Followers

Monday, June 15, 2009

aku kaya??

aku dikategorikan berada dalam keluarga yang berpendapatan mencukupi dari mak ayah untuk menanggung kami 8 beradik. dari aku kecik sampaila aku dah kawin nih mana2 yg kenal aku sumernya kata aku anak orang kaya. yela..dok umah banglo la..keta banyak la..isk..cubala tanya dulu berapa isi dalam umah banglo mak ayah aku tuh. banglo pun bukannya banglo besar macam kat area keluarga mentua cat farish tuh (depan petronas dari bulatan ukm ke fasa3). belah sana mmg lagi besar dan membesarkan!! aku pun kagum. dlm umah tuh mak ayah aku=2. aku adik beradik=8..total 10. + maid=2..dah 12 (maid sorg kemas rumah..sorg bantu mak kat urusan tadika.taska) skang nih ade atuk aku dok skali..cubala kira bape jumlah sumer? pastu adik2 pun ramai yg masih lagi blaja kat kolej/universiti. banyak nak tanggung bebudak tuh sumer. aku kira dah lepasla pasal dah kawin.

aku rasa la diorg nih sumer kata aku orang kaya sebab tengok keja ayah aku kot. dulu2 masa sekolah sumer tau ayah aku keje lecturer. dah besar nih plak mak aku bukak tadika/taska..bisnes sendiri, tu yg org kata kaya tuh. diorg taktau camne siksanya mak aku nak balancekan pendapatan and pengeluaran. kekadang pengeluaran mmg melebihi pendapatan esp masa awal taun budak2 nak skolah. susah tau nak handle tadika/taska nih..ngan peralatan kelas, peralatan belajar/mengajar, makanan, utiliti, lesen, kerosakan, maintainance (betul ka eja?), sewa umah yg digunakan..yang org nampak mak aku dapat banyak je pendapatan hasil yuran bulanan. cuba jadik cam org kira cukai..buat list..agak2 camne?

pasal diorg ingat aku nih kaya la ramai x-bf aku menjauhkan diri dariku, huhu!! tahape2 la diorg. diorg ingat diorg asal org kampung kira tak layakla kawan ngan aku nih org bandar. sape member2 yg kenal aku ni taula aku nih jenis eksyen perasan kaya ke tak. lagi aku tak kuar duitpun ade tau. aku manala sangat pegi menyoping bagai kat mana2 mall yg gah2 tuh! paling pun kat warta..takpun alamanda..paling pun kat midvalley. window shopping je banyak. aku heranla x-bf2 aku dolu2. ade tuh sampai plan nak betunang la..nak risik la..last2 tak jadik. tahape2 tah. hah..abg aku gak yg sanggup hingga kehujung nak dapatkan aku. mak ayah dia pun org kampung gak tapi sporting. kekal kami sampai skang dah 6 taun kawin, alhamdulillah.

jadik..janganla pandang org dari luaran je. dari besarnya rumah mereka (kira dulu bape org penghuni dlm), bape bijik keta org tuh (dah adik beradik ramai..sorg satu pakai) dan baerapa banyak kah duit yg diperolehi drp bisnes seperti mak aku (cuba kira berapa kena keluar plak). and bila nampak org duit banyak jangan suka2 hati nak mintak2 ye. duit yg ada adalah untuk menanggung adik beradik lain + perbelanjaan semasa dlm era global nih. org senang2 je mintak duit (konon nak bayar balik tapi hampeh!!) ..yang menyimpan tuh makan hati je. simpan duit sendiri kalu nak berbelanja besar. sekian.

No comments:

About this blog