Followers

Monday, June 28, 2010

mereka anugerah mereka permata

salam

aku masih terpikirkan hari perjumpaan ibubapa pada sabtu lepas. alkisahnya sebagai cikgu nak kena tau apa yg nak diajar untuk besok hari. segala idea dan keperluan mesti dah ada. akan tetapi cara kita yg pantas hanya sesuai untuk murid yg cepat menangkap konsep yg diberi, tapi tak sesuai untuk mereka yg masih tercari2 rentak dalam pembelajaran. buat permulaan dulu, aku kasihan pada mereka yg baru masuk belajar masa umur 6 tahun..sayangnya baru nak belajar. baru nak kenal abc..baru nak belajar menulis. sudah ku ceritakan yg murid2 ini ku beri pada cikgu hanim untuk lebih tumpuan.

maka yg selebihnya ini di kelasku..masih lagi juga tak sama tahap kemahiran mereka. kalau ku lambatkan pengajaran, mereka yg sudah pandia rasa cepat boring dan banyak mengacau murid lain. ade 2/3 org yg sudah boleh masuk sekolah la. kalau ke cepatkan pengajaran, kesian pula pada mereka yg masih slow lg. hakikat pengajaran..banyak juga cabarannya. aku masih ada murid yg sudah 2 tahun di aulad jasmin, masih tak boleh lagi membaca sendiri. tiap kali ku suakan buku 'bacalah aulad', dia akan ingat depan lupa belakang, ingat belakang lupa depan (cth: baca 'buku'..'laju'..). mujur dia dapat ingat beberapa sukukata yg selalu digunakan. hati susah memikirkan bagaimana lagi harus ku lengkapkan dia sebelum ke tahun 1 nanti. alhamdulillah dia juga sudah semakin rajin menulis berbanding di awal tahun dulu..

ada juga yg tak mahir dalam bab matematik. antara faktornya ialah di aulad kami guna teknik mental arithmetik. jadi perlu mahir penggunaan jari asas untuk kira sa dan puluh, sedangkan di rumah ibubapa guna cara biasa saja untuk kira latihan, yg ingat kat otak dan sambung kira di jari..atau kira guna kedua2 belah tangan. mmg biasanya akan buat budak2 jadi keliru. jadi untuk kes sebegini, kena ulang semula dr asas..dan perlu dilatiih perlahan2 dari mula..

inilah untungnya ada perjumpaan ibubapa. dapat mengingatkan guru langkah yg tersasar dr landasan, dan dapat meneruskan membantu kanak2 ini. ada juga harapan melangit dr ibubapa agar mahukan anak mereka mahir membaca dan mengira. menulis kebanyakan mereka sudah mahir. perlu mahir kerna ada periksa untuk ke sekolah integrasi/ abim. yg sekolahnya ibarat sekolah swasta..dari pagi hingga ke petang. jadi periksanya sudah tentu sukar..bagi menyaring kemasukan murid. aduhh..untuk yg ini adalah cabaran jika anak itu di tahap sederhana tapi diletak harapan tinggi oleh ibubapa. mahukan kepandaian dlm jangka masa singkat. takpelah. demi kebaikan anak itu aku rela melebihkan masa dan melatih semula sedari awal.

~perlu di ingatkan pencapaian anak adalah berbeza antara setiap dari mereka. kita tidak boleh membandingkan kenapa anak itu lebih pandai kenapa anak ku tak pandai2 lg. yg lemah akan dapat juga faedahnya cuma tidak selaju murid yg bijak. anak itu akan mengutip ilmu secara perlahan dan ambil masa yg lama. dr sudut kajian juga telah menyatakan sedemikian. namun bagi mereka yg bertegas, apalah daya cikgu menolak. akan diusahakan juga untuk memberi mereka hasil yg sama seperti murid bijak, walaupun mengambil masa hingga ke hujung tahun nanti..~






gambar masa januari. untuk jun
aturan meja sudah berubah. bilangan murid
juga berubah

