cuti sekolah kami perlu bekerja juga di tadika. untuk membuang alat2 abm lama yg dah terkoyak di dinding. membersihkan semula kelas. dan juga membuat abm yg baru. perlukan banyak manila kad, kertas warna dan alat tulis.
abm perlu ambil kira mengikut tahun, dan keperluan seseorang murid itu. yang mana belum pernah sekolah dan tak pernah menulis perlu ditunjukkan asas2 menulis dan kenal huruf dari mula. macam tu jugak matematik. perlu kenalkan nombor dan angka serta cara menulis nombor. insyaallah semoga tahun 2012 aulad jasmin dapat menambahkan bilangan muridnya.
di sini aku menyusuri celah kehidupan..bersama desiran angin bahagia..menguntai manik2 wajah kesayangan..
Followers
Wednesday, November 30, 2011
Sunday, November 27, 2011
awal muharram nov 2011 di kuala pilah
bersiaran dari kuala pilah. kami balik bawak atuk cuti 3 hari sampai isnin sempena cuti awal muharram. yg balik basyir, man, imah, yana 3 beranak dan aku 3 beranak. sampai2 semalam dengan diiringi hujan lebat kami terus dijamu masakan lemak cili api maklong yang sememangnya sedap itu. dengan ikan goreng bercili, sambal gesek buah kundang, perghhhh!!! masakan maklong memang terbaeklah!! sampai kami sumer makan bertambah2! terima kasih pada maklong dan paklong yang tolong jagakan rumah kampung atuk nih.
so, program besok hari adalah....BBQ!! memasak dan memanggang beramai2. sayang ni pun kirin, adik, husin dan ayah xde. ayah kena sakit mata plak. kalau sume ade mesti meriah makan bbq dengan nasik lemak mak, nyum..nyum!!

kabus pagi di kuala pilah
Thursday, November 24, 2011
sakit menusuk kalbu
awal pagi aku dah publish entry. pukul 4 lebih terkebil2 dalam wad (faris masuk wad demam seminggu). tapi dah abis karang aku delete balik. sbenarnya nak meluahkan sakit terbuku di dada tapi bila baca balik ayat nampak macam x sopan ler kata org. walaupun org yg buat aku sakit hati tuh tah dia sedar tah dia insap tah tidak.
aku dah terbayang2 di mata siap termimpi2 lagi pasal hal nih. punyala bagi kesan mendalam pada aku dan mungkin jugak pada mak prinsipal aulad. dia org kanan mak di cawangan aulad tapi dah membuat onar bertahun2. tikam kami dari belakang baru penghujung tahun ini kami dapat kebenarannya. tak malukah pada Allah yang Maha Mengetahui. saat usia sudah dihujung senja tapi pemikiran masih lagi berorientasikan dunia. kehendak dan nafsu mendahului akal. tugas yang diserahkan dikhianati malah diperbodoh2kan lagi kami ini. mak sebagai prinsipal dan kawan serta aku yang berurusan terus dengannya setiap bulan. tak kasihan kah dengan mak yang membayar gajinya setiap bulan...aku kesal dan keciwa dan terkilan. sudah seharusnya dia sebagai guru veteran menjadi contoh pada guru2 lain yg masih muda tapi inilah..akibat kelabu asap nampak habuan banyak depan mata..
sayang dikau jadi begitu. entah dimana sikap malumu. entah2 memang xde rasa malu mahupun rasa bersalah. terus terusan memperbodohkan kami. moga kau mendapat balasan setimpal dariNya..

