Followers

Wednesday, March 24, 2010

minat kat dia ke?

aku pernah minat kat abg senior nih. satu sebab dia hensem and cute. dua sebab dia ahli grup nasyid. aku tak kisah walopun ade dgr yg dia kapel ngan akak sebatch dia. aku tetap minat kat dia. mula2 kenal dia masa kitorg satu kelab. dia pengerusi. pastu tiap2 ade mesyuarat kelab sure aku tertunggu2 nak jumpa dia, ahaks!! walopun dia mana kenal aku nih. kalu masa rehat tenampak dia lalu kat hall ke..ke toilet ke, wah...rasa teruja la dapat nampak dia tuh! at last dia tau gak aku suke kat dia sebab member aku bgtau. tapi dia cool jek. dia tau kot yg aku bukannya nak ngorat dia, hehehe..

masa dia dah abis spm banyak kali jugakla kitorg borak2 kat tepon. tah cane aku tau no tepon umah dia pun aku tak ingat. pastu dapat jumpa masa dia datang amik result spm, aku dah mintak siap2 dia punya kertas soalan. nak buat contoh latihan la tu gamaknya. sampaila masing2 dah tak konetk lg. sebabnya aku masuk matriks ukm kuala pilah, and aku dapat tau dia pun dulu masuk sana..so nanti kitorg sama universiti la..ukm. cumanya dia amik enjin aku amik sains. masa kat ukm kena minggu orientasi aku ternampak dia tengah jaga budak kolej dia..nampak dr jauh jela. and ade gak terjumpa lepas satu acara sukan kat padang ukm. sempat borak2 kejap masa tuh.

yg bestnya roomate aku sama kolej and kelas ngan dia nih. aku penahla tunjuk gambar dia, citer ape dia buat masa kat skolah. tak disangka2 boleh sama plak ngan roomate aku nih. slalu gi kolej member ni penahla tejumpa ngan dia. sampaila dah abis ukm tak penah lagi kontek2 ngan dia. opss..lupe lak. member aku cakap dia nih dah kapel ngan budak enjin gak. aku suke dengar dia camtu. aku tak jeles pun, sebab aku tak rasa nak sangat kat dia macam boyfriend. last skali jumpa baru ni masa member aku nih kawin. dia jemput sume budak2 enjin dia. so aku pun berpeluang jumpa dia nih. tengok dia dah pegang anak satu, wahhh!! terperanjat gakla sebab taktau yg dia dah kawin. bila tanya kat member, dia nih kawin ngan kapel dia yg budak enjin dulu gak. alhamdulillah...ade gak dia tegur tanya kabar..tanya anak dah bape. masa tu aku tengah peknenkan faris..5 bulan dalam perut. tunjuk jela anak ade dalam perut nih. baru nak ade anak, hehehe..suke suke suke!!

aku ade banyak lagi best friend yg dah lama tak kontek. antaranya si farid best friend masa kat matriks/ sama kelas. lepas dia kawin ngan kawan kelas gak terus menghilang tak dapat dikontek. dan jugak beberapa orang member yg lain. *sigh..hope to see ya all guyzz..*

Tuesday, March 16, 2010

anak itu anugerah

aku cukup marah bila saban hari banyak kes buang bayi merata2. ke tong sampah, ke longkang, ke kolam, ke surau..ape ni? teruk sangat ke masyarakat skang? pandai buat tapi membunuh anak yang tak berdosa! kenapa masa buat tu tak ingat kot2 nanti termengandung ke, tengah subur ke..tak pasal2 hilang satu nyawa. mujur ade bayi yg masih hidup. yang lain? mati..mati..dan MATI!!! sedih tengok mayat bayi yang dah cukup sifat diserpih2 kan begitu saja. dibuang ke tong sampah??? buruk sangat kah bayi yang putih mulus itu? aku terkilan sangat2. kenapa masih ada manusia sebegini..

6 tahun yg lalu..aku dan suami menunggu2 seorang bayi dalamhidup kami. nak dikatakan tak subur..aku penah hamil2 kali. tapi ternyata rezeki bukan milik kami. janin yang dikandung cumasempat berada di dalam rahim selama 8 ke 9 minggu. entah2 sudah mati awal dari tarikh itu agaknya. kedua2 kehamilan mati dalam perut. keguguran pertama..dr kata kandungan dah takde, dah mati..kami berdua terdiam, terpinga2. sementelah kami baru saja bernikah taktau nak tanya ape2. dr tu pulak menunggu kami bertanya. dia hanya cakap sikit saja dan terus menyuruh aku buat d&c. dalam terpinga2 dan kesedihan mak suh amik pandangan kedua dia pusat rawatan azzahrah bangi. setelah ujian dibuat dr bgtau yg peratusan janin dalam rahim makin menurun. mmg menunjukkan janin sudah tiada. aku buat d&c di azzahrah. 1st time masuk bilik bedah.