Friday, June 25, 2010

luahan hati

salam..

jam sekarang dah hampir nak masuk kul 1am. mata cam segar lagik. rasa2 nak taip kat blog. memacam nak citer sebenarnya. tapi yelah..kengkadang tu kena tapis gak ape benda yg nak di citer. tak sumer benda boleh di share. tapi kengkadang dengan meluahkan perasaan menggunakan bait2 ayat nih boleh diatakan sebagai terapi minda gak sebab kita dapat meluahkan perasaan dan emosi, huh..karat!!

org kata takde citer kang, dah lama menyepi lak. tengok org lain punya blog laju je update nya. kalau ikutkan aku ni kira rajin gak menulis ayat2 luahan hati nih. dulu2 masa sekolah aku slalu tulis kat diari. tah bape banyak dah diari aku. ade je benda aku nulis. esp nya pasal pakwe aku la. ala...budak zaman sekolah. biasa la. nak menyayangi dan disayangi (uwekk!!). dahla pakwe aku dulu berturut2. pas kapel ngan sorg ni..putus..tak lama lepas tu dapat lak yg baru. kira aku ni tak kekal solo la. darah manis kot org kata. tapi tu la. asik dpt org yg hampeh2 je. tak taula kan sebab org pompuan nih cepat matang ke ape ke. tapi kan bile dah setia dah sayang2 gitu, yg laki nih jadik cam hampeh lak. memang sengal betul la diorg tuh..at last jumpa abg aku..nov 2002, tunang april 2003, kawen ogos 2003. hah..takyah nak becintan cintun lelama. jimat masa dan ruang, huhu!! becinta pas kawen.

hmm..sebut pasal abg aku nih..smalam besday dia la. dia tua 2 taun je dr aku. takde buat celebration ape2. aku just belikan kek je. niat di hati mmg nak becuti ke mana2. tapi dia bz manjang. ni dah tengah bulan, company dia kena buat stock count. hmm..nak tunggu anniversary ogos nanti kottt?? ~i hope so lah~

-yana dah 10 minggu peknen. lg 2 mg gi cek up lg kat annur. dengar kata dr pakar kat annur sume hebat2 belaka. dua2 dr tu la. dahla tempat pun islamic tau. next time beranak aku pun nak gi sana la jugak. beza ngan private and islamic..

Saturday, June 19, 2010

moral of the story - it's never too late!

sejak tadika aulad ditimpa musibah, semua cikgu dan kakitangan tertanya2..

-kena tutup kah aulad?

-kena samankah aulad?

-kalau aulad tutup camne ngan sumer pekerja? nak kerja mana?

-sahla..ni mesti lepas ni nama aulad jadik busuk la, kena blacklist!

-ala..naik cuti nanti ade hari report kad. camne nak berdepan ngan parents ni?

-ape jadik ek ngan cikgu yang jadik driver tuh? dia kena tindakan tak ngan prinsipal? takkan takde tindakan bila dah ade kes kematian nih. bukan memain...KES KEMATIAN TAU!!

mmg rasanya sumer kakitangan tak duduk diam sejak tersebarnya berita kes itu *YANG TIDAK TEPAT DI PAPER2*, ternanti2 tertunggu2 ape kisah, ape akan jadi dengan aulad. akhirnya kena juga dipanggil meeting untuk semua. *tapi yg hairannya tak sumer yg ade*

walau sekuat mana pun semua kakitangan inginkan guru itu dikenakan tindakan, dan tertunggu2 adekah masa meeting nanti akan diwar2kan bentuk tindakan tersebut, tetapi nyatanya..biarlah ianya menjadi RAHSIA.. rahsia antara dia dan jugak prinsipal dan penaung aulad. yang nyatanya kes itu membuka mata kepada yg lain akan tindakan penting yg perlu diambil oleh semua kakitangan. terutama sekali tentang KESELAMATAN KANAK2 di dalam mahupun berdekatan premis. org selalu kata..DAH TERNGANTUK BARU TERNGADAH. ye. perlu ambik pengajaran di sini. banyak prosedur yang longgar di kesemua premis cawangan aulad *termasuk la kat jasmin, huhu..*. oleh itu, biarlah tindakan untuk guru itu kita tidak hebohkan, tapi kita ambil kisahnya buat pengajaran untuk kita, supaya mengetatkan kawalan keselamatan khasnya untuk kanak2 tadika dan taska.