Friday, November 18, 2011
berdoa
ku sudah boleh manaip dan menelaah berlama-laman di depan laptop ini. alhamdulillah pening mata berpinar dah takde. tinggal loya2 tak boleh bau-bauan saja masih ada. dan jugak sebab perut sebu. asik rasa tak sedap perut je. abg kata sebab minum teh ke makan benda2 berangin. tapi bila aku tak berapa selera nak makan pun perut rasa sebu jugak. kira dah memang tanda2 alahan org mengandung kot.
mabuk mengandung kali ni memang banyak mencabar emosi dan fizikal. bercampur baur bila badan sendiri rasa tak sedap sebab asik loya dan muntah sampai tertarik urat perut dan urat kepala sampai pandangan jadi hitam dan berbintang2! seksa bila mau gosok gigi sebab akan loya. seksa bila mau mandi sebab terpaksa hidu wangian dari sabun, dari syampu. memang ada sampai keluar jugaklah isi tekak masa mandi. kang takleh bersabun bersyampu kang mau tengik bau badan aku. setiap kali rasa nak muntah kena pegang dahi takpun tarik rambut atas kepala supaya 'urge' nak muntah tuh turun dari tekak. ye. aku cukup tak suka muntah! memang letih, lesu dan kusam badan dibuatnya. duduk pun kat umah mak dan org2 kat rumah ni lah yg banyak tolong urus dan melayan faris. aku dah terduduk.
alhamdulillah sekarang makin ok. aku pun dah planning untuk mula bekerja sepanjang cuti sekolah nanti. nak tunggu pendaftaran baru untuk 2012. banyak benda yg selalu normal aku buat sebelum peknen dulu aku nak sangat buat. buat urusan bayar bil sendiri. jalan2 shopping ke warta. beli barang2 faris. beli barang2 dapur. masak kat dapur (yg nih still xleh bau gorengan. sok kena banyak rebus2/bakar le gamaknya). apelagi? kuar makan2 ngan member. banyak lagilah. aku memang mohon je pada Allah supaya aku cepat sihat. diorg kat umah ni pun dah boring asik tengok muka aku aje. ngan cik abg lagila pergerakan terhad tak sama macam kat umah sendiri. phew...boleh tak nanti nak cuti barang 3/4 taun lagi. tutup kilang kejap. macam dah trauma pulak bila kena mabuk macam ni. pegi klinik bawak faris tengok diorg angkut anak beranak bederet 5 beradik 6 beradik kepala aku dah pusing dah. aku rasa aku tak mampu kot nak urus budak reramai. kang sumer benda lain tak terurus. ni pun masa aku mabuk ni pun dah bising kata aku tak buat keja.
insyaallah. moga Allah memberikan aku kesihatan. semoga aku cepat baik dari mabuk ini. dan semoga dapat buat rutin harian. dan diberi kesihatan yang baik sehingga saat melahirkan. fariss....cukuplah 2 beradik ek!

Tuesday, November 8, 2011
kisah terbaru
sudah lama entri baru tak ditulis. kebetulan kami sekeluarga baru saja pulang beraya haji di melaka. menghadiri tahlil arwah atuk ithnin dan melawat nenek di air molek. tapi tinggal beramai2 di apartment. ala..dulu2 dah duduk sini siap bawak beras periuk pinggan bagai. kali ni je tak bawak jadi makanan tu adalah dibeli saja di luar ye.
sebelum raya haji aku ke klinik untuk pemeriksaan baby. alhamdulillah sudah minggu ke-11. dan masa doc scan baby tu bergerak2 berpusing pulak. hah, aku rasa aku terpesona menengoknya. rasa cam excited pun ada kan. lepas tu doc cakap awak sudah ok tak payah lagi jumpa setiap 2minggu. jumpa selang sebulan pulak. dan doc cakap dah boleh makan macam2 masa raya haji ye. sebab sebelum ni kan lesu badan tak maya. aku rasa pun minggu ni aku dah segar sket dah takde pening2 teruk tu. yg ada cuma loya takleh bau sabun2 tu je ade lagi. moga2 dah masuk bulan ke-3 ni mabuk akan terus menghilang.
untuk makluman adik jejaka kami yg sulung dah nak bertunang jumaat nih. org nak kejar 11.11.11 lah katakan. bagi notis baru beberapa hari. mak ngan ayah pun ok dan dah bincang ngan org sana (alah seberang jalan sini je). insyaallah jumaat malam ni akan bertandang ke rumah pihak perempuan. ape2pun basyir kena abiskan belajar dulu la. belum abis blaja lagi tu. so tunggu ajelah hasil perbincangan nanti ye. see ya!

Subscribe to:
Posts (Atom)