kali lah nampaknya. weekend depan pun sume full ade program. aku pun sama. sibuk nak menyambut besday sendiri, heheheheheh...citer terhebat lepas ini -> transformers 3. huh..naik baliklah aktiviti panggung aku dengan adik, huhu! faris...kena bawak tengok citer u saja. yg lain tak dibenarkan. ok..till other movie review, daaaaa!!

Wednesday, May 18, 2011

migrain

dah lama tak kena. siang tadi kena. aduhh siksa betul. kepala macam kena hempap. kena himpit. kena penyek. berdenyut2. tiba2 je dia datang. dulu lama dah kena. masa spm. mgrain teruk juga sepanjang form 5. sampaila hari amik spm. kena amik ponstan slalu. ubat homeopati pun ade kalau tak silap. pastu dah sembuh tak ingat makan ubat ape. paling koman pun setakat pening2 dan berat kepala masa kena sinus. sakit masa rukuk dan sujud. itu biasa lepas habis selsema. sekali kena lagi migrain tadi. tak larat nak buat keja ape. nasib baik malam dah ok. alhamdulillah. ohh..janganlah migrain tu datang lagi. siksanya nak menahan..

Monday, May 16, 2011

ijn

alhamdulillah kami dapat juga ke ijn melawat pak ude. lepas 5 hari beliau selamat dioperate. mak ayah dan makcik pakcik dan sepupu yg lain dah lama pegi tengok. kami je yg baru nak pegi. barulah berkesempatan pegi sebab menunggu cik abg. kalau tak tunggu dia dah lama aku pegi tengok dulu. aku taknak citer pasal operation pak ude. tapi kasihan melihat beliau terseksa menanggung kesan dr operation tersebut. wayar2 berselirat di badan. di tekak, di di perut, di tangan. tak terperi lagi bila melihat kesan jahitan yg panjang di dada, dan juga di betis sebab nak amik urat. ngeeeeee..sungguh ngeri sampai aku sendiri rasa2 cam urat darah aku yg diambil ittew! tekak perit sebab luka kesan tiub yg dimasukkan ke tekak dulu. dan bila time nak makan ubat pil? aduhhh..bayangkan betapa peritnya nak menelan. dan ubat juga bermacam2 jenis nak dimakan. aduhai..muka aku masih lagi berkerut2 saat aku menulis ini. duduknya juga asik tak selesa sebab banyak terbaring saja. asik berkalih ke sana ke sini. cakap amat perlahan. katanya masih rasa loya, pening, suasana sekeliling berputar dan usah dicakap kesakitan yg lain. dan akuinya juga beliau belum mampu lagi nak ceria2. pak ude kami inilah yg selalu menceriakan majlis kalau ada keraian. dan acik anon. dan makteh. dan ayah. huh..senang cakap diorg adik beradik sumelah. dah org melaka lah katakan. hmm..mak ude kata recovery amik masa 6 minggu. jauh lagi perjalanan. ni baru 5 hari. mak ude yg setia meneman. tabik pada mak ude. insyaallah akan datang lagi jika diizinkan masa. pak ude~semoga cepat sembuh!

Saturday, May 14, 2011

relaxation

orang kata hidup ini singkat. jadi gunakannya sebaik mungkin. berseronok2 sepanjang masa. bershopping. kumpul buku novel banyak2. beli baju dan henbeg bila rasa barang2 lama perlu diganti. dengan rasa suka hati. memang seronok bilamana dapat rasa bebas dan enjoy selalu. tapi biasanya itu masa zaman muda. maksudnya masa zaman u..kolej..berboyfriend..sekarang zaman dah dewasa dan banyak komitmen, rasa banyak benda yg terpendam, terperangkap dalam diri bila banyak benda yg fun dan enjoy yg kita buat dulu tak dapat bebas lagi kita buat. kalau rasa2 nak pegi bercuti suka2 sekarang kena tengok jadual mana2 yg free dulu tak macam masa dulu2 boleh kemana2 bila2 masa saja. rasa kita free nak pakai baju yg mana, suka style ini tak suka style yg itu. bilamana kita suka2 nak bagi pendapat apa yg perlu dibuat oleh org lain dan tiba2 rasa tersekat sebab tak boleh nak cerita lebih lanjut sebab kena tapis dulu apa yg boleh apa yg tidak dr pengetahuan org lain. dan bilamana kita rasa2 nak buat apa yg org lain pernah buat dalam hidup mereka macam reka baju org or merangka isi novel sebab kita suka menulis tentang apa saja. tapi tiba2 tak dapat nak buat. adekah ini fenomena pra-menopause/ simptom pertengahan usia. hati rasa seronok bila dapat beredar dr sini dan pergi ke tempat2 yg lapang dna menenangkan fikiran. bercuti sebulan ke oversea ke. atau ke usa carik mana2 tempat yg cool dan melapangkan fikiran. boleh melawat ke pennsylvania tempat lahir mungkin. kan? hmm..kena prektis pegi dalam malaysia dulu. bukit tinggi ke. fraser's hill mungkin.

