Followers

Saturday, February 26, 2011

selamat ulangtahun perkahwinan buat mak dan ayah

ku ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat kedua2 mak dan ayah. dah 32 tahun perkahwinan mereka, alhamdulillah..

bila mak dan ayah dah 32 tahun kawin, maknanya aku juga makin meningkat usia seiring dengan usia perkahwinan mereka. iaitu usiaku 31 tahun pada tahun ini. mak ayah kawin tahun 79, dan melahirkan aku pada tahun 1980. dimasa mak ayah nun jauh di perantauan. yaaaa...aku adalah kelahiran US. mak menemankan ayah study di pennsylvania. adala gambar2 mak ayah bawak aku gi niagara falls, duduk bawah pokok masa summer, main ais masa winter,gi mana lagi ek? tah tak ingat. nostalgia tu tersimpan dalam album biru kenangan keluarga kami. cuma aku tak lama di US. dalam umur berapa bulan tak ingat aku dan mak kembali semula ke malaysia meninggalkan ayah di sana.

dulu mak kawin masa mak umur 23. dan melahirkan aku masa mak umur 24. lepas tu berselang seli melahirkan adik2 aku. semuanya selang 2 atau 3 tahun. camne rasanya menjadi anak yg sulung? yg masih ku ingat adalah setiap ajaran ayah yang mengajarku mengaji. wajib padanya mengaji setiap selepas solat maghrib. dan jika berkesempatan mengaji juga sebelum mahu ke sekolah. ajaran ayah di waktu makan. mesti tertib. mesti dimulakan dengan bismillah. makan perlahan2. dan mesti dihabiskan. jangan tertinggal walau sebutir pun kerna yg sebutir itu yg mendoakan kita, kata ayah. minum perlu duduk. msti guna tangan kanan. kalau guna tangan kiri perlu di ampu dengan tangan kanan.

mak pulak mesti cek homework. dan masa periksa sekolah kebangsaan ke sekolah agama ke mesti suruh aku hafaz, baca buku sampai dapat dan ingat. aku kadangkala memberontak..banyak sangat nak ikut sampai ku berehat2 saja kononnya nak baca buku sambil baring. sudahnya aku tertidur! tapi ku tak lepas juga membantu mak. saat2 mak baru melahirkan adik2 ku tolong mak sarungkan stokin, sidai kain lampin, main2 dengan adik yg dah besar, tidur dengan arwah uwey atau arwah wanwo yg datang menjengah mak dalam pantang.
rumah kami membesar dah 4 sekarang. mula di seksyen 1, aku yana dan kirin. di rumah sek 1 sebelah petronas, tambah imah dan basyir. di rumah sek 3, tambah man, husein dan adik. di rumah baru kira rezeki adik yg masih baby.

banyak suka duka aku membesar dengan adi beradik yang ramai. sampaikan aku merajuk memberontak tak bercakap dengan ayah masa aku bersekolah di sharifah rodziah di melaka. punyala penangan anak sulung. yela. asik aku je yg kena marah..kena rotan. ayah masa tu memang garang. tapi sekarang ni aje berlembut dengan adik2 yg dah besar. patutlah aku merajuk sebab aku yg sulung perlu pikul bebanan di usia masih muda dari sekolah rendah sampaila sekolah menengah pastu kena marah ngan ayah. tapi mak yg jadi pelembut dan penenang jiwaku. hmm..akhirnya aku borak juga dengan ayah start aku masuk u.

apepun aku gembira dengan keluarga ini. segala rezeki dan limapahan nikmat yg allah kurniakan aku bersyukur. sape2 juga yg menunjukkan belang menyerang, mengutuk dan mengeji keluarga kami lantaran dengki dengan rezeki yg dkurniakan kepada kami, mak ayah lah yg banyak bersabar dengan kerenah mereka. insyaallah ku harapkan kami semua bahagia hingga ke akhir usia. semoga perjalanan mak dan ayah dipermudahkan dan dipanjangkan umur untuk melindungi kami dan mengingatkan kami akan setiap langkah yang sumbang.

mak dan ayah, terima kasih dari kaklong.

