hari ini sudah ada perancangan mahu ke annur bangi. cuba2 la masuk ikut emergency kata saya punya kes nih kena masuk wad segera. ah sudah ku tahu dia sama dengan azzahra. kau kena datang hari bekerja buat apmt dulu dgn pakar then baru jumpa then baru decide. sama je halnya ngan gomen. cumanya aku tak bekenan ngan dewan bersalin serdang sebab tengok tempat dia, nak solat pun susah. doc penilai mulut lancang. nurse biarkan kita terkapai2 xtau nak buat ape next. kita sendiri kena tanya. husband tunggu di luar kepanasan tv rosak kipas takde tempat soolat lagila jauh kena menapak ke pintu depan hospital. dewan bersalin belah belakang. memang rasa nak menangis masa kat sana tau. so bila annur pun tolak emergency, setelah menimbang tolak tambah..ke pantai jugaklah kami menuju. ye. kat pantai medical centre memang selesa. alhamdulillah duit deposit pun tak payah nak buh banyak2. sok dah nak besalin baru topup. duit saving untuk deposit sini memang dah lama simpan. kerukla mana2 celah boleh keruk.
kat emergency pantai proses jadi mudah dan senang. sebab dah ada rekod melahirkan faris dulu di pantai masa 2009. dia cuma update butir2 lama saja. dan masuk ke bilik emergency sementara diorg kompemkan pada doc nora. rupa2nya dr nora dah tak deliver baby lagi. dia bagi kat partner dia. dia cuma handle klinik saja. maklumlah dr berpangkat datuk bz la jadual dia. sambil melayan faris kejap2 nak ke toilet sebab sejuk ekon kot..tetiba terasa la keluar sesuatu yg dah lama aku tak rasa. dan kompem itu adalah turunnya tanda darah macam datang bulan tiap2 bulan tu. wahh...dah mula rasa gabra nih! sampaila masuk ke wad darah masih turun tapi belum banyak lagi, dan belum ada rasa sakit2 contraction. cuma macam biasa perut mengeras saja. hmm..macam kena tunggu malam nih or besok saja untuk rasa sakit tu datang. nanti kita cerita lagi.
~mahu masuk wad untuk monitor kencing manis. sekali sudah turun darah..sekali harungla~
No comments:
Post a Comment