aku cukup marah bila saban hari banyak kes buang bayi merata2. ke tong sampah, ke longkang, ke kolam, ke surau..ape ni? teruk sangat ke masyarakat skang? pandai buat tapi membunuh anak yang tak berdosa! kenapa masa buat tu tak ingat kot2 nanti termengandung ke, tengah subur ke..tak pasal2 hilang satu nyawa. mujur ade bayi yg masih hidup. yang lain? mati..mati..dan MATI!!! sedih tengok mayat bayi yang dah cukup sifat diserpih2 kan begitu saja. dibuang ke tong sampah??? buruk sangat kah bayi yang putih mulus itu? aku terkilan sangat2. kenapa masih ada manusia sebegini..
6 tahun yg lalu..aku dan suami menunggu2 seorang bayi dalamhidup kami. nak dikatakan tak subur..aku penah hamil2 kali. tapi ternyata rezeki bukan milik kami. janin yang dikandung cumasempat berada di dalam rahim selama 8 ke 9 minggu. entah2 sudah mati awal dari tarikh itu agaknya. kedua2 kehamilan mati dalam perut. keguguran pertama..dr kata kandungan dah takde, dah mati..kami berdua terdiam, terpinga2. sementelah kami baru saja bernikah taktau nak tanya ape2. dr tu pulak menunggu kami bertanya. dia hanya cakap sikit saja dan terus menyuruh aku buat d&c. dalam terpinga2 dan kesedihan mak suh amik pandangan kedua dia pusat rawatan azzahrah bangi. setelah ujian dibuat dr bgtau yg peratusan janin dalam rahim makin menurun. mmg menunjukkan janin sudah tiada. aku buat d&c di azzahrah. 1st time masuk bilik bedah.
2004, penghujung tahun juga aku skali lagi disahkan hamil. aku rasa gembira sangat. silapnya kali ni aku ke pusat rawatn biasa di kajang. aku bgtau dr yang aku pernah gugur, dan dibalas cuma 'takde ape2'. dan dia tak membuat sebarang rawatan penjagaan untuk aku yg pernah gugur. bila tiba waktu ke2/ ke3 kali temujanji, sejarah pun berulang kembali. sama juga. janin dah mati minggu ke 8/9. terus aku ke hosp pantai dengan mak..tapi tak jumpa dr yg mula2 dulu. kali ni jumpa dr lain. kami bertanya pada receptionist. dan dia tunjukkan beberapa org gynea...dan akhirnya kami memilih dato' dr nor ashikin mokhtar (dr nora). aku gembira kami memilih dia...dan setelah diperiksa ternyata janin ku dah tiada, dan aku disaran untuk buat d&c kali ke2. kedua kali aku masuk dewan bedah. hai la. susahnya nak buat anak...kenapa org yg bersekedudukan senang je dapat anak? kenapa org yg senang dapat anak maka dibuang2nya anak itu? sedangkan kami yg berhubungan secara halal..susah nak dapat anak. malah ade yg bertahun2 kawin masih belum ade rezeki. tapi dalam hati aku beristighfar...ini semua kuasa Allah..rezeki aku belum tiba.
bermula saat itu, segala2nya pun bermula. dr nora suruh aku kuruskan badan supaya dapat telur yg sihat. abg aku pun pernah dapat rawatan dengan dr nora. disuruhnya makan ubat buat penguat sperma. tapi akhirnya kami tak teruskan rawatan sebab...ubat suami satu botol saja cecah ratusan ringgit. tu tak masuk kos jumpa pakar..aduhh..dengan nak puasa..nak raya..nak guna bayar itu, bayar ini..last2 kami stop dulu jumpa dr. aku cuba2 makan jamu..makanan kesihatan..ubat itu,ubat ini..ada yg aku tak teruskan sebab pikir harga nya..aku pulak sampai stress bila tiap2 bulan period..maknanya aku tak peknen!! last2 aku tak rasa nak makan ape2 untuk bagi peknen. sampaila satu hari mak sajes aku cuba jus intra..dan dalam masa yg sama aku cuba produk sendayu tinggi..mak ngan ayah pulak ke mekah dan dibelikan aku serbuk kurma. aku pun makan+madu. hari2. aku buatkan jugak untuk suami. ditakdirkan tak berapa lama..aku hamil!! period aku lewat. kali ni aku berhati2. aku dah tau lewat dan aku tak angkat benda berat..cukup2 minggu lewat aku test sendiri kat toilet. suami cakap cuba awal pagi lepas bangun tido sebab waktu tu air kencing pekat. hasilnya +++++!!! wahhh...aku terkejut..terkelu..ter tak sangka, semua ada. bila jumpa dr nora maka sah lah aku peknen...
*baru je cikgu yati bagitau ade org nak bagi anak suh bela*
*baru je cikgu ani cakap suh carik anak angkat*
akhirnya...syukran ya allah!! kali ni aku mmg menyerah diri kat dr nora. aku kena suntik ubat penguat rahim selang seminggu..kemudian selang 2 minggu, kemudian selang sebulan sampaila kandungan genap 3 bulan. ubat diberi. amaran diberi supaya tak bersama sepanjang 3 bulan. suh tengok gambar2 baby dan perkara yang menyenangkan..dan akhirnya lahirlah Muhammad Faris Hafizin..permata hati kami, dan juga keluarga ku. juga sebelah suami sebab adi beradik ipar semua tak dapat anak lagi. cuma sorang je adik suami yg dapat anak. ditakdirkan abg suami sama2 dapat anak seiring dengan kami mereka berdua hampir 7 tahun baru isteri peknen. dan kami..lepas 5 tahun baru peknen juga. alhamdulillah...
...jangan dibuang anak itu. berikan pada yang memerlukan...
bersyukurlah sekiranya anda terus hamil sejurus pernikahan anda. sujud syukur banyak2..
No comments:
Post a Comment