Followers

Friday, December 23, 2011

you hurt me

hati yang ditelan rasa pahit

mata yang melihat rasa perit

nafas yang dihela rasa sempit

kaki yang memijak rasa sakit

tenanglah wahai hati

menahan gejolak dalam diri

walau tak mampu diungkapi

terus melangkah meniti hari

luka dan perit masih terasa

apakan daya ku manusia biasa

tak bisa pantas melupa

mereka yang menusuk-nusuk di jiwa


hai..bersabar jelah. kata terluka dan kecewa. belah kiri sakit menikam kalbu. belah kanan pedih menyucuk mata. nasib takde belah depan ngan belakang...ingatkan baby je dalam perut nih

Tuesday, December 20, 2011

alkisah ombak rindu

bila kirin komen pasal tengok ombak rindu (teman-haku-nak-sangat-nengoknya) aku dah agak memang bukan taste dia. hahaha! aku pun nak tengok tang mana hebatnya movie nih sampai nak cecah 11 juta. novel dia aku dah baca masa zaman sekolah dulu. apekan daya. citer dalam movie memang tak dapat menyamai kehebatan novel fauziah ashaari. mungkin produser nak kejar durasi masa 2 jam sampaikan tak sampai kisah romantiknya, kisah sedihnya, dan kisah menyampahnya. baru je rasa2 cam nak romantik (walopun kirin dah jolok tekak, huahuahua!!) scene dah abis cepat. baru je cam nak layan sedih syahdu, dah abis scene. dia takdela sedih sangat macam promo citer nih kata penonton siap bawak tisu berkotak2 kan. sedihla jugak sampai aku ade jugak part yg meleleh air mata. adela syahdu sket. itupun x dapat nak feel nau sebab dok layan faris yg dah rimas lepas sejam.

cuma yg best aku rasa is maya karin sebab dia persembahkan emosi pelbagai dan bolehla kata mendalam jugak. beza ngan watak dia yg lain. kena banyak pektis lagi. aaron aziz memang watak dia cam sama je ngan drama or movie dia lain walaupun berbekas jugala hati nengok air mata jantan dia kuar. tapi itulah. sebab nak kejar durasi yg pendek memang tak berbekas sangatla impak dia tuh. cuma jadik perintis kisah cinta musim baru nih aje. layan novel lagi best. siap nangis2 bengkak mata sanggup baca berjam2 atas katil sampai lemau, wakakakak!!

*bintang aku nak bagi....3 1/2 bintang dr 5*

Monday, December 19, 2011

dia..mereka,,kita..

aku tau sumer org tgh bersedih. hati rawan. bila pikir mak sedih hancur hati lagilah bergenang air mata aku. aku turut mengalir air mata sama. tapi bila sorang2 la. aku tak reti nak tunjuk emo aku depan org. lagi aku keraskan hati aku ade. mulut cakap merepek buat2 x paham tapi dalam hati aku turut nangis sama. apa yg boleh aku cakap? sabar jelah mak. busuk2 dia pun, darah daging kita. mak lagi lembut hati dari farah yg keras hati ni. nasib di masa depan? serah saja pada Allah. Dia yg mengetahui.....

Thursday, December 8, 2011

sakit!

dalam masa beberapa minggu nih macam2 penyakit kena. mula ngan sakit telinga membengkak nyut2 pas balik melaka dulu. tahan sampai 2,3 hari pastuh pegi ent. dah bernanah bengkak rupanya. pastuh balik n9 dah rasa tekak bengkak. sah pas balik bangi kena batuk sesema. mujur batuk sikit2 dan sesema tak banyak. tapi akibat sesema masih berbaki dalam kepala, kena sinus plak. sakit kepala macam kena hempap. sakit masa rukuk dan sujud. tak tahan sangat amik paracetamol jenis yg selamat untuk org peknen. dalam masa yg sama kena plak sakit mata-ni terjangkit dr ayahla nih. nasib tak bengkak melarat macam ayah. xmau jadik melarat terus ke klinik mata kat sini. cuma mata rasa melekat dan ade tahi mata. cuti kejap je dr pegi tadika.

