Followers

Tuesday, February 22, 2011

tertekan lagi?

entri ini adalah untuk pengingat kepada diriku sendiri jua. semoga segala yg berlaku memberi panduan dan tunjuk ajar di masa hadapan.

aku pernah menulis tentang stress dan macam mana nak menghilangkan stress selain drp mengisi kerohanian kita. aku stress sebab banyak perkara yg berlaku setahun yg lepas. jadinya aku mengambil keputusan pada tahun ini untuk berdoa agar perkara yg baik2 saja berlaku pada kami pada tahun ini. banyak harapan yang aku sangkutkan pada tahun ini.apa2 yg khilaf dan tersilap aku undurkan diri dan memperbetulkannya semula. itu harapan aku pada tahun ini agar semuanya kembali berjalan lancar (termasuk penulisan tesisku yg dah tergantung masuk 2 semester).

sekarang bahana stress itu sudah terjalin lalu pula pada adikku yana. kesian dia mau menguruskan anak yg memang kami lihat banyak ragamnya. memang lain berbeza dari faris masa kecil dulu. kadangkala kami yg normal ini juga tertekan tentang perkara2 lain sampai bad mood/ hilang mood nak buat sebarang kerja. apetah lagi yana individu istimewa. dari kecil memang tak biasa susah. berdikari ada juga masa belajar di asrama vokasional khas shah alam dan di teknik khas johor bharu. tapi sedangkan namanya anak istimewa memang sangat sensitif dan kadang2 kami susah nak sampaikan apa yg kami nak cakap sebab masing2 taktau bahasa isyarat (eja dlm bhs isyarat bolehla cuma lambat nak eja satu2).

sebab tu bila dah ada anak ini makin nampak tahap ke-stress-an nya yg makin meningkat. dia memang tak boleh tahan nak jaga malam anak nangis. dah biasa sebelum ni tidur nyenyak, bangun pagi lambat. skang ni sume kena urus sendiri. nasib baik masih lagi duduk bersama dengan mak ayah.masih lagi kami boleh tolong tengok2 kan baby yg masih kecik tu. baby juga dah tak bf lagi dgn maknya. org normal pun tak boleh tahan nak kena bg hisap 2 jam skali..mana tak tensen tengok budak taknak hisap, air susu kurang, nak kena pam kerap. aku tau sume tu perlukan pengorbanan dan kekuatan. inikan pula dia yg bukan normal. aku terpaksa akur. tak dapat jua ku berikan ilmu bf ni pada dia. inilah antara sebab aku nak peknen lagi untuk aku tunjukkan pada mereka sisi2 indah breastfeeding bersama anak, mengepam susu/menyimpan susu ibu untuk anak. dan itu yg aku harapkan jua berlaku pada tahun ini.

org kata, hormon ibu selepas bersalin juga berubah2. perlu banyak dibantu dan dipantau apetah lagi melibatkan baby kecil. camne penghalaman pertama kali bertiga, camne nak urus baby baru. untuk diri sendiri lagi. sume tu memang boleh mendatangkan stress dalam diri.

semoga adikku itu sudah semakin tenang dan belajar mengurus anak serta belajar menjadi seorang ibu. aku juga masih lagi belajar walaupun faris dah nak masuk umurnya 2 tahun.

2 comments:

Azrina said...

Farah, Yana stress? alahai takde sape nak tolong dia?

~farra_~ said...

sume ade menolong tapi benda ni sume satu perubahan besar bg dia, so dengan ragam baby 24/7 memang lari rutin harian yg dia biasa buat. sebab tu la. ok lg dia ade ngan kitorg. kalu duduk sendiri? err..saya dulu masa pantang pun penah pikir macam2 masa handle baby, nauzubillah.

About this blog