Tuesday, February 22, 2011

tertekan lagi?

entri ini adalah untuk pengingat kepada diriku sendiri jua. semoga segala yg berlaku memberi panduan dan tunjuk ajar di masa hadapan.

aku pernah menulis tentang stress dan macam mana nak menghilangkan stress selain drp mengisi kerohanian kita. aku stress sebab banyak perkara yg berlaku setahun yg lepas. jadinya aku mengambil keputusan pada tahun ini untuk berdoa agar perkara yg baik2 saja berlaku pada kami pada tahun ini. banyak harapan yang aku sangkutkan pada tahun ini.apa2 yg khilaf dan tersilap aku undurkan diri dan memperbetulkannya semula. itu harapan aku pada tahun ini agar semuanya kembali berjalan lancar (termasuk penulisan tesisku yg dah tergantung masuk 2 semester).

sekarang bahana stress itu sudah terjalin lalu pula pada adikku yana. kesian dia mau menguruskan anak yg memang kami lihat banyak ragamnya. memang lain berbeza dari faris masa kecil dulu. kadangkala kami yg normal ini juga tertekan tentang perkara2 lain sampai bad mood/ hilang mood nak buat sebarang kerja. apetah lagi yana individu istimewa. dari kecil memang tak biasa susah. berdikari ada juga masa belajar di asrama vokasional khas shah alam dan di teknik khas johor bharu. tapi sedangkan namanya anak istimewa memang sangat sensitif dan kadang2 kami susah nak sampaikan apa yg kami nak cakap sebab masing2 taktau bahasa isyarat (eja dlm bhs isyarat bolehla cuma lambat nak eja satu2).

sebab tu bila dah ada anak ini makin nampak tahap ke-stress-an nya yg makin meningkat. dia memang tak boleh tahan nak jaga malam anak nangis. dah biasa sebelum ni tidur nyenyak, bangun pagi lambat. skang ni sume kena urus sendiri. nasib baik masih lagi duduk bersama dengan mak ayah.masih lagi kami boleh tolong tengok2 kan baby yg masih kecik tu. baby juga dah tak bf lagi dgn maknya. org normal pun tak boleh tahan nak kena bg hisap 2 jam skali..mana tak tensen tengok budak taknak hisap, air susu kurang, nak kena pam kerap. aku tau sume tu perlukan pengorbanan dan kekuatan. inikan pula dia yg bukan normal. aku terpaksa akur. tak dapat jua ku berikan ilmu bf ni pada dia. inilah antara sebab aku nak peknen lagi untuk aku tunjukkan pada mereka sisi2 indah breastfeeding bersama anak, mengepam susu/menyimpan susu ibu untuk anak. dan itu yg aku harapkan jua berlaku pada tahun ini.

org kata, hormon ibu selepas bersalin juga berubah2. perlu banyak dibantu dan dipantau apetah lagi melibatkan baby kecil. camne penghalaman pertama kali bertiga, camne nak urus baby baru. untuk diri sendiri lagi. sume tu memang boleh mendatangkan stress dalam diri.

semoga adikku itu sudah semakin tenang dan belajar mengurus anak serta belajar menjadi seorang ibu. aku juga masih lagi belajar walaupun faris dah nak masuk umurnya 2 tahun.

Friday, February 18, 2011

nostalgia kami di kampung pilah

salam.

sudah lama tidak menulis. hati meronta2 nak mencoret sebarang dua kata namun tak tercoret juga. banyak perlu diselesaikan sebelum bersenang lenang meluah rasa. nak menulis juga perlukan feel dan ketenangan, yg tak ada dalam kamus diriku seketika ini.

apapun, kami semua selamat berbbq di kampung kami di kuala pilah sana. siap bawak bahan2 nak bbq. kampung pilah dah lama ditinggalkan sementelah atuk dah pindah duduk dengan kami di bangi. tapi ditinggalkan pun alhamdulillah rumah kampung ada yg nak menjaganya. terima kasih to maklong dan paklong. terbela juga kawasan rumah. kalau nak dibandingkan dengan rumah2 berdekatan penuh dah dengan semak dan lalang. kami seronok dapat sama2 bergotong royong buat persiapan bbq. dulu masa arwah uwey masih ada kami sume bergotong royong bila setiap kali nak hari raya. kami mesti raya di pilah dulu sebab uwey dah bertahun2 tak sihat hanya berkerusi roda saja. nak2 saudara2 anak cucu atuk ramai akan menjengah masa raya puasa. jadinya kami anak beranak akan berkampung di sana menyiapkan ketupat, rendang, sambal kacang, kuah lodeh. sekarang sume itu tinggal kenangan sejak atuk dah tinggal di bangi.

hmm..itu saja dulu ye. lain kali akan bersambung lagi. sekian.

