Followers

Saturday, June 19, 2010

moral of the story - it's never too late!

sejak tadika aulad ditimpa musibah, semua cikgu dan kakitangan tertanya2..

-kena tutup kah aulad?

-kena samankah aulad?

-kalau aulad tutup camne ngan sumer pekerja? nak kerja mana?

-sahla..ni mesti lepas ni nama aulad jadik busuk la, kena blacklist!

-ala..naik cuti nanti ade hari report kad. camne nak berdepan ngan parents ni?

-ape jadik ek ngan cikgu yang jadik driver tuh? dia kena tindakan tak ngan prinsipal? takkan takde tindakan bila dah ade kes kematian nih. bukan memain...KES KEMATIAN TAU!!

mmg rasanya sumer kakitangan tak duduk diam sejak tersebarnya berita kes itu *YANG TIDAK TEPAT DI PAPER2*, ternanti2 tertunggu2 ape kisah, ape akan jadi dengan aulad. akhirnya kena juga dipanggil meeting untuk semua. *tapi yg hairannya tak sumer yg ade*

walau sekuat mana pun semua kakitangan inginkan guru itu dikenakan tindakan, dan tertunggu2 adekah masa meeting nanti akan diwar2kan bentuk tindakan tersebut, tetapi nyatanya..biarlah ianya menjadi RAHSIA.. rahsia antara dia dan jugak prinsipal dan penaung aulad. yang nyatanya kes itu membuka mata kepada yg lain akan tindakan penting yg perlu diambil oleh semua kakitangan. terutama sekali tentang KESELAMATAN KANAK2 di dalam mahupun berdekatan premis. org selalu kata..DAH TERNGANTUK BARU TERNGADAH. ye. perlu ambik pengajaran di sini. banyak prosedur yang longgar di kesemua premis cawangan aulad *termasuk la kat jasmin, huhu..*. oleh itu, biarlah tindakan untuk guru itu kita tidak hebohkan, tapi kita ambil kisahnya buat pengajaran untuk kita, supaya mengetatkan kawalan keselamatan khasnya untuk kanak2 tadika dan taska.

*ihhh..naik bulu roma aku pk kot ade budak cedera parah ke kena kidnap ke. aritu kes samun ragut depan tadika jasmin pun dah buat aku temenung panjang risau tahap gaban dah..(sampai kemek kancil aku si penyamun tu punya hal sebab moto dia tejatuh kena kejar auntie yg dia ragut tuh)*

1 comment:

Siti @ nurie said...

ha'ahlah farah..hr tu dok cter2 ngn asben..dia tanya pasal budak yg meninggal dlm van..dia kata kesian budak tu..laps tu teringt mak farah ada cter dlm blog..ct cter balik kat dia apa yg dlm blog tu cter..dia ckp " dah smpai ajal dia.Allah mungkin "ttup" mata cikgu tu"...
cuma bg ct, masa, cara kematian arwah, x kene tmpt dan ketikanya.ujian utk family arwah dan ujian utk tadika aulad

About this blog