aku pernah minat kat abg senior nih. satu sebab dia hensem and cute. dua sebab dia ahli grup nasyid. aku tak kisah walopun ade dgr yg dia kapel ngan akak sebatch dia. aku tetap minat kat dia. mula2 kenal dia masa kitorg satu kelab. dia pengerusi. pastu tiap2 ade mesyuarat kelab sure aku tertunggu2 nak jumpa dia, ahaks!! walopun dia mana kenal aku nih. kalu masa rehat tenampak dia lalu kat hall ke..ke toilet ke, wah...rasa teruja la dapat nampak dia tuh! at last dia tau gak aku suke kat dia sebab member aku bgtau. tapi dia cool jek. dia tau kot yg aku bukannya nak ngorat dia, hehehe..
masa dia dah abis spm banyak kali jugakla kitorg borak2 kat tepon. tah cane aku tau no tepon umah dia pun aku tak ingat. pastu dapat jumpa masa dia datang amik result spm, aku dah mintak siap2 dia punya kertas soalan. nak buat contoh latihan la tu gamaknya. sampaila masing2 dah tak konetk lg. sebabnya aku masuk matriks ukm kuala pilah, and aku dapat tau dia pun dulu masuk sana..so nanti kitorg sama universiti la..ukm. cumanya dia amik enjin aku amik sains. masa kat ukm kena minggu orientasi aku ternampak dia tengah jaga budak kolej dia..nampak dr jauh jela. and ade gak terjumpa lepas satu acara sukan kat padang ukm. sempat borak2 kejap masa tuh.
yg bestnya roomate aku sama kolej and kelas ngan dia nih. aku penahla tunjuk gambar dia, citer ape dia buat masa kat skolah. tak disangka2 boleh sama plak ngan roomate aku nih. slalu gi kolej member ni penahla tejumpa ngan dia. sampaila dah abis ukm tak penah lagi kontek2 ngan dia. opss..lupe lak. member aku cakap dia nih dah kapel ngan budak enjin gak. aku suke dengar dia camtu. aku tak jeles pun, sebab aku tak rasa nak sangat kat dia macam boyfriend. last skali jumpa baru ni masa member aku nih kawin. dia jemput sume budak2 enjin dia. so aku pun berpeluang jumpa dia nih. tengok dia dah pegang anak satu, wahhh!! terperanjat gakla sebab taktau yg dia dah kawin. bila tanya kat member, dia nih kawin ngan kapel dia yg budak enjin dulu gak. alhamdulillah...ade gak dia tegur tanya kabar..tanya anak dah bape. masa tu aku tengah peknenkan faris..5 bulan dalam perut. tunjuk jela anak ade dalam perut nih. baru nak ade anak, hehehe..suke suke suke!!
aku ade banyak lagi best friend yg dah lama tak kontek. antaranya si farid best friend masa kat matriks/ sama kelas. lepas dia kawin ngan kawan kelas gak terus menghilang tak dapat dikontek. dan jugak beberapa orang member yg lain. *sigh..hope to see ya all guyzz..*
No comments:
Post a Comment