Followers

Thursday, September 8, 2011

pendaftaran aulad jasmin 2012 dibuka

panasnya cuaca sekarang membahang. kalau malam tu maunya 2 kali mandi. dah mandi petang pastu buat keja2 dapur lagi mesti peluh2 sampai badan melekit rasa tak selesa. kalau tido pulak pasang kipas full volume. nasibla kami takde aircond. kalau cuaca sejuk rasa sejuk sangat sampai bukak kipas no 2 saja. hmm..takleh nak bayang camne tahap kepanasan mak masa di mekah yg suhunya 40 celcius lebih. terima sahaja..

kami di tadika aulad taman jasmin sudah membuka pendaftaran untuk sesi tahun 2012 akan datang. jika ada sesiapa yang berminat untuk pertanyaan boleh datang ke premis cawangan di taman jasmin jalan semenyih kajang. atau emel kan padaku: farra_f@yahoo.com. insyaallah tahun depan ku akan mengajar semula disebabkan permintaan yang tinggi. kepada ibubapa insyaallah segala kekurangan akan diperbaiki untuk tahun hadapan. jika ada sebarang cadangan juga boleh kemukakan ye. boleh lawati kami di facebook Tadika Aulad Taman Jasmin.

~besok jumaat kami akan berjamuan hari raya! mesti meriah sebab budak2 sume akan memakai baju raya yang warna warni :)

No comments:

About this blog