*ihhh..naik bulu roma aku pk kot ade budak cedera parah ke kena kidnap ke. aritu kes samun ragut depan tadika jasmin pun dah buat aku temenung panjang risau tahap gaban dah..(sampai kemek kancil aku si penyamun tu punya hal sebab moto dia tejatuh kena kejar auntie yg dia ragut tuh)*

Monday, June 14, 2010

kerja bersambung semula

cuti sekolah sudah masuk minggu yg ke2. minggu ni harus kusiapkan buku rekod pelajar sebab naik cuti sekolah akan ada hari report kad. tapi aku tak dapat lagi nak bagi nombor sebab ade murid yg masih lg tak siap dia punya kertas pekse. tak datang masa pekse. dah tu jenis lambat sgt nak menulis. jadi masa dia nak siapkan kertas tu adalah tersangat la lambat ye. dan dia ade lagi 3 paper nak disiapkan. *geleng kepala aku*..pastu budak2 punya hafazan masih belum setel lagi. arituh dah siap hafazan untuk solat. hafazan untuk surah dan doa pendek masih belum setel jugak. untuk hafazan aku tak dapat nak mengajar seperti biasa. cuma aku berikan kerja yang boleh dibuat sendiri bagi mengelak mereka mengganggu proses hafazan kawan2. walau pun begitu adalah amat susah skali nak elak mereka dari menarik perhatian ku. pepaham sajelah. hero2 yg nakal2 dengan aksi yg ganas2..aku harap naik cuti nanti kerja2 ini akan disiapkan sebelum sabtu hari report kad. huh..

result um aku dah kuar. alhamdulillah. satu dapat bagus. satu dapat sederhana. alaaa...lecturer org obersea, sri lanka. memula aku blaja ngan dia puasla aku nak paham slang dia. aku kena tadah telinga aku betul2. pastu kalu dah lect foreigner jawab pekse pun mestila dlm BI kan. emmm...kira okla. yg penting cgpa aku skang nih dah lepas 3.00. aku ade lagi 2 sem untuk aku siapkan tesis. supervisor aku suh buat 2 sem. sebab kalu satu sem masakla aku nak setelkan tesis 6 bab. dia suh buat bab 123 satu sem, 456 untuk sem berikutnya. kalu nak dikira2....aku dah blaja dr 2008. skang dah 2010. ngeeee!! sudah2la lepas ni. aku dah tak larat lagi. uhuk2!!!

-dunia ini sering berputar..meninggalkan jejak di garisan pemula. haruslah yang di atas pusingnya ke bawah..dan yang di bawah geraknya ke atas. putaran alam, kudrat Yang Maha Kuasa..natijahnya manusia, tidak lalai dan leka..

Wednesday, June 9, 2010

yang benar 2

- pemandu van dalam kejadian adalah guru tadika aulad = WANITA

-van dalam kejadian adalah VAN BERWARNA PUTIH

-
murid yang terlibat berumur 4 tahun

harap maklum

yang benar

Maut selepas lemas dalam van


PENDUDUK mengiringi jenazah Aliyah Humaira sebelum dikebumikan
di Bangi semalam.


BANGI - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dekat sini, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang koma selepas terperangkap dalam sebuah van selama lima jam akhirnya meninggal dunia semalam.

Kanak-kanak malang dikenali sebagai Aliyah Humaira itu disahkan meninggal dunia pukul 1.30 petang semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian Jumaat lalu itu, mangsa seperti biasa telah menaiki sebuah van untuk ke premis Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Aulad Center di Bandar Baru Bangi di sini dari rumahnya di Bangi Perdana pada pukul 7.45 pagi.


