apakah perancangan untuk berkahwin yang menuntut pelbagai keperluan dan kehendak seringkali terbatal?
apakah menghalalkan yang haram itu perlu menurut adat dan kewajipan masyarakat serta mitos dahulu, barulah perkahwinan itu boleh dilaksanakan?
susahnya kalau nak kawin sekarang ye. ade pasangan yang dah ade niat nak berkahwin dibantutkan dengan nilai hantaran dr pihak perempuan yang terlalu tinggi. ade juga yang mendapat halangan dari keluarha kerana pasangan bukanlah menantu pilihan mereka. ada juga yang memandang pada darjat dan harta, serta membeza2kan keluarga sendiri yang susah dan miskin dengan pasangan yang meungkin lebih berada. kenapa perlu susah2 nak menurut sesuatu yang cuma sekadar alasan? patutlah gejala sosial semakin meningkat sekarang, hanya kerana menurutkan kehendak dan keperluan keluarga masing2 saja.
aku juga pernah berhadapan dengan nasib yang sama. sudah ku ceritakan yang bekas2 pakwe ku dulu sume nya yang 'ado'..suka lari2 bila berdepan dengan komitmen. mungkin masa tu mereka yang sama umur dengan ku baru merasa nak lihat dunia, nak teroka dunia. dan mungkin juga kerana perempuan itu lebih matang dari lelaki..?? atau mereka sekadar memberi alasan semata2..*hancur punah jiwa ragaku dan emosiku kala itu*
ex-no1....dia kata aku dan dia berbeza darjat. keluarga ku orang senang *mungkin dia tengok ayahku pensyarah agaknya. masa tu sape2 bapak keja besar2 dia rasa2 orang tu kaya raya. padehal dia tak tengok bilangan adik beradik aku masa tu..7 orang!!* alasan-DARJAT
ex-no2...hoh..taraf hidup pulak. maknanya sama je cuma tukar ayat je. keluarga dia orang susah. tapi bercinta jugak ngan aku sampai matriks. tup2 hilangkan diri tiba2. aku yang menunggu nih? parah tak hengat. kesian kat aku jugak.
ex-n03...cinta di ukm. sama la jugak kekdahnya. bila rasa2 aku menuntut komitmen, banyak dia bagi alasan.
-nak jaga adik2 yang ramai
-keluarga orang susah
-mak tak suka orang luar
-mak tak sihat nak kena jaga mak
-nak kena bayar duit ptptn dulu
-tak redi lagi ----> huh..aku dah agak dah kot banyak pulak alasannya..
merana lagi aku. lama jugakla pendam emosi sebab aku memang dah suka kat budak nih. ke...sebab aku nih kalau sayang benar tu, tak ingat nak benci ke tak..kan?
ex-no4...tua 4 taun. keje baiki letrik di trg. kenal cuma di irc. dia banyak patah jiwa. dan aku plak baik hati banyak nasihat dia. sampai ade perancangan nak kawin, datang bangi jumpa mak ayah..tapi, nan 'ado' jugak. dia dah kawin ngan org lain. yang aku dengar alasan nya pun sama gak..beza darjat. dia orang susah aku orang senang. huhh...panassss je telinga aku nih!
no-5..my abg. hmm..kenal dr kawan. abg pun dr sedara dia. orang tengah 2 org. kenal dalam 4 bulan..bertunang. 4 bulan lagi terus kawin. alhamdulillah sesi perkenalan tak banyak hal cuma ayah mintak dipercepatkan majlis. bimbang katanya kami asik keluar sama. padehal baru beberapa kali je keluar. oklah. alhamdulillah hidup bahagia.
jadi...ape masalahnya mentaliti masyarakat kita? menyukarkan yang mudah. menghalalkan yang haram. aku pun tak paham...
No comments:
Post a Comment