Followers

Wednesday, September 29, 2010

anakku

cuak..

faris dah mula meleleh semula hingusnya
tidur pun dah mula tercungap2
batuk pun dah mula kedengaran
suhu badan pun terasa membahang sikit

alamak..
datang balik sakitnya
tapi syukur dah lama tak sakit
sejak kuar hospital dulu
rasanya dah 2 bulan
sihat alhamdulillah
kalau tak tiap bulan sakit-3-serangkai
sedih tengok kena makan ubat berjenis2

sejak kena bagi ubat gas
nampak kesihatannya makin pulih
bulan pertama maknya rajin kasi sedut gas tiap2 hari
masuk bulan ke2 dah makin culas pulak nak bagi
nak masuk bulan ke3 faris mula sakit2..
takleh jadi nih
rajin balik maknya!!

*hohoh!! paling banyak entri bulan september
paling emo la ini bulan
pale otak pon bercelaru..

Tuesday, September 28, 2010

zaman sibuk sudah bermula

exam final tadika dah nak dekat. kalau dah exam maknanya konvo budak 6 taun pun dah dekatla. aduhh..bahan tak carik lagi nih. idea dah ade kat pale otak tapi nak carik bahannya tah bila. arrgghh!! boleh botak pale nak pikir. dahla tesis bab 2 belum bertaip lagi nih. sem um dah nak abis sebulan lebih je lagi. huarghh!!!

buat masa terdekat --> sesi bergambar murid 6 tahun
pastu --> budak2 exam final
pastu lagi --> konvo wehh!!

hohh..siksa nak menempuh situasi nih. pikir budak nak peksa lagi. mesti macam2 hal ngan budak2 nih jawab pekse *..dan macam2 jawapan. nasib la takde markah di situ*

~mood..semangat..silala datang segera! diperlukan sesangat nih!~

Sunday, September 26, 2010

kenapa perkahwinan itu merupakan suatu yang sukar?

apakah perancangan untuk berkahwin yang menuntut pelbagai keperluan dan kehendak seringkali terbatal?

apakah menghalalkan yang haram itu perlu menurut adat dan kewajipan masyarakat serta mitos dahulu, barulah perkahwinan itu boleh dilaksanakan?

susahnya kalau nak kawin sekarang ye. ade pasangan yang dah ade niat nak berkahwin dibantutkan dengan nilai hantaran dr pihak perempuan yang terlalu tinggi. ade juga yang mendapat halangan dari keluarha kerana pasangan bukanlah menantu pilihan mereka. ada juga yang memandang pada darjat dan harta, serta membeza2kan keluarga sendiri yang susah dan miskin dengan pasangan yang meungkin lebih berada. kenapa perlu susah2 nak menurut sesuatu yang cuma sekadar alasan? patutlah gejala sosial semakin meningkat sekarang, hanya kerana menurutkan kehendak dan keperluan keluarga masing2 saja.

aku juga pernah berhadapan dengan nasib yang sama. sudah ku ceritakan yang bekas2 pakwe ku dulu sume nya yang 'ado'..suka lari2 bila berdepan dengan komitmen. mungkin masa tu mereka yang sama umur dengan ku baru merasa nak lihat dunia, nak teroka dunia. dan mungkin juga kerana perempuan itu lebih matang dari lelaki..?? atau mereka sekadar memberi alasan semata2..*hancur punah jiwa ragaku dan emosiku kala itu*

ex-no1....dia kata aku dan dia berbeza darjat. keluarga ku orang senang *mungkin dia tengok ayahku pensyarah agaknya. masa tu sape2 bapak keja besar2 dia rasa2 orang tu kaya raya. padehal dia tak tengok bilangan adik beradik aku masa tu..7 orang!!* alasan-DARJAT

ex-no2...hoh..taraf hidup pulak. maknanya sama je cuma tukar ayat je. keluarga dia orang susah. tapi bercinta jugak ngan aku sampai matriks. tup2 hilangkan diri tiba2. aku yang menunggu nih? parah tak hengat. kesian kat aku jugak.

ex-n03...cinta di ukm. sama la jugak kekdahnya. bila rasa2 aku menuntut komitmen, banyak dia bagi alasan.
-nak jaga adik2 yang ramai
-keluarga orang susah
-mak tak suka orang luar
-mak tak sihat nak kena jaga mak
-nak kena bayar duit ptptn dulu
-tak redi lagi ----> huh..aku dah agak dah kot banyak pulak alasannya..

