Followers

Thursday, May 5, 2011

aku demam

kali terakhir aku demam panas adalah masa aku mengandungkan faris 2/3 bulan dulu. tahun 2008. masa tu kena masuk air dan tak boleh berpuasa (masa tu ramadhan) bimbang pada keselamatan baby. aku ingat lagi abg mengelapkan badan aku ngan kain basah sebab aku tak larat nak gi mandi. kali ni pun sama. demam panas sampai sakit2 kepala.

harini aku masih lagi rasa berat kepala. sudah sakit masuk hari ke3. semalam sudah demam panas. dan batuk. dan sesema. ganti pulak aku dengan faris yg dah makin baik. masih diteruskan ubat untuk faris dan menunggu temujanji dengan doc hujung minggu ini. tapi aku? harini sudah rasa makin baik walaupun dah tak sepanas semalam tapi masih kurasakan bumi ini bergerak2 dan bergoyang2 di sekeliling aku. kalau tak kuatkan hati memang rasa nak rebah saja. besok kena pergi kerja semula. tak boleh tinggal ofis lama2 nak2 lagi sekarang time yuran. nasib besok jumaat. boleh balik cepat pastu nak tido. urgghhh..pening lagi kepala nih..

No comments:

About this blog