orang kata harimau mati meninggalkan belang
orang mati meninggalkan nama
harap2nya nama yang ditinggalkan tu adalah nama yang baik
nama yang bersih
jangan tinggalkan nama dengan kaler yang pelbagai
orang tinggalkan nama ni tak semestinya dia dah mati
yang masih hidup juga tinggalkan nama
masa dia pindah
masa dia bersara
masa dia bekerja
dan masa dia berhenti kerja
tapi..ini bukan namanya berhenti kerja
ini 'cabut lari' namanya
hmm...
tanpa adab dan pesan pada prinsipal
yang membayar gaji setiap bulan
kerjanya bagus di waktu mula
tetapi semakin membuatkan aku geram di akhirnya
harus ku geleng kepala
mana taknya
cuti kerap diambil
kata sakit, balik kampung, malah dikabarkan dirisik di kampung
yang akhirnya nan 'ado'
kerna dicari seisi keluarga
dimanakah perginya sang bunga
adik..
hidup ini masih panjang
saat umur dikau ini
hanya mahukan keseronokan
kebebasan juga wang ringgit
ku fahami jua kerna ku pernah muda
tapi bukannya di waktu kerja dikau bermain kata
membuka 'lappy' sepanjang masa
bilakah masanya dikau mengurus mereka?
yang mahu ke tandas, makan dan minum?
serta dilihat kerja sekolahnya
hmm..
semoga kerjamu di hari muka
akan menjadikanmu lebih bertanggungjawab
dan berdedikasi
jujur serta amanah
tidak membuang waktu meleka kan diri
nanti dipanggil orang 'gaji buta' saja ini orang
mahukah dipanggil begitu?
dan semoga cepat mendirikan rumahtangga
agar berpeluang mengurus sebuah rumah dan ikatan
yang punya pelbagai tanggungjawab dan peranan
yang selama ini dikau alihkan pada yang lain
saat dikau enak2 saja di situ
apapun..
terima kasih kerna sudi juga membantu
ku tidak marah
tapi ku harap dikau membesar dengan matang
kerna perjalanan hidupmu masih panjang
bukan seperti diriku yang semakin menginjak usia
semoga dikau bahagia
dan 'success' dalam kerjaya nanti
di hari muka..
2 comments:
best laa cara penyampaian nasihat ini!
pandai betul farah mengarang ayat!
errr off topik jap
tadika farah katne ye?
kalau area kl or kota damansara or shah alam..
boleh laa saya melawat-lawat!
sambil-sambil bertukar idea :)
munira..keja ngan mak. centre di bangi. branches di kajang. boleh jenguk di www.auladjannah.blogspot.com. orang kenal ngan nama Tadika Aulad tapi takde kena mengena ngan Aulad Genius tu.
hehe..teruja ade blogger komen :)
Post a Comment