merana lagi aku. lama jugakla pendam emosi sebab aku memang dah suka kat budak nih. ke...sebab aku nih kalau sayang benar tu, tak ingat nak benci ke tak..kan?

ex-no4...tua 4 taun. keje baiki letrik di trg. kenal cuma di irc. dia banyak patah jiwa. dan aku plak baik hati banyak nasihat dia. sampai ade perancangan nak kawin, datang bangi jumpa mak ayah..tapi, nan 'ado' jugak. dia dah kawin ngan org lain. yang aku dengar alasan nya pun sama gak..beza darjat. dia orang susah aku orang senang. huhh...panassss je telinga aku nih!

no-5..my abg. hmm..kenal dr kawan. abg pun dr sedara dia. orang tengah 2 org. kenal dalam 4 bulan..bertunang. 4 bulan lagi terus kawin. alhamdulillah sesi perkenalan tak banyak hal cuma ayah mintak dipercepatkan majlis. bimbang katanya kami asik keluar sama. padehal baru beberapa kali je keluar. oklah. alhamdulillah hidup bahagia.

jadi...ape masalahnya mentaliti masyarakat kita? menyukarkan yang mudah. menghalalkan yang haram. aku pun tak paham...

Thursday, September 23, 2010

fobia kah aku?

ade orang macam2 dia punya fobia. yang takut tempat gelap ade, yang gayat ade, yang takut tempat sempit ade..*kes takleh masuk lif or terperangkap dlm ruang kecik*, yang takut binatang ade, takut hantu ade. kalu ikut bahasa omputeh, tah macam2 nama yang panjang2 ade. bebelit lah lidah nak nyebutnya. nasib baik kita org melayu sebut melayu je. biar kita sendiri paham ape-ke-namanya-nak-menyebut.

aku? no 1..aku memang sah2 takut tempat tinggi. ala2 gayat gitu. kalau amik tangga panjat nak bukak/pasang langsir ke cat tempat tinggi2 ke, aku memang akan rasa pening2 sket. terus aku turun cepat2 sebelum ape2 berlaku. lagi? hmm..takut dalam air rasanya. yang nih bab snorkel/ala2 menyelam kat permukaan air. kanke dulu masa kat ukm aku amik marine sc. ramaila bebudak course yg amik kursus menyelam nih. aku and beberapa org kawan tak amikla sebab kami nih alal2 sopan dan muslimah gitu kan. takdela nak sarung suit selam yang tight and nampak body shape tuh. jadik kiranya masa kami gi field-work ke mana2 pulau kami hanya akan snorkel aje. masa ni la aku rasa macam nak lemas and terus terkapai2..napas pun laju2 macam semput..*padehal terapung2 kat permukaan air je pon*...

yg last nih..paling melekat la kat aku. sampai skang. aku memang fobia kalu orang tengok2 ape aku buat. cukup aku tak suke, contoh..dulu masa sekolah kan kat dewan pekse tuh ade pengawas ulang-alik lalu tepi meja kita kan. tetiba kalu dia berenti sbelah meja aku masa aku nak jawab soklan, memang sah2lah aku terberhenti tulis. aku jadik tak tentu arah. masa ni aku marahla orang tu dalam hati kan. nape dia nih berenti tepi aku. dia nak tengok ape aku jawab ke. janganla sebok tengok kertas orang. terus tangan aku macam nak tutup2 kertas tu kan. padehal tah ye tah tidak dia nak tengok jawapan aku tuh.

pastuh..time aku tengah mennulis/melukis/buat keja/mengira. jangan ade sape2 yg nak tengok2 hasil keje aku masa tengah buat ye. memang aku suh dia jauh2. kot2 tengah karang sajak ke ayat buat asgmt ke..kena ade feel, sorang2 baru keje jalan. kalu orang sebok2 nak tengok mmg tak jadila keje aku itu.

ha, yg ni paling haru. sebab aku tak suka org tengok ape aku buat..sampai aku rasa nak pindah umah dok kat banglo ke rumah semi-d ke. umah aku skang nih teres 2 tingkat yang tersangatlah rapatnya. agak2 kalu aku menyapu ke sidai baju ke aku rasa2 ade je orang intai2 aku kat bilik diorgla, kat dapur la. aku ske sbenarnya nak tanam2 pokok ape2..tapi kang nanti ditanya tanam ape la..pakai baja ke..komen ape2 yang aku buat..aku nih agak payah sket nak beramah mesra ngan org secara direct. amik masa la mesra2 ngan org nih. penah dulu aku cuci lubang tesumbat pun kena tanya. kenala jawab. tak jawab kang macam2 org kata.