-kejadian berlaku di luar kawasan tadika

-pemandu van adalah guru di tadika aulad bangi

-guru itu membawa kanak2 tadika/sekolah rendah/sekolah menengah atas kapasiti sendiri

-pembawaan kanak2 tadika aulad bangi adalah di bawah kendalian GURU ITU SAHAJA

-KECUAIAN KANAK2 TERTINGGAL DI DALAM VAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB GURU ITU SAHAJA

-tadika aulad tidak memberi kontrak kepada guru itu untuk membawa kanak2 tadika

-sebarang kesilap fahaman fakta boleh menjejaskan pandangan dari semua ibubapa dan juga masyarakat

sekian.


Tuesday, June 8, 2010

salam takziah

tadika aulad mengalami kehilangan seorang anak muridnya. takziah diucapkan kepada keluarga. kehilangan murid itu amat dirasai walaupun bukan dari anak murid aulad taman jasmin. kehilangan nya adalah kerana kesilapan manusia..kecuaian manusia. walau setinggi mana darjat dan ego kita, musibah akan melanda sebagai ingatan untuk setiap manusia. ini bukan sekadar kehilangan beg tangan dan wang ringgit, bukan sekadar remuknya kereta. tapi adalah hilangnya satu nyawa. walau aku tak pergi melihat..tapi aku tetap merasa sedihnya di sini. walau dia bukan anak muridku, aku tetap merasa kehilangannya.

*salam takziah dari kami aulad jasmin, kajang. segala yg berlaku pasti mengundang rasa insaf dan peringatan buat semua. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman, aminn. al-fatihah*

Sunday, June 6, 2010

tambah lagi!

adikku yana dah ade kat sini. kitorg suh dia dok bangi dalam 2 bulan. sib baik kirin pun ade trip di kedah, so sekali balik ngan kirin naik flight. haaaaa....dia sudah peknen laaa!! aritu masa kitorg ke cameron dia sudah roger sama aku. katanya dia pening2 pastu muntah2. dia dah test sendiri pastu ada 2 line. positif la tuuu!!

aku mmg slalu roger2 ngan yana. sms je la kan. dah dia boleh sms je. aku slalu tanya keadaan dia. aku ajar dia suh simpan tarikh hari dia period. kalau lewat mesti jumpa doktor. pastu bagitau lepas berdua dengan suami kena buat ape. yg wajib nya la. kali ni dia peknen..dia dah sakit macam2. demam...sakit kat pundi kencing (kencing kotor kott)..tak lalu makan..and muntah2. kami sumer risau kan dia kat kedah sana tu. dia berdua je ngan zubir laki dia. laki dia gi keja. dia pun keja. tapi dia sakit2 ni susah mau teka sebab 1st time pengalaman peknen. perlu diingatkan bahawa kedua2 mereka ini tidak boleh bercakap. jadi sudah semestinya kami teramatla risau sebab sebelum ni yana kalu sakit mesti da macam drama swasta. sebab dia tak boleh tahan sakit. menangis2 meraung2. jadi masa dapat tau dia peknen aku roger dia cakap bahawa org hamil mmg camtu. banyak sakit. awal perlu sabar.

*sms ngan mereka ini perlu ditulis menggunakan bahasa penuh. mereka sukar nak paham bahasa singkat2 nih*

hehee...jadinya adik aku ade kat sini. mak pun suka hati yana ade depan mata. boleh nak pantau dia sampaila kandungan dia mencecah 3 bulan sok ye. hahahahah!! aku suke!! aku suke!!!

