Followers

Tuesday, June 2, 2009

kasih sejati

aku ni seorang peminat dan penyayang pada kucing. aku slalu berangan nak bela kucing yang terbiar kat satu pusat khas untuk kucing. kira macam bisnes penjagaan kucing jalanan. sian nengok kucing2 tuh merayau2 sana sini..pastu ngan anak2 kucing yg kecik lagi taktau nak kemana..silap hb kena langgar. isk...tang ni la yg sebak di jiwa. slalu sangat jumpa anak kucing yang dah dilanggar di jalan. tinggal kesan bangkai penyek dan darah, eeee...;(

nak dijadikan citer, masa kitorg baru pindah ke rumah yang dibeli, abg telah meng'kidnap' sekor anak kucing jantan dr gerai makan di fasa 1 (kitorg penduduk asal bangi masih lagi panggil 'fasa' bukannya 'seksyen' seperti zaman kemajuan skang). jadikla kucing itu yg diberi nama'comel' sebagai residen tetap rumah baru kitorg. bila comel dah remaja (besar sketla dr kecik)..aku plak meng'adopt' sekor anak kucing yg tetiba dtg ke tadika. dia punya manja sampai naik atas pale, tak takut langsung. so aku yg baik hati nih amekla anak kucing betina itu ke rumah. cantik bulunya..ade 3 warna. so kat rumah tu berkawanla si comel ngan anak kucing tadi yg aku bagi nama 'puteh'.

penjagaan kucing nih banyak pada jaga bahan kumuh dia, makan and kebersihan rumah. spent untuk diorg nih tak banyak berbanding ngan kalu g klinik. kos dia, pehhh...kalah kita org biasa!
masa nih taktau lagi pasal pemandulan kucing, so si comel yg jantan itu dan si puteh yg betina itu bercampur gaul la sampaila satu ketika puteh aku tengok dah bunting. sahhh..ni musti comel punya pasal. generasi 1 anak puteh..ade 4 ekor. satu mati masa kecik tinggal 3 (hitam, belang, comot). diorg ni pun aku bela sampai besar. si comot je aku sempat mandulkan pasal dia sekor je betina. yg si mak dia puteh tak jugak aku mandulkan, isk...

bile kucing dah bertambah keja aku pun makin banyak la. tula pasal. takde keja carik keja. ha..nak sangat bela kucing, amek kau!!! yg hitam ngan belang nih jantan so banyak merayap keluar macamla bapak dia si comel. comot yg betina je banyak dok umah. isk..payah nak train dia membuang di pasir.

satu ketika kemudian, aku tengok puteh bunting lagi. laaa...baru 6 bulan dah peknen lagi. biar betul putehh..generasi 2 puteh, 4 ekor jugak. tapi yg sedihnya ade 1 tu mati sebab dia kena lenyek ngan tayar keta yg park depan umah jiran aku. dia kecik lagi pastu aku tak kurung dia merayapla lepak atas tayar org. agaknya org tu nak gerak keta dia lalu terlanggarla anak kucing tuh. aku balik keja tengok muka dia dah penyek sbelah..and biji mata terkeluar. sedihnya...!!!! kesal pun ade sebab tak kurung dia. isk..isk... kemudian 1 lagi anak kucing mati masa waktu malam. aku dengar bunyi sekawan anjing kat padang depan umah aku (near surau kauthar). kat sini mmg slalu anjing berkeliaran. memalam aku susah hati gak kalu kucing2 aku kena ngan anjing nih. sudahnya saheh la dah kena dah ngan anjing2 durjana itu. jiran aku nampak anak kucing dah mati tepi padang. dia tolong tanam. heeee....sob..sob... satu ari aku balik keja...sekor lagi hilang. tah merayap kemana. hai...nasib la. tinggal la si kecik tu sekor. tak silap nama dia 'kecik' kot.

masa ni la ade satu tragedi berlaku. kucing aku si puteh tetiba hilang. rasanya dekat 2 hari tak nampak. aku punyala sedihnya sampai aku doa lepas solat mintak jumpakan puteh. bangkai pun jadikla. boleh aku tanam. aku siap carik kat tepi padang tu..round keliling kawasan rumah carik si puteh, pun takde. ya allah..mana la dia pegi. aku dah nangis dah satu malam tu sampai bengkak mata. abg aku nengok semacam je bini dia nangis kat kucing, hehe..satu malam tergerak hati nak kuar rumah. aku masuk kawasan garaj. tetiba je aku toleh tepi garaj..nampak macam ada kucing. tak nampak sebab gelap. bile aku dekat je aku tau itu puteh!! ya allah...puteh dah balik!! aku nampak dia jilat2 badan dia. bila aku tengok betul2 rupa2nya badan dia cedera teruk. kulit badan dia belah tepi terkoyak teruk. takut plak nengoknya. aku bawak dia masuk dalam tunjuk kat abg aku. mmg teruk jugakla cedera puteh. terkopak kulit. aku tengok dia selamba je jilat2 area cedera tuh. abg aku kata ni mesti dia nyorok bawah pokok buluh kat padang sana. besoknya bawak g vet. doktor kata ni mesti pergaduhan yg besar, dan tak mustahil ianya dengan anjing, sebab kucing lain tak mampu buat sampai camtu. takpelah. kitorg rawat puteh sampai dia elok. doktor pun kata mmg kena kuarantin dia dlm rumah dalam sebulan nak bagi elok.