itula ke 'fobia' an aku. rasanya yg ke3 tuh teruk sket. macam ala2 nak kena dok dlm gua pun ye gak. takyah ade orang keliling kita. tapi tu lah kan. sebenarnya pada sape yg kenal aku dia akan tau yang aku nih memang banyak mulut and suka ketawa besar. menceceh2 ape2 citer. sampai dulu abg bawak van sekolah panggil aku 'cicot-cicot' sebab banyak cakap dlm van. tapi yelah..agaknya dah besar nih emosi dlm kepala banyak sangat. sifat2 ke 'peramahan' an dan ke 'becok' kan mulut aku nih dah makin menghilang. memang rasa2nya EQ pun dah kat tahap2 rendah.

erkk..okla. nak kul 2am nih. outla. entry lain kali lak.

~walau tak mampu ku lafaz ceria, namun ku betah melayang kata. bait2 bisu menggamit diri. lancar menari mengiring kata hati~

Monday, September 20, 2010

patut kena hukum? pancung? bakar? muahahaha!!

dia nih memang nak kena nih
dah lama dah orang geram ngan dia
nak kata tak geram..dah kena sepak
dah kena halau
dah kena bebel
ape lagi kau nak hah?

tapi tengok muka cam nak kesian
dia buat muka toya
kalau orang tak kenal boleh terpedaya tau
sila jangan tertipu ye!
habis semua tempat nih dia buat onar
tuan rumah nak kata ape?
rak kasut..dinding kabinet..

tiang belakang rumah..
malah kat kaki orang pun dia buat

memang nak kena dia nih

ape hukuman nak bagi?

buang daerah kah?
disunatkan kah?
dah di syuh-syuh dia buat dek je
ooo..

KAU KENCING MERATA2 YEA!!!
NAK KENA DIA NIH!!







p/s *ade ke orang tengah lepak2 blakang rumah dia gi pancut? datang gesel2 tetiba naik ponggong
* mak tengah hamik gambar pokok kat belakang pon dia bagi sedas sedap punya! haip!! nak kena nih!


Saturday, September 18, 2010

damai itu bukan milikku

bosan..

nak bercakap malas
nak bising2 pun malas
nak suka2 huha huha lagila malas
nasib baik makan tak malas
pastu kena uruskan faris seharian
makan minum faris, mandi..uk uh..tukar pampers (err..guna cd tapi malam je. tak rasa kuat lagi nak pakai slalu. rasa besok kalu ade anak no2 nak guna tetap kott)

ape nak dikata?
sebab tu tak rajin nak layan tetamu mak datang arinih
lagi rasa sakit kepala ada
rasa tension pun ada
bosanlah
bosan dengan orang yang rasa2 dia terlebih pandai
biarlah dia dan mereka dengan labu2 mereka
hidup mesti diteruskan
dahla nak bukak sekolah isnin nih
besok ahad nak memerap jelah kat rumah
nak kena sambung buat tesis lagi
dah sebulan ponteng sendiri sepanjang puasa
mesti penyelia ku geleng kepala
isy..isy..

memang raya ni tak seronok
taun ni pun rasanya taun yang tak seronok
bosan....

Friday, September 17, 2010

bukan sekadar teman

semalam aku, faris dan abg beraya ke rumah dyla. sempena cuti Hari Malaysia, cik kak sorang tu buatla ala2 open house skali untuk sedara mara dia. tapi diorg belah malam. siang ni khas untuk aku and ude saje. ye..ude pun ade skali. best!!! hahahaha! taun nih faris dah dapat kaki..hah, nasib la korang2 wahai cik da and cik lala. nasib baik faris nak ngan korang. kalu ngan org lain langsung dia takmau. kalau tak nangis2 dia buat badan keras dia. aku pun heran gak ngan faris nih. dia memilih ngan orang2 tertentu aje kalau dia nak. famili mertua and ipar2 kat perak sana pun dia tanak, huahuahua!!