Wednesday, June 2, 2010

suka-suka hati

aku dah lama berangan nak cuti2 malaysia. tapi sementelah duit pun berkepak2 je lari. ade je halnya menjelma. pastu tiap2 kali berangan jela. nak gi ke sana..nak gi ke sini..bestnya kalu ade duit banyak berkepuk2 suka hati je nak buat ape. takyah pk duit tinggal sikit je kan...

so bile ade trip cikgu aulad ke cameron dengan suka hatinya aku on la nak ikut kan. dah bgtau kat abg 2 bulan sebelum pegi kot. gedebak gedebuk akhirnya 28 mei sampaila kitorg ke cameron sana. sebelum pegi ade member aku cakap takyahla bawak baju sejuk. rugi..buat berat beg je bawak sebab tak sejuk ponn. aku dah teragak2 dalam hati..tapi aku bawak jugak la kan. siap gi nyoping lagi sebelum berangkat baju sejuk aku. untuk faris ayahnya dah belikan. nenda pun ade belikan satu gak. bila cecah je kaki kat tempat tinggal sana..omak ai!! sojuk eh! paip air nak basuh tangan kemain sojuk! nak mandi je dapat air panas. tu pun tak bape nak panas tau. ngam2 la. air idung dah mula meleleh. pijak simen takleh tak guna stokin, kena sarung. huh...ini macam kalu...mmg macam org putih la berselubung atas bawah! tapi waktu tengahari dah kurg la sejuknya. nak jalan2 keluar tu cukup je pakai baju lengan panjang, cuma aku tetap sarung baju sejuk sebab terasa angin sejuk tu bertiup, brrrr.....

aku suke satu lagi sebabnya 29 mei ialah besday aku kan. yg ke...cakap jela, 30 taun. rasa seronokla sket sebab tengah dalam trip kan. taun lepas aku mana de celebrate sebab dlm pantang. aku takde hati nak celebrate2 tau. taun nih walopun tak dapat carik kek (makan kat gerai jek) aku tetap suke hati, huhu! sudah masuk kelab 30an aku nih.

aku tak banyak barang2 nak nyoping. cuma sobenir sikit2 untuk member ngan budak2 kelas. aku punye..ade la beli tshirt je. yg lain cuma jamu mata je. sayur2 cuma abg je beli untuk member dia and mak dia sebab ahad ptg sambung balik taiping lak. aku tak beli sebab...err...aku bukannya dok umah pon masak2. banyak masa dok umah mak je. abg pon balik memalam kan. bole kira la bape kali balik awal pastu kenala masak2. jadik supaya sayur2 tu tak layu terbuang begitu aje kalu aku beli..maka biar jela tak payah ku beli, wakakaka!!

org kata ape yg ade kat cameron? balik2 benda tu jugak. takde ape. tapi bagi aku best! sebab nya kalu dah lama tak pegi pastu dapat pegi jadik bestla. dapat lari dr cuaca panas kat bawah ni. kot pegi selalu mmg rasa boring la kan. baik pegi tiap2 6 bulan sekali ke..

kat sana mak siap ngangkut peralatan dan bahan2 nak masak2. nasib baik kat apartmen tu dah lengkap sumenya. tapi mak guna barang2 yg mak bawak je. siap masak2 goreng2 buat macam umah sendirik tau! buat nasik campur, nasik lemak, nasik goreng, goreng sambal, peh!! org lain aku tengok dok dlm bilik diam2 je sambil makan nasik tapau (kott..). bilik kitorg berdesir2 je bunyik kat dapur dengan aromanya yg sedap, ngeheheheh..best dok serumah ngan mak. macam2 mak masak mcm dok kat umah sendirik, heh!

lepas dah 3 hari di sana sume pun pakat balik. dah isnin nye keja kan. tapi aku ngan abg sambung cuti sebab nak balik ke taiping. ape2hal pun, hati tetap rasa gumbira dengan percutian ini walaupun bukan gi bercuti kat tempat2 havoc or grand2 bak kata org kan..janji hati hepi!

*lenkali nak panggil jet peribadi turunkan kat atas cameron sana leh tak? takyah la lalu kat jalan. gile pening aku weh! naik cameron takpe..kete slow. bab turun tu yg aku tak tahan. abg aku dah la bawak laju turun cameron. sikit je lagi aku nak muntah. lupe lagi beli ubat mabuk. hai..*















































About this blog