~boleh rujuk di blog mak saya untuk cerita di kampung~



faris seronok main air kolam


sampai merah2 badannya


this is me- dah sampai tadika

Sunday, February 13, 2011

kasih ku turutkan

dulu..masa muda remaja
selalu terbayangkan kemanisan bercinta

dulu..masa bercinta
selalu rasa diri ini berterbangan di awangan

dulu..masa hati berbunga
rasa diri ini dihargai dan disayangi

dulu..masa gembira
suka jika hati ini dibelai dan dimanja

yang mimpi itu takkan sama dengan realiti
yang dihajati takkan tercapai dengan angan-angan

debunga cinta itu kian berterbangan
melurut laju dikejar sang bayu
walaupun sisa..masih wujud harapan
debunga itu bercambah
membentuk rangkaian sinar di taman
taman hati dipagari sendu

Saturday, February 5, 2011

terapi penghilang stress

kalau orang kata bila kita stress macam2 kita buat. ohhh...makan coklat-sedapnya!! tapi buat tambah gula dalam badan kalau makan banyak. sikit2 bolehla. shoppng-itu memang betul. rasa puas bila dapat jumpa dan beli apa yg kita nak, tapi bahaya juga duit asik mengalir je. lagi...pegi karoke melalak la kau puas2. janji dalam bilik bertutup dan sama2 ngan muhrim ye. bahaya kalau pegi ngan bukan muhrim. main bowling-heh..boleh baling bola kuat2. masuk longkang pun takpe janji lepas perasaan. heh, aku cakap ni sebab aku pun tengah stress la pastu aku nak citer ape aku buat.

tadi petang aku ke bank di fasa 1 bangi. asik dok umah je kuarla plak. on the way nak ke sana baru teringat yg hari sabtu adalah hari pasar malam daa..ini sudah tentu mendatangkan kesesakan dan kesulitan parking. tapi sebab kuar awal takdela sesak lagi. dah setel kat bank apelagi melilau la dari satu gerai ke satu gerai.

aku memang dah lama tak datang sini. tapi kalini aku datang macam2 adaaa..buntang mata aku! gerai2 baju budak dan baju mak budak memang jadik tumpuan aku la. selain dari tu aku jumpa macam2 makanan baru yg diorg jual. ade sosej dalam balut pita, fries and ayam satu bekas, piza yg sedap..peh!! aku tak cari yg berat2 pasal diorg dah makan kat umah. hoh..bestlah! aku beli juga suit baju mandi faris, suar tido aku, tudung shawl aku, ngeh2 sibuk nak pakai shawl plak. getah ikat rambut, pin tudung. wah wah!!! jadik je kalau kat pasar malam. bak kata aku, macam2 adalah! senang citer. next time aku nak gi sini jela beli baju faris. murah pun ye. macam2 jenis pun ye. tudung2..peh!!! belambak2 tu dia jual. sumer cantik2. nantilah. siapla next time ye. akan ku tala puas2 beli barang. ha..inila namanya terapi penghilang stress ye! puas hati aku!

nak tau nape aku stress? tak payahla. ni citer hati dan perasaan yang terluka. biarlah aku sorang je yg tau, huhu!!

cuti ke melaka

selamat bercuti raya cina

kami sekeluarga baru saja balik bercuti di melaka. bukan cuti saja2 tapi ke sana untuk kenduri tahlil arwah pakngah hari kamis malam. tapi dah bertolak awal sebab nak masuk apartment hari rabu petang. bebudak ni saja nak lepak2 mandi kat kolam.

aku naik keta lain. lambat sket gerak sebab tunggu abg balik keja. diorg sume dah gerak lepas asar. tapi sampai sama sebab ayah memang bawak slow pastu tunggu di ayer keroh. abg lak bawak errr...pepaham jela. dia kalau bawak memang boleh terbangla org dlm keta. bolela kejar ayah yg dah jauh ke depan. sampai2 ke apartment tengok imah n adik angkut satu bakul besar. bakul ni selalu isi barang2 dapur yg akan dihantar ke tadika2. lebar empat segila bakul ni. rupa2nya mak dah isi macam2 harta dalam bakul tuh. periuk nasi, periuk masak 3 jenis. pinggan mangkuk. sudu gerapu. sos kicap garam susu megi sume adelah. akibatnya? heh. duduk apartment kenyang cukup je makan setiap waktu. mak masak sambal sardin, sayur goreng, sup cendawan, nasi lemak, masak kicap telur, telur goreng, roti sandwic. perghhh!!! memang keje kat sana asik makan makan makan! kamis pagi ngan jumaat pagi diorg nih gi swimming. balik dah tentu lapar. nasib baik kamis siang sebelum nak ke kenduri kitorg dah jalan2 ke jusco ayer keroh. kalau duduk je kat bilik tah ape lagi mak masak.

yg pegi aku, abg, faris. pastu mak ayah, imah, man, adik. yg tak pegi kirin (sebab dia kena keje muahahahah!) pastu yana (tengah pantang), basyir and husin. husin tu memang dah tak heran mana kitorg pegi. dia dah duduk ngan dunia dia je. hopefully lenkali boleh jenjalan reramai lagi. best sebab ape? sebab mak ayah belanja sume, muahahahaha!! best..best!!

About this blog