mak slalu tanya..awak ni takde kawan lain ke? asik2 dyla ngan fadhilah je(mak tau nama fadhilah je. dulu2 dr kecik panggil tu. kitorg sejak dah pandai begaya panggil cik kak tu..ude). hehe..mak, kawan memang ramai. satu malaysia nih ade. slalu gak contact. tapi member dua org nih memang dari kecik dah kawan. dah tau hati budi. dah kenal sisi peribadi. walau dah tak heran pasal gaduh ke masam muka ke nangis ke..balik2 kitorg akan bertemu jugak akhirnya. lama tak contact ke..ade probs ke..kitorg mesti jumpa balik. kalau tak makan2 di luar sekali sekala..jumpa time raya. macam gambar kat bawah nih..













kawan..memang senang nak jumpa, tapi yang paham isi hati kita..yang tau perangai kita..yang terima kita walau kita ada cacat cela..susah nak jumpa. nama dia sahabat. nak2 macam aku ni, memang payah nak mesra ngan org. aku selalu tutup keliling aku rapat2. aku tak suka nak terhegeh2 mesra2 borak2 ngan orang yang aku tak rapat. tapi kalau aku dah kenal and dah tau orang tu camne, sikit2 aku akan bukak pagar keliling aku. even dengan abg pun dia kekadang tak gu ngan aku. aku akan carik budak berdua nih bgtau masalah aku. kalau aku stress pasal sape2 pun, ngan diorglah yg aku carik. tapi citer2 hal aku ngan abg amat jarang aku citer yang pahitnya. aku citer yang manis2 je. tah. sejak kawin ni aku lagi banyak pendam rasa. sedih pun ade. tapi bila jumpa diorg nih aku jadik hepi. aku jadik gembira. tak kisahla mulut diorg laser ke cakap tak berlapik ke. janji aku dah kenal diorg sejak kecik. mak ayah diorg pun baik ngan mak ayah aku.

bila aku nak meluaskan dan menambah bilangan kawan? entah. sebab aku tak rajin nak bersosial. tak rajin nak hulur2 kata memula bicara. aku suka tengok dan dengar dulu. kekadang orang yang kita rasa dia boleh ngam ngan kita, tetiba kita tengok dia jadik lain, kita akan rasa tak best dah nak mesra2 ngan dia. tapi simpan dalam hati jelah. kang cakap kat mulut kang payah pulak. aku dahlah mulut laser.

ude dan dyla, terima kasih buat korang untuk segala2nya. kita dah kenal dah lebih 20 tahun. 2 dekad! semoga korang cepat bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga. ini doa ikhlas dari aku..

Thursday, September 16, 2010

cinta

cinta..

satu yang sungguh indah
satu yang sungguh mengasyikkan
sebelum kita kenal dirinya
kita asyik terindu-rindu
asyik terdamba-damba
terbawa-bawa ke dalam mimpi
senyum sendiri dalam sepi

oh..dia yang kudambakan
kacaknya dia
baiknya dia
bersopannya dia
lembut mukanya
manis senyumannya
inilah yang kutunggu-tunggu!
inilah orangnya yang kunanti-nanti!

tapi..
mengapa dia tak sama
sudah lain sekarang ini?
kemana hilangnya lembut suara
mana hilangnya manis senyuman
mana perginya kelembutan wajah

aku yang takut
dan terkejut
mengapa dia sudah bertukar rupa?
mengapa dia menjadi lain?
jadi raksasa kah?
ada makhluk asingkah dalam badannya?

hmm..
orang yang dinanti-nanti itu
masih melekat di alam mimpi
mengharap bertukar jadi realiti
mengukirkan senyuman
melemparkan pandangan
seperti yang kudambakan

ohhh..bestnya kala bermimpi..

Wednesday, September 8, 2010

lebaran menanti

salam ramadhan ke 29




lebaran bakal menjelang. aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. bagi diriku, lebaran Insyaallah disambut dengan gembira. cuma ramadhan kali ini kurasakan kurang pengisian diri. tiada salah silapnya orang lain. cuma kurang mendisiplinkan diri dalam mengatur rencana dan agenda. moga dipanjangkan umur dapatlah kiranya bertemu lagi ramadhan akan datang. semoga pengisian rohani ini dapat kuteruskan di bulan2 seterusnya.

nanti akan ku terbitkan agenda kami sekeluarga menjelang syawal ye. anak beranak menganyam ketupat memang menjadi tradisi kami sekeluarga. mak ayah memang sudah pakar dalam bab menganyam sarung ketupat. kini kami 8 beradik juga telah mahir melakukannya. malah sampai berlumba2 siapa yang dapat menyiapkan sarung ketupat yang paling banyak. biasanya si adik yang terlambat sekali menyudahkan anyaman nya. masih terkial2 mencari rentak. saat dirinya baru siap sebiji, kami yang lain dah berlima/enam biji sarung ketupat dah pun kami siapkan, hehe..

