sudah menjelang penghabis hari. sudah melangkah ke rumah semula bawak adik. lama tinggal rumah kena pelan2 kemas. nasib haritu bibik mak tolong kemaskan rumah. skang tinggal kemas yg lain2 dan prepare sikit2 brg rumah. yelahkan, tak lama lagi nak masak2 balik.
adik sekarang sudah mula belajar minum ebm guna botol. guna puting yg leper. memula tolak2 juga ngan lidah. lama2 nyonyot juga. tapi kena pass kat maklang dia. masa tu bolehla nak mandi ke nak solat ke. tapi kena bawak adik ke bilik maklang lah. kalau tak tinggal di bilik tu, dia bantai nangis2 masa mak nya ke toilet or etc. cam tau2 je mak dia takde. masa dok sebelah sama2 elok je dia tido. hai sabar jelah adik ye.
dah balik rumah jenuh pulak nak mengangkut pam s3 tuh ngan beg2nya. botol2 mengepam masuk bakul susu abg faris. brg2 susu abg faris dah ada kat rumah sendiri so bakul tu macam kosong. guna angkut botol2 mengepam. rasanya nak kena carik pam manual lah. nak gi mana2 senang terus pam saja. tak payah nak angkut pam elektrik nak sarung corong pam nak sangkut tiub pam. urghh leceh jugak! kotla dalam keta breast rasa penuh ke masa nak balik kampung perak ke masa jalan2 makan2 ngan member ke kan. ada pam manual mana2 pun boleh pam. cuma single pam sajalah. and yet kena bawak cooler bag dan cooler pack nak kasi simpan susu yg dah diperah. nantilah tengok hujung bulan sok. yg s3 ni guna kat tadika nanti sebab dia double pumping dalam 15 minit dah guna dua2 belah breast. setakat skang nih tiap kali pam dapat 2 oz. org kata memang camtu masa pantang sbb baby hisap direct. tapi taktaulah masa keja nanti takde baby di sisi berapa banyak pulak output yg dapat. i tak kisah. janji i punya breast lega dah dikosongkan,. berapa output pun even 1 oz pun i ok je. janji kerap perah la sehari nak carik amaun yg adik minum. tapi perasan masa puasa aritu makan kurma dapat macam banyak juga even baru 1st time cuba2 puasa. tapi ada pening sket masa lepas pam and lepas direct feeding. supplement and nasik berlauk tak tinggal masa sahur and buka. insyaallah sebagai persiapan nak ramadhan nanti.
No comments:
Post a Comment