itupun sebelum cuti sakit mata tuh dah pegi keja. dengan kepala yang berat tuh kan. pastu nak kena deal dengan kerenah org yg buat hal kat tadika tuh lagi. heee..dia dah tak handle register baru, tapi satu persatu akibat perbuatan dia tuh sampai ke telinga aku. dah budak2 nih masih datang lagi ke taska untuk nov dan disember nih. so dapat taula dr parents diorg. heee..sudah. lepas nih jangan kacau lagi meja daftar dan yuran budak. aku yg jaga kat jasmin skang kena jaga plak kat aulad situ semata2 nak pantau perjalanan daftar 2012. masa cuti ni aje. nanti bukak taun baru, prinsipal plak jaga situ. mau tak kepala aku sakit. hati memang dah sakit dah sejak november arituh. urut dada ngan urut kepala skali. mintak2 daftar baru 2012 nih ada dan rekod yuran bulanan dah tak terjejas lepas beberapa tahun nih. clean and clear!!

Monday, December 5, 2011

baby dah besar

kandungan sudah mencecah minggu ke-15. masa scan rasa takjub sangat tengok baby dah besar and dah boleh scan di perut takyah nak scan kot bawah tu. pastuh baby bergerak sangat akitf ye sepanjang sesi scan itu. mcm org baru peknen je padehal sudah 2 tahun dulu peknen. kali ni dapat pil 2 jenis yg besar2 nak kena telan. aduh..aku dahla fobia makan pil nih. paling cikai suka telan pun pil sesema yg cenonet tuh. tapi pikirkan memang khas untuk baby maka kugagahi jugak untuk menelannya walaupun...sampai tercekik2 di tekak gara2 takut nak telan pil. wakakak...bila dah cenggitu memang rasa nak muntah terus tekak tu jadik lebar and pil pun masuk dengan senangnya, puh!! punyala payah nak telan..nipun sudah mula sakit2 tulang punggung. sama macam masa faris dulu lenguh tulang belah kanan aje. wah..baru minggu 15 sudah sakit tulang blakang. banyak minggu lagi nih..


Wednesday, November 30, 2011

persiapan kelas

cuti sekolah kami perlu bekerja juga di tadika. untuk membuang alat2 abm lama yg dah terkoyak di dinding. membersihkan semula kelas. dan juga membuat abm yg baru. perlukan banyak manila kad, kertas warna dan alat tulis.

abm perlu ambil kira mengikut tahun, dan keperluan seseorang murid itu. yang mana belum pernah sekolah dan tak pernah menulis perlu ditunjukkan asas2 menulis dan kenal huruf dari mula. macam tu jugak matematik. perlu kenalkan nombor dan angka serta cara menulis nombor. insyaallah semoga tahun 2012 aulad jasmin dapat menambahkan bilangan muridnya.

Sunday, November 27, 2011

awal muharram nov 2011 di kuala pilah

bersiaran dari kuala pilah. kami balik bawak atuk cuti 3 hari sampai isnin sempena cuti awal muharram. yg balik basyir, man, imah, yana 3 beranak dan aku 3 beranak. sampai2 semalam dengan diiringi hujan lebat kami terus dijamu masakan lemak cili api maklong yang sememangnya sedap itu. dengan ikan goreng bercili, sambal gesek buah kundang, perghhhh!!! masakan maklong memang terbaeklah!! sampai kami sumer makan bertambah2! terima kasih pada maklong dan paklong yang tolong jagakan rumah kampung atuk nih.

so, program besok hari adalah....BBQ!! memasak dan memanggang beramai2. sayang ni pun kirin, adik, husin dan ayah xde. ayah kena sakit mata plak. kalau sume ade mesti meriah makan bbq dengan nasik lemak mak, nyum..nyum!!






















kabus pagi di kuala pilah


About this blog