Followers

Friday, May 11, 2012

catatan penyusuan - hari ke 4

alhamdulillah hingga setakat ini aku masih lagi menyusu badan dengan adik baby. aku memang dah lama pasang niat nak breastfeed anak seterusnya lepas gagal menyusukan faris dek kerana kurang ilmu. kali ni aku dah prepare beli set pam spectra 3 dan buat bayaran ansuran sikit2 setiap bulan. botol2 sudah ada sikit masa yana peknen dulu tapi dia tak bf masa tu so aku just simpan saja botol dia. and now aku dah boleh guna.

-asas penyusuan adalah dengan menyusukan bayi seawal satu jam pertama kelahiran. yang ni aku tak dapat atas sebab yang telah diceritakan pada entri lalu. masa tu hati memang teringin sangat nak skin-to-skin dengan baby. dalam masuk sejam kedua kot dapat sekejap baringkan baby atas breast untuk cuba bf. baby dapat cium2 bau and jilat sket sebelum nurse datang untuk ambil baby buat ujian gula dan di feedkan dengan air glukos dan suplement. atas sebab medical aku pun tak boleh buat apa.

-cabaran seterusnya bila ramai yang datang melawat ke bilik dan kita teringin untuk bf tapi rasa segan dan malu. baby patut disusukan selang 2 ke 3 jam atau setiap kali baby mahu. masa ni teragak2 untuk buat depan orang. bila orang dah takde baru boleh cuba attachkan baby dengan susu badan.

-cabaran ketiga bila orang tengok kita cuba bf lalu diorang bertanyakan soalan "ada ke susu badan tu? cukup ke baby minum susu tu? baby asik nangis ni dia lapar. kena tambah susu tepung ni". untuk makluman 3 hari awal perut baby sekecik guli. cukup dengan kolostrum yang sikit tu. susu takkan keluar memancut2 dari breast. cuma mak dan baby kena belajar bf dengan kerapkan menghisap dari breast. hisapan yang kerap dapat merangsang lagi pengeluaran susu. baby nangis memang orang akan ingat baby lapar. tapi tangisan dia ada banyak sebab dr persekitaran seperti bunyi bising, cahaya terang, berak/kencing, nak dipeluk dan lain2. ibu baru nak belajar bf kena tahu dan kenal aspek2 ini. jadi perkara2 di atas sangat2 memerlukan sokongan dan kefahaman dari ahli keluarga dan orang di sekitar.


-cabaran ke4 adalah dengan memilih hospital rakan bayi. contoh macam hosp kerajaan memang dia tak bagi bawa botol ke wad. dia paksa juga suh susukan baby dengan susu badan. setiap masa dia akan cek dah beri susu badan ke belum. dia akan sentiasa bantu camne nak menyusukan untuk ibu2 yang tak mahir. tapi di hosp swasta macam di pantai walaupun dia menyokong penyusuan susu ibu, tapi langkah2 masih kurang mesra penyusuan. sejam pertama dia tak galakkan penyusuan. suruh ibu2 berehat dulu. beri baby pun  lambat untuk disusukan unless kita mintak pada nurse. and ikut pada nurse yang mesra penyusuan kalau dia faham dia offer kita. kalau tak dia biarkan sampai ke wad. so ibu2 perlu request pada nurse apa yg kita nak untuk baby. yg bagusnya dia benarkan rooming-in dengan baby untuk mudahkan ibu2 menyusukan anak. kenalpasti 'cue' baby nak menyusu.


itu baru sikit cabarannya. untuk aku yang baru hari ke4 ini aku cuba susukan adik baby setiap waktu menyusu. cabaran aku setakat ini..nak pastikan baby tenang masa menyusu. dia nak menyusu tapi hisap2 lepas, hisap2 lepas pastu melalak jerit kuat2. bila dah dapat rentak menyusu barula dia tenang menyusu sampai dia terlelap. masa menangis abg tanya juga ada susu ke tak. aku tunjukla kat dia susu ada ni ha-bila dipicit nipple ada terbit cairan kuning. dan sekarang aku sudah kena bengkak susu. teringat masa faris dulu pertama kali bengkak susu tapi aku tal bf kan faris. masa tu rasa nak nangis sebab breast keras macam batu. sap pernah kena tu dia taula kan. so kali ni aku preparela sikit2. mandi bawah air panas. tuam dengan botol panas. sikat2 guna sikat faris yang oren panjang tuh. and pam sikit memula guna tangan pastu guna pam spectra. pastu time menyusu baby hisap. alhamdulillah subuh ini rasa sakitnya sudah surut cuma tinggal bengkak keras macam batu aje. so harini target nak mengepam botol 2oz tu. kita tengoklah hasilnya nanti ye.


lastly, saya budak baru belajar dalam breastfeeding nih. namun saya punya niat untuk menyusukan baby walaupun baby dah tak dapat title 'ekslusif breastfeeding'. semoga saya dapat meneruskan penyusuan dengan sokongan keluarga. sambil mengutip pengalaman mereka yang dah berjaya dalam menyusukan anak. lagipun bonusnya...rahim cepat kecut, badan boleh kurus, anak pun sihat tak demam sesema selalu. benefit untuk mak tu yg mahal tuh ;). jumpa lagi!

3 comments:

Noni said...

Salam kak. Mengikut kefahaman saya, exclusive breasrfeeding ialah bila baby hanya menyusu dgn susu ibu. Maknanya utk kes akak ni, masih dikira exclusive bf la. Apa-apa pun, selamat menusukan anak. Enjoy your bf moments.

Psss... me bf my baby tooo. He's now 1 y and 3 months old, and still susu ibu sepenuhnya.

Go mama faris go!

~farra_~ said...

salam. tq datang komen eh :)

baby dah diberi air glukos masa lahir. pastuh dah diberi suplement (susu tepung) jadi tak dapatlah nak fully bf kalau gitu. cuma sampai skang akan make sure bf kan baby. alhamdulillah setakat ni ok dan dapat mula buat ebm sikit2. itupun buat penghilang sakit masa breast penuh

Noni said...

Betul2. Time susu melimpah ruah nilah rasanya dapat buat stok banyak2. Sy kalau time bengkak, 4-5 botol (5 oz) pun blh dapat. Seronok jek tgk susu byk, sakit pun lega.

About this blog