masa kuarantin ni tah cemana si puteh terlepas kuar masa aku nyidai baju. tak lama lepas tu aku tengok dia peknen lagi. lerrrr....dah gian sangat ke kena kurung je. sabar jela. macam ter banyak la pulak nanti kucing2 nih. tak lama tu lahirlah generasi 3 puteh. 4 ekor jugak. masa ni la aku rasa cam dah tak larat sangat nak jaga bebanyak. org sbelah pun dah bising. so kitorg plan nak buang kucing2 yg dah besar. abg aku suh buang sume. aku sayang plak ngan puteh. lagipun dia baru beranak. kecik lagi anak dia. yg lain pun aku sayang gak tapi nak wat cane. kena tutup jela mata bila nak buang tuh. sampai skang aku teringat2 lagi kat kucing2 sume. canela diorg menjaga diri. harapnya selamat dr kemalangan dan penyakit. dapat carik makanan sendiri. selamat dimana2 je. si puteh ngan anak baru dia aku bawak ke umah mak. aku cakap kat famili...'jap je. sok dh besar buang la'..

kat rumah mak plak ade satu kucing lain. kira residen tetap kat situ. namanya jordan si kucing jantan. kucing nih lain macam sket. dia pantang je nampak kucing asing datang terus nak gaduh je. kira 'dilarang jejak ke rumah aku'..camtula. dia tak sedar diri agak nya dia pun pendatang. tetiba je datang rumah mak masa mak ayah gi umrah pastu melepak situ sampaila skang. ceh..dengan gagahnya dia rasa tu rumah dia. so bile aku bawak puteh ngan anak2 kucing dlm sangkar dia dah mula semacam. tertengok2...terhidu2 dr beberapa meter. aku cuak gak kot dia terkam ke hape. memula puteh aku lepas bebas. banyak kali jugakla terkencing2 gaduh ngan jordan. pastuh aku ikat sebab dia dah pandai curi ikan kat dapur. anak dia plak kekadang aku bagi lepas sangkar untuk jalan2 kat situ. tah cane si jordan nih yg memang terer menghendap dapat mencengkam sekor anak kucing. digonggongnya masuk celah pokok bunga. mati la kucing tuh. selang beberapa hari masa aku kat umah..bibik call kata jordan tangkap lagi sekor. mati. laaa....aku geram gak ngan jordan. nak marah lelebih dia pun takde akal. agaknya dia geram ngan anak kucing tuh terkejar sana terkejar sini dlm sangkar, takpun masa lepas bebas arituh. sudahnya lagi 2 ekor yg tinggal aku jaga bebetul masa diorg lepas sangkar. siap bawak rotan dok kat tepi tuh kalu jordan datang intai. masa aku nak balik umah sangkar tuh aku ikat tak bagi terbukak sendiri, sampaila beberapa bulan..

alkisahnya tak lama pas tu aku peknen. mak dah mula cakap, buang aje kucing tuh. tak elok aku urus taik2 dia, hama dia masa aku tengah peknen. dahla susah nak peknen. akhrnya kerana mengenangkan kepentingan kandungan ini maka dengan paksa rela aku bagila abg aku buang si puteh dan anak2nya ke pasar borong. aku mmg paling blakang la tak tengok masa di angkut tuh. abg aku kata masa kat pasar puteh taknak turun dr sangkar. yela..dia dah biasa ngan kitorg tetiba nak suh dok tempat lain. last2 dipaksa kenala puteh rela jugak, macam aku la. huaaaaa....!!! sedihnya!!!! sampai skang aku still lagi teringat kat puteh, yg tak sempat aku mandulkan. tah bape kali dia bunting agaknya kat pasar tuh. sob..sob...sedihnya....

p/s nak donload file puteh lama nau. malas nak tunggu.

1 comment:

Ummi Abdullah said...

aku pun tingin nk bukak pusat penjagaan kucing!!!!

About this blog