sudah genap perkahwinan kami 8 tahun pada hari ini, 16 ogos 2011. rasanya lepas bermacam2 perkara yang diharungi sebelum nih, maka untuk chapter seterusnya haruslah diperbaiki dengan memulakan azam dan tekad baru. ape2hal mendatang perlulah twist kaedah pemikiran dan perubahan dengan gaya dan cara yang lain pula. dah 8 tahun takkanla guna kaedah yg sama je kan. oleh itu kita mulakan dengan diri sendiri dulu~iaitu mencapai target kecantikan dan keselesaan badan. kalau dah selesa dengan badan sendiri barulah ianya dapat mempengaruhi org di sekeliling terutamanya encik suami. slow2...
dah 8 tahun kami tak dapat lagi nak bergurau senda dan mesra2 macam baru kawin dulu. tapi perlukan aspek lain untuk mendapatkan keselesaan dan kestabilan emosi dan intimasi. perubahan tidak dapat berlaku dalam jangkamasa yg pendek. perlukan masa untuk memperbaharui yg lama. kesannya? kena bersabar untuk melihat kesan positif yang diingini. harapan untuk peknen kembali tahun 2011 ini tidak tercapai atas sebab kekenduran dan kekurangan keharmonian. tahun 2012? jika semuanya telah pulih dan atas izin allah jua insyaallah ianya boleh berlaku. tapi jika masih juga tidak? hmm..mungkin anakanda kami hanyalah faris seorang sahaja. redha ajelah. keputusan ini dan kehendak hati perlu diiringi kedua pihak dan tidak akan tercapai dengan sebelah pihak saja.
semoga tahun ke-9 perkahwinan kami akan membuahkan sedikit keceriaan dan mendapat kerahmatan dari allah, insyaallah..
No comments:
Post a Comment