*sigh..apekah yg aku cerita ini?*

Saturday, May 7, 2011

family outing

perjalanan kami hari ini bermula seawal pagi sabtu. hari ini kami ada temujanji dengan doktor azam di hospitalpantai untuk cek balik keadaan kesihatan faris. dan doc pesan ubat gas macam inhaler tu memang perlu diberi selalu walaupun faris tak batuk atau selsema memandangkan paru2nya yg amat sensitif dan peka dengan persekitaran. kalau serangan datang, kena gandakan bilangan 'puff'. kalau sihat cukup sekali 'puff' saja. dan perlukan dua jenis ubat inhaler. lepas tu kami cadang2 nak tengok wayang di mid valley, cumanya tukar plan sebab abg tak minat dengan orang ramai2 nanti dia sesak kepala. so kami menghala pulang dan menuju ke alamanda. memang agak selesa jugalah di sana. pecaya tak..inilah pertama kali dalam hidup kami kuar bersama2 di hari sabtu?? hmm...memang rasa tak pecaya. sedangkan selama ni abg kuar bekerja setiap hari sabtu dan jugak ahad lepas hantar barang tadika. tapi sejak tukar tempat kerja dah boleh nak jalan2 ke sana sini. rasa macam best gak kan. agak2 boleh ke nak apply kuar jenjalan setiap 2 minggu ke. kalau tiap minggu ranapla duit. paling koman pun sebulan tu sekali adela bejalan. ok gak dia dapat luangkan masa dengan kami.

oh ya, kami tengok 'water for elephants', yang robbert pattinson (twillight) berlakon tuh. selama nih dia havoc dengan sisi vampire dia. now nih dlm citer ni nampakla kulit dia ade kaler dan nampak tersangatlah hensem nya dia berlakon dengan reese witherspoon. asalnya nak tengok citer race keta-fast and furious 5 tapi tak dibenarkan bawak masuk kanak2. so kena la tengok citer umum saja. dan ternyata best dapat tengok robert berlakon, hahahaha!

moga akan ada lagi siri2 jelajah kami sekeluarga ke lain2 tempat pula.

Thursday, May 5, 2011

aku demam

kali terakhir aku demam panas adalah masa aku mengandungkan faris 2/3 bulan dulu. tahun 2008. masa tu kena masuk air dan tak boleh berpuasa (masa tu ramadhan) bimbang pada keselamatan baby. aku ingat lagi abg mengelapkan badan aku ngan kain basah sebab aku tak larat nak gi mandi. kali ni pun sama. demam panas sampai sakit2 kepala.

harini aku masih lagi rasa berat kepala. sudah sakit masuk hari ke3. semalam sudah demam panas. dan batuk. dan sesema. ganti pulak aku dengan faris yg dah makin baik. masih diteruskan ubat untuk faris dan menunggu temujanji dengan doc hujung minggu ini. tapi aku? harini sudah rasa makin baik walaupun dah tak sepanas semalam tapi masih kurasakan bumi ini bergerak2 dan bergoyang2 di sekeliling aku. kalau tak kuatkan hati memang rasa nak rebah saja. besok kena pergi kerja semula. tak boleh tinggal ofis lama2 nak2 lagi sekarang time yuran. nasib besok jumaat. boleh balik cepat pastu nak tido. urgghhh..pening lagi kepala nih..

Tuesday, May 3, 2011

pulang sudah..

alhamdulillah semalam kami selamat balik ke rumah. bunyi macam gi jalan jauh kan? padehal gi tido2 kat hosp pantai je pun. faris makin ok cuma tinggal batuk dan suaranya dah jadi serak2 basah gitu. keletahnya dah kembali semula. gitu gini duduk pantai 3 hari 3 malam dah cecah 3k. terima kasih pada prudential dan ejennya kak tijah, hehe..

hari ni? dah selamat kembali bekerja, uhuk2! dan aku pulak yg mula nak batuk dan sesema. hmmm..

Sunday, May 1, 2011

faris hari ketiga

faris kena duduk lagi di wad. demamnya dah ansur baik. cuma batuk masih pekat lagi. dan doc suruh tinggal lagi satu hari untuk bagi faris gas biar cair kahaknya. alamat kami kena tinggal lagi di sini sampai besok hari keempat, huhu!! dan ayah faris pun kena balik amik kain baju yg dah surut..

About this blog