Followers

Monday, August 29, 2011

buat ketupat


salam ramadhan ke-29

smalam anyam sarung ketupat. bila abg dah balik pasar bawak daun terus amik untuk anyam. tapi keciwa sungguh sebab daunnya banyak yang tak cantik. pendek, buruk dan tak lebar. buat sajalah mana yang ada.




man






adik


faris pun buat keja juga


kirin


sambil ditemani radio lagu raya.
nampak tak daun itu yang tak cantik..




dah siap




mak msg nanti mak balik jumaat nak makan ketupat ngan rendang jugak. kenala carik daun yang lain dan anyam baru. yang ada ni pun nampak gaya banyak yang sarung kecik dr yang besar. ishh..tak best betul buat ngan daun cengginih.

pagi ni lepas sahur pakat isi beras dalam sarung pulak. berpeluh jugala nak sukat beras dari bucu ke bucu ketupat. sebab ape..kalau terkurang dari bucu nanti ketupat akan jadik lembik. kalau terlebih dari bucu akan jadik keras. macam bebudak ni slalu cakap-baling kat dinding pun dinding boleh pecah, kakakakak!! apepun kita tengok hasilnya bila bukak puasa petang ni ye.






Friday, August 26, 2011

preparation

salam ramadhan ke-26.

menu2 untuk hari raya nanti sudahpun dikeluarkan. senarai barang2 mentah yang mahu dibeli juga sudah ditulis. cadangnya ahad mau membeli barang dan akan bermulalah sesi anyam menganyam ketupat sebab isnin dah nak direbus. isnin insyaallah akan memantai ramai2. bak kata chef2 yg slalu masak kat dlm tv, prep..prep..prep..weehoo!!! prepare lah semua benda. raya pertama saja aku di bangi ngan adik beradik. raya kedua dah balik perak. tinggallah mereka semua sesama sendiri tunggu mak ayah balik jumaat nanti. tapi diorg balik melaka kami masih di perak. camno?? nak gak ikut. lama dah tak balik raya melaka.....

Sunday, August 21, 2011

ramadhan/syawal mereka di tanah suci

salam ramadhan ke-21.

di waktu ini mak dan ayah dah selamat tiba ke tanah haram. alhamdulillah. memang impian mak lama dulu nak merasai suasana berpuasa dan beraya di sana. tapi memandangkan perlu menguruskan hal adik2 yg masih belajar di waktu itu dan juga hal2 yg lain maka niat itu ditangguhkan sehinggalah ke tahun ini. maka tinggallah kami adik beradik bersama bibik meneruskan ramadhan sehingga ke hari raya nanti. insyaallah kami akan survive untuk membuat ketupat rendang lotong sambal sume. lagipun atuk ada di sini. juadah tersebut memang wajib disediakan. walaupun tak seenak masakan mak terutamanya pengisian beras dalam kelonsong ketupat (kalau org lain buat mesti ade yg terkeras atau terlembik, huhu!!). takpe. janji kami survive. jadi untuk anak2 cucu2 dan saudara mara yg nak melawat atuk dipersilakan datang kerna juadahnya masih sama seperti tahun2 sebelumnya. atuk kan tetap menanti kehadiran kamu semua. cuma nanti mesti terkenang2 air tangan masakan mak kan, huaaaa!!!

Tuesday, August 16, 2011

8 tahun sudah

sudah genap perkahwinan kami 8 tahun pada hari ini, 16 ogos 2011. rasanya lepas bermacam2 perkara yang diharungi sebelum nih, maka untuk chapter seterusnya haruslah diperbaiki dengan memulakan azam dan tekad baru. ape2hal mendatang perlulah twist kaedah pemikiran dan perubahan dengan gaya dan cara yang lain pula. dah 8 tahun takkanla guna kaedah yg sama je kan. oleh itu kita mulakan dengan diri sendiri dulu~iaitu mencapai target kecantikan dan keselesaan badan. kalau dah selesa dengan badan sendiri barulah ianya dapat mempengaruhi org di sekeliling terutamanya encik suami. slow2...

dah 8 tahun kami tak dapat lagi nak bergurau senda dan mesra2 macam baru kawin dulu. tapi perlukan aspek lain untuk mendapatkan keselesaan dan kestabilan emosi dan intimasi. perubahan tidak dapat berlaku dalam jangkamasa yg pendek. perlukan masa untuk memperbaharui yg lama. kesannya? kena bersabar untuk melihat kesan positif yang diingini. harapan untuk peknen kembali tahun 2011 ini tidak tercapai atas sebab kekenduran dan kekurangan keharmonian. tahun 2012? jika semuanya telah pulih dan atas izin allah jua insyaallah ianya boleh berlaku. tapi jika masih juga tidak? hmm..mungkin anakanda kami hanyalah faris seorang sahaja. redha ajelah. keputusan ini dan kehendak hati perlu diiringi kedua pihak dan tidak akan tercapai dengan sebelah pihak saja.

semoga tahun ke-9 perkahwinan kami akan membuahkan sedikit keceriaan dan mendapat kerahmatan dari allah, insyaallah..

Friday, August 12, 2011

iftar warga sharodz

salam ramadhan ke 12.

besok sabtu 13hb aku akan ke picc putrajaya. ada majlis buka puasa dengan member2 sharodz di sana. sharodz-smka sharifah rodziah melaka. tahun ni turn di kl. next yr di melaka pula. tahun lepas di melaka aku tak join pasal abg ajak balik perak. tapi tahun sebelumnya aku ada. baru nak join diorg sebab baru2 aktif di facebook. diorg dah bape kali buat gath ni sebelum nih. member sharodz-even aku skolah kat sharodz tiga tahun aje sampai form 3, pastu pindah ke smka maahad hamidiah kajang, adalah merupakan tahun2 yg terbaik bagi aku. sekolah sume pompuan beb! sayang betul aku pindah skolah pastu kan. rasa cam tertinggal plak kenangan best friend dormmate sebab aku dah bawa haluan ke lain dan diorg meneruskan sesi kat sharodz. so sebab tulah rasa cam tertinggal je bila diorg dok bincang gelak ketawa sana sini kan. tapi takpe. janji aku bekas warga sharodz, akan ku teruskan ukhwah fillah ini.

Thursday, August 4, 2011

awal ramadhan

salam ramadhan ke4.

baru2 mula puasa badan rasa tersangat letih. letih sebab tetiba kena bangun awal pagi nak masak2. selalu masa tu sedap je tido lagi. badan baru nak adapt kot. bukak puasa kat umah mak. mak yg masak2 menu yg sedap2. huh..selera makan! tapi apepun kira ade can nak kuruskan badan sket. yela, beratku sudah naik. perat post-natal faris dulu ade lagi yg tak terkurang, adehh!!

terbayang2 camne member yg tengah menyusukan anak mereka berpuasa. camne member yg tengah mengandung berpuasa. dan ade jugak yg baru mengandung nak tahan loya tak lalu makan tapi masih juga berpuasa. semoga allah memberikan kekuatan dan melindungi mereka sepanjang ramadhan ini.

~heee..bestnya tengok org peknen, nyusu anak..kan?
~faris pun puasa juga. makan tengahari, org bukak puasa baru makan nasi lagi. waktu lain minum susu saja..

About this blog