Followers

Wednesday, December 23, 2009

finally..they are here!!

alhamdulillah. jam 8.55 mak ayah selamat landing di klia, rabu 23/12/2009. jangkaan awal tiba rabu jam 12.30 pagi. tapi terlewat bertolak dari airport madinah disebabkan masalah tertentu. cek2 dengan klia kejap2 kata tiba kul 6.30 pagi. cek lagi kata kul 7.45. last skali barulah landing kul 8.55. kitorg dr rumah dah tunggu di petrol pam petronas sebab keluar aje pintu airport barula kitorg gerak amik diorg. mana leh tunggu kat sana (walopun ade je keta2 beratur tepi jalan dekat dgn pintu keluar).

sampai2 mmg terus peluk mak dan ayah. makteh, anak dia and pak ude dah tunggu siap2 kat sana. rindunya sampai berkaca2 mata. mak terus amik faris. faris yg baru jaga dari tido tecengang2 kejap macam nak cakap..'eh, ape yg berlaku ni? aku kat mana ni?' gitula. tapi dalam keta faris nangis kuat bila mak ayah pegang sebab dia terkejut kot. tetiba je kena pegang dengan sape ni? melalak2 la dia nangis. heheh..nak recall dulu. sebulan lebih tak jumpa uwan dan atuknya kan. tekejutla. dah lama2 tu barula faris ok dan nak dipegang2.

buat masa ni biarla mak ayah berehat2 dulu. ape2 hal tadika ke hal family ke akan diciterkan pelahan2. aku rasa tugasku ke tesco akan tetap bejalan jumaat nih kan. hehe...aku tak kesah. yg penting aku happy mak ayah dah balik. yahoo!!!
















Sunday, December 13, 2009

the milestone

faris 3 bulan - dah ada bunyi2
4 1/2 bulan - pandai meniarap
5 1/2 bulan - pandai menjulur & 'terbang tak bergerak', mula makan nestum
6 bulan - demam panas 2 minggu
7 bulan - merangkak, mula duduk, memanjat...ade gigi!! batuk sesema, demam panas,
campak! makan bubur, buah lembut, dah pandai cakap 'dada, te..te..a-boo,
a-goo, mamama, nak air (sila pecaya), elleh..tak..tak..' (haha..vocab dah banyak)

kulit makin besar makin putih. rasanya masa baby dulu gelap je kulitnya. takpela ngikut ayahnya..putih! badan pun makin tinggi. kalu beli baju dah takleh ikut umur dia. kena beli saiz lebih besar sebab dia panjang. baju yg umur dia dah sendat dan pendek (ikut ayah jugak. ayah tinggi). oh ye, dia dah pandai mengerenyet2 muka. macam muncung mulut, tarik hidung dan mata kecik..dapat bayang tak? cute sangat bila dia buat camtu! and..dah laju bile merangkak dan mencungkil2 lantai yg senang terkopek tu. kena alas dengan tikar getah nak tutup. haha..tak dapat nak bayang camne dia bila umur setaun sok. dah nak kat besday nih. dah ade kaki, lari sana lari sini. nanti mesti banyak ngikut ayah and nenda keluar. gi kedai la, gi jenjalan la...tau dah.

i'm so happy!!


Thursday, December 10, 2009

campak?

ngeee!!! faris kena campak halus!!! *err..ade ke campak kasar campak halus??* 4 hari dia demam panas. siang panas tapi menjelang petang ke malam ke pepagi makin panas. sampai tukar ubat kali ke2 barula demam kebah. tapi tadi balik je dr tadika kirin cakap dia ade bintik2. dan memang betul bintik2 dia makin banyak! pagi tadi sebelum gi tadika ade nampak bintik2 sket je kat tepi mata dia. mencabar jiwa raga bila jaga anak meragam time waktu tido. ni ruam2 campak belum betul2 naik ke kaki. alhamdulillah cepat jumpa dr. insyaallah takde pape. dahla dua minggu sebelum tu faris sesema batuk je. siap2 muntah2 lagi. huuuu...cepatla sembuh faris!!!

Sunday, December 6, 2009

tugas

salam semua.

tugasku masih belum berakhir. sejak dah masuk minggu ke2 cuti sekolah dah ada beberapa majlis kenduri jemputan untuk mak dan ayah yang harus aku penuhi (jimat kos masak!). ade yg dr parents aulad, kawan blogger mak, majlis sedara di melaka-katam quran, katan dan bertunang. kalau tak pegi sedara sepapat akan kenang hingga ke akhir hayat ye (kalau kita tak tegur bila dia ade pun akan di ingat2 ye. jadi harus di semat kat otak). sehingga sekarang, sudah ada beberapa jemputan yang aku dah buh siap2 dlm kalendar di bilik. jemputan dari jiran dekat, jiran jauh, sedara sebelah mak, sedara sebelah ayah, ustaz yg jadi saksi nikah yana tempoh hari...dan ada beberapa di antaranya yg bertembung tarikh antara satu sama lain. jadi untuk tak mengeciwakan org yg menjemput, kami adik beradik sepakat untuk pergi berasingan. grup 1 ke kenduri belah sana, grup 2 ke kenduri belah sini. kira wakil la untuk mak ayah dan adik2 yg lain. yg penting duit poket mesti taruk untuk menyatakan kehadiran dan tanda tahniah dr keluarga kami. ade kenduri di cheras, rinching hulu, bukit lintang melaka, rawang..tu tak termasuk jemputan dari kawan2 sendiri. bak kata kirin (yg ade jemputan dr member di melaka termasuk dr sedara).."ni dah tiap2 minggu turun melaka nih!". kami akan gigih untuk menghadiri setiap jemputan ittew!! *phew!*

aku masih tertunggu2 bila mak ayah nak balik. tarikh asal 22 dis masih tak bertukar. kabar2 yg menyatakan tarikh jemaah bertukar rasanya untuk mereka yg bertolak awal. yg bertolak akhir dan dari madinah masih kekal tarikh pulangnya. dan aku terbayang2 rumah ku di sana yg dah hampir sebulan tidak didiami. sekali sekala aku dan abg balik cuma nak mengambil bil/surat atau sekadar masuk menjengah ruang2 sepi itu (?). yang pasti rumput depan dan belakang rumah mmg dah makin tinggi!! *ceh..masakla nanti aku nak mengemasnya*

...dan aku masih mencari2 idea untuk persediaan mengajar tahun depan, ape abm nya, ape ringkasan mengajarnya. 2009 aku sekadar mengajar seorg budak dan berurusan di opis. 2010 aku akan mengajar kelas 6 tahun. atas keinginan aku juga kemahuan mak. katanya aku ade ilmu harus ku beri untuk mengajar budak2 itu. semuanya...urusan opis, kelas, tadika dan taska. cuti masih ada berbaki 4 minggu lg. nampak je lama lagi tapi kurasa ianya akan berlalu cepat sampai aku tak terkejar nak menyiapkan persiapan. harusku percepatkan agenda ku bermula isnin nanti-minggu ke 3 cuti sekolah.

About this blog