aku masih terpikirkan hari perjumpaan ibubapa pada sabtu lepas. alkisahnya sebagai cikgu nak kena tau apa yg nak diajar untuk besok hari. segala idea dan keperluan mesti dah ada. akan tetapi cara kita yg pantas hanya sesuai untuk murid yg cepat menangkap konsep yg diberi, tapi tak sesuai untuk mereka yg masih tercari2 rentak dalam pembelajaran. buat permulaan dulu, aku kasihan pada mereka yg baru masuk belajar masa umur 6 tahun..sayangnya baru nak belajar. baru nak kenal abc..baru nak belajar menulis. sudah ku ceritakan yg murid2 ini ku beri pada cikgu hanim untuk lebih tumpuan.
maka yg selebihnya ini di kelasku..masih lagi juga tak sama tahap kemahiran mereka. kalau ku lambatkan pengajaran, mereka yg sudah pandia rasa cepat boring dan banyak mengacau murid lain. ade 2/3 org yg sudah boleh masuk sekolah la. kalau ke cepatkan pengajaran, kesian pula pada mereka yg masih slow lg. hakikat pengajaran..banyak juga cabarannya. aku masih ada murid yg sudah 2 tahun di aulad jasmin, masih tak boleh lagi membaca sendiri. tiap kali ku suakan buku 'bacalah aulad', dia akan ingat depan lupa belakang, ingat belakang lupa depan (cth: baca 'buku'..'laju'..). mujur dia dapat ingat beberapa sukukata yg selalu digunakan. hati susah memikirkan bagaimana lagi harus ku lengkapkan dia sebelum ke tahun 1 nanti. alhamdulillah dia juga sudah semakin rajin menulis berbanding di awal tahun dulu..
ada juga yg tak mahir dalam bab matematik. antara faktornya ialah di aulad kami guna teknik mental arithmetik. jadi perlu mahir penggunaan jari asas untuk kira sa dan puluh, sedangkan di rumah ibubapa guna cara biasa saja untuk kira latihan, yg ingat kat otak dan sambung kira di jari..atau kira guna kedua2 belah tangan. mmg biasanya akan buat budak2 jadi keliru. jadi untuk kes sebegini, kena ulang semula dr asas..dan perlu dilatiih perlahan2 dari mula..
inilah untungnya ada perjumpaan ibubapa. dapat mengingatkan guru langkah yg tersasar dr landasan, dan dapat meneruskan membantu kanak2 ini. ada juga harapan melangit dr ibubapa agar mahukan anak mereka mahir membaca dan mengira. menulis kebanyakan mereka sudah mahir. perlu mahir kerna ada periksa untuk ke sekolah integrasi/ abim. yg sekolahnya ibarat sekolah swasta..dari pagi hingga ke petang. jadi periksanya sudah tentu sukar..bagi menyaring kemasukan murid. aduhh..untuk yg ini adalah cabaran jika anak itu di tahap sederhana tapi diletak harapan tinggi oleh ibubapa. mahukan kepandaian dlm jangka masa singkat. takpelah. demi kebaikan anak itu aku rela melebihkan masa dan melatih semula sedari awal.
~perlu di ingatkan pencapaian anak adalah berbeza antara setiap dari mereka. kita tidak boleh membandingkan kenapa anak itu lebih pandai kenapa anak ku tak pandai2 lg. yg lemah akan dapat juga faedahnya cuma tidak selaju murid yg bijak. anak itu akan mengutip ilmu secara perlahan dan ambil masa yg lama. dr sudut kajian juga telah menyatakan sedemikian. namun bagi mereka yg bertegas, apalah daya cikgu menolak. akan diusahakan juga untuk memberi mereka hasil yg sama seperti murid bijak, walaupun mengambil masa hingga ke hujung tahun nanti..~
gambar masa januari. untuk jun
aturan meja sudah berubah. bilangan murid
juga berubah
aturan meja sudah berubah. bilangan murid
juga berubah
No comments:
Post a Comment