rendang dan lodeh, kuah sambal kuah kacang juga kari..memang regunya buat cicipan ketupat nanti. ohh sedapnya kurasa hingga ku tertelan air liurku sendiri bila membayangkan nya. kali ini emak sudah membayangkan mahu dibuat laksa penang. fuhhh!! berasap dapur..akan penuhlah di meja nanti.

selain itu di raya pertama nanti akan penuhla rumah kami dengan saudara mara sebelah emak yang datang menziarah atuk di sini. rumah kami dah diibarat kan kampung sudah. sape2 nak jumpa atuk semua berduyun2 ke bangi. famili makngah saja dah boleh jadi rombongan meminang. anak2nya bertujuh campur pasangan dan anak, heh!! tak lupa juga abg izan sekeluarga, cucu atuk..dan mak idah sekeluarga, sepupu emak. hoh...kami yang perempuan perlulah turun membantu di dapur kerna tetamu yang tiba memang takkan putus untuk keluarga atuk.

raya ke2 aku akan menuju ke perak untuk beraya bersama keluarga mertua. mak ayah dan adik2 akan ke melaka beraya bersama nenek sebelah ayah pula. owww..sudah lama aku tak dapat ikut mak ayah beraya jumpa sanak saudara di melaka. bilalah agaknya kami dapat ikut serta ye.

sekian coretanku di dinihari ini. bertemu kita di lain kali..

Friday, September 3, 2010

lelahnya menguruskan manusia

salam ramadhan ke 24

ramadhan makin tiba ke penghujung. sana sini terbayang2 kegembiraan meraikan syawal yang bakal tiba. aku? taun ni tak berapa excited nak celebrate sangat. sekadar serba sedikit untuk diri sendiri. yang pulun tentulah untuk si anak yang baru tahun ni dapat kaki. tahun lepas masih bayi cuma baring saja di tilam (jenuhla atuk opah kat perak taun nih sume cucu2 dia balik). adikpun baru saja keluar dari hospital. walaupun nampaknya dah sihat tapi kiraan kuman di badannya masih tinggi. doktor bekalkan ubat dan pesanan supaya tidak berpuasa, tidak keluar rumah dan datang semula untuk check-up minggu depan.

yang pasti..hati ini letih dan lelah. mengenangkan tak habis2 hal di tadika. kali ni betul aku rasa letih dan lelah. lesapnya duit pekerja..namun kita tak nampak betulkah pekerja lain yang ambil. sedu sedan akak itu menangis mahu berhenti katanya. bilangnya ini bukan pertama kali. mahu di ganti pekerja baru juga bukan suatu yang mudah. prinsipal juga yang lelah nak mencari. bukan pertama kali bingung akan hal ini. saban tahun bila pekerja bertukar ganti ada saja ceritanya. di saat usia aku makin meningkat aku rasakan semakin tak larat nak bermain2 dengan emosi amarah. bukan sekali dua. sebelum ni pun ada pekerja yang dah lebih 5 tahun bekerja..bila dha dihujung2 kerjanya semakin tidak kena. seliaku bukan saja di tadika...dimana perlu memantau prestasi pembelajaran mereka, berhubung dengan ibubapa..malah juga di taska, camne pengasuh mengurus kanak-kanak, menjaga kebersihan, menjaga keselamatan. saat ada yang culas dan cuai, sudah pastinya banyak mengundang persoalan dan habuan dari ibubapa.

kerenah itu tidak saja daripada pekerja. aku harus tempuhi juga daripada ibubapa. saat mereka tak mahu anak dibebani kerja yang banyak..ada pula yang marah2 tak dibagi kerja rumah. ada pula yang anaknya tak boleh disentuh sikitpun. pensel pemadam yang hilang juga dituntut ditanya. malah ada juga yang terpaksa ku sorong bertanyakan tentang yuran bulanan yang masih tak dibayar.

akan terbayarkah beban penat dan letih ini? bagaimana lagi harus ku contohi prinsipal/ibuku dalam menangangi semua hal? jelas..aku rasa lemah dan lelah. banyak kali ku rasakan untuk mengundur diri..akan timbul kembali rasa kasihan pada sang ibu. siapa lagi yang mahu menguruskan semua ini? lebih2 lagi di taman jasmin yang banyak pancarobanya. huh..aku kena bersabar sajalah kali ini..

About this blog