2004, penghujung tahun juga aku skali lagi disahkan hamil. a
ku rasa gembira sangat. silapnya kali ni aku ke pusat rawatn biasa di kajang. aku bgtau dr yang aku pernah gugur, dan dibalas cuma 'takde ape2'. dan dia tak membuat sebarang rawatan penjagaan untuk aku yg pernah gugur. bila tiba waktu ke2/ ke3 kali temujanji, sejarah pun berulang kembali. sama juga. janin dah mati minggu ke 8/9. terus aku ke hosp pantai dengan mak..tapi tak jumpa dr yg mula2 dulu. kali ni jumpa dr lain. kami bertanya pada receptionist. dan dia tunjukkan beberapa org gynea...dan akhirnya kami memilih dato' dr nor ashikin mokhtar (dr nora). aku gembira kami memilih dia...dan setelah diperiksa ternyata janin ku dah tiada, dan aku disaran untuk buat d&c kali ke2. kedua kali aku masuk dewan bedah. hai la. susahnya nak buat anak...kenapa org yg bersekedudukan senang je dapat anak? kenapa org yg senang dapat anak maka dibuang2nya anak itu? sedangkan kami yg berhubungan secara halal..susah nak dapat anak. malah ade yg bertahun2 kawin masih belum ade rezeki. tapi dalam hati aku beristighfar...ini semua kuasa Allah..rezeki aku belum tiba.

bermula saat itu, segala2nya pun bermula. dr nora suruh aku kurusk
an badan supaya dapat telur yg sihat. abg aku pun pernah dapat rawatan dengan dr nora. disuruhnya makan ubat buat penguat sperma. tapi akhirnya kami tak teruskan rawatan sebab...ubat suami satu botol saja cecah ratusan ringgit. tu tak masuk kos jumpa pakar..aduhh..dengan nak puasa..nak raya..nak guna bayar itu, bayar ini..last2 kami stop dulu jumpa dr. aku cuba2 makan jamu..makanan kesihatan..ubat itu,ubat ini..ada yg aku tak teruskan sebab pikir harga nya..aku pulak sampai stress bila tiap2 bulan period..maknanya aku tak peknen!! last2 aku tak rasa nak makan ape2 untuk bagi peknen. sampaila satu hari mak sajes aku cuba jus intra..dan dalam masa yg sama aku cuba produk sendayu tinggi..mak ngan ayah pulak ke mekah dan dibelikan aku serbuk kurma. aku pun makan+madu. hari2. aku buatkan jugak untuk suami. ditakdirkan tak berapa lama..aku hamil!! period aku lewat. kali ni aku berhati2. aku dah tau lewat dan aku tak angkat benda berat..cukup2 minggu lewat aku test sendiri kat toilet. suami cakap cuba awal pagi lepas bangun tido sebab waktu tu air kencing pekat. hasilnya +++++!!! wahhh...aku terkejut..terkelu..ter tak sangka, semua ada. bila jumpa dr nora maka sah lah aku peknen...

*baru je cikgu yati bagitau ade org nak bagi anak suh bela*
*baru je cikgu ani cakap suh carik anak angkat*


akhirnya...syukran ya allah!! kali ni aku mmg menyerah diri kat dr nora.
aku kena suntik ubat penguat rahim selang seminggu..kemudian selang 2 minggu, kemudian selang sebulan sampaila kandungan genap 3 bulan. ubat diberi. amaran diberi supaya tak bersama sepanjang 3 bulan. suh tengok gambar2 baby dan perkara yang menyenangkan..dan akhirnya lahirlah Muhammad Faris Hafizin..permata hati kami, dan juga keluarga ku. juga sebelah suami sebab adi beradik ipar semua tak dapat anak lagi. cuma sorang je adik suami yg dapat anak. ditakdirkan abg suami sama2 dapat anak seiring dengan kami mereka berdua hampir 7 tahun baru isteri peknen. dan kami..lepas 5 tahun baru peknen juga. alhamdulillah...


...jangan dibuang anak itu. berikan pada yang memerlukan...

bersyukurlah sekiranya anda terus hamil sejurus pernikahan anda. sujud syukur banyak2..

Saturday, March 6, 2010

jom makan!!

kamis lepas kitorg buat sandwich ngan budak2 ni. barang2 sume aku dah beli siap. roti, mentega, sos, telur rebus. bebudak ni excited bila nampak bahan2 ade atas meja. aku pun hulurkan la sorg satu dulang ngan piring nak buat alas sandwich. buat yg simple2 je. kopek kulit telur, hancurkan telur, sapu mentega, buh telur, buh sos. dah siap dan boleh dimakan.



tapi masing2 punya kekdah memang tak sama. ade tuh pandai sapu mentega nipis2 kat roti. ade plak buh selonggok mentega atas roti. ade yg pandai kopek kulit telur. ade plak yg hancur telur tuh gara2 nak kopek kulit. well..masing2 ade cara sendiri. at last sume suka dapat makan sandwich buatan sendiri.

*kena pastikan bilangan roti dan telur tak membazir. telur boleh dikongsi. roti boleh bagi sekeping je-belajar dari kesilapan*

About this blog