alhamdulillah semalam kami selamat balik ke rumah. bunyi macam gi jalan jauh kan? padehal gi tido2 kat hosp pantai je pun. faris makin ok cuma tinggal batuk dan suaranya dah jadi serak2 basah gitu. keletahnya dah kembali semula. gitu gini duduk pantai 3 hari 3 malam dah cecah 3k. terima kasih pada prudential dan ejennya kak tijah, hehe..
hari ni? dah selamat kembali bekerja, uhuk2! dan aku pulak yg mula nak batuk dan sesema. hmmm..
di sini aku menyusuri celah kehidupan..bersama desiran angin bahagia..menguntai manik2 wajah kesayangan..
Followers
Tuesday, May 3, 2011
Sunday, May 1, 2011
faris hari ketiga
faris kena duduk lagi di wad. demamnya dah ansur baik. cuma batuk masih pekat lagi. dan doc suruh tinggal lagi satu hari untuk bagi faris gas biar cair kahaknya. alamat kami kena tinggal lagi di sini sampai besok hari keempat, huhu!! dan ayah faris pun kena balik amik kain baju yg dah surut..
Saturday, April 30, 2011
hari kedua faris
hari kedua di pantai medical hospital. faris dah mula nak makan dan dah aktif sikit2. pagi taknak makan lagi. tengahari dah nak makan sesuap dua nasi. petang menu western dah makan banyak juga. dengan mashed potato dan gravy soup. yg tak bestnya..habis kuar sume yg dimakan bila nurse datang bawak ubat, huhu! habis kena mandi balik. anyway, thanks to cik da and cik lala sebab sudi datang lawat faris ye! hope besok dah boleh balik.

tangguh percutian
aku dah merancang2 nak shoping sakan di trg. kami ade jemputan kenduri di sana hari ahad. cadangnya sabtu pagi nak bertolak. balik mungkin isnin. dan terbayang2 depan mata pegi pasar payang cuci mata. beli belah. mencicip2 kepok lekor yg sedap itu. *sigh..* tak jadik rupanya. anakku faris demam tak surut2 dah empat hari. skang ade di hosp pantai. demam batuk berpanjangan. hmm...tertangguh lagi trip percutian ku itu. bila dah tangguh tah bila lagi dapat nak berjalan lagi.
Saturday, April 23, 2011
faris 2 tahun
genap sudah umur faris 2 tahun. syukur alhamdulillah. anak yang sulung. anak pertama. lahirnya selepas 6 tahun menunggu. dengan segenap kudrat kami menjadi ibubapa. setelah 6 tahun selesa berdua. sikit sebanyak memang kekok dan serba tak kena jadinya. namun dialah penawar jiwa. jika tak ada si dia di sisi, bisa membuatku rasa resah gelisah. melayan kan si anak yg lasak dan manja hingga mengundang rasa iri si ayah. hmm..aku juga masih belajar menjadi ibu. juga menjadi isteri di waktu yg sama. setelah 2 tahun ini, rasa di hati ingin menambah ahli keluarga juga membuak. namun perlukan kerjasama dari kedua pihak. yang tak mungkin ku perolehi tika dan saat ini. banyak perkara yang berlaku. dan banyak juga yg menggores hatiku. namun ku telan jua semuanya. yang pasti luka di hati terasa parahnya. aku pasrah saja pada yang esa.
di saat faris umurnya 2 tahun, telah banyak kemajuan yang diperolehinya. percakapannya telah pun rancak. dan sering juga mengikut2 percakapan org di sekelling. bukan saja ungkapan malah juga tingkah laku org dewasa juga menjadi ikutan. hmm..sudah semakin petah, bijak dan lincah. juga semakin berat. uhh..sampai aku tak larat nak mendukungnya lama2 dek kerna cepat benar terasa lelahnya di pinggang. ohh..tengok sajalah gambarnya.
dialah permata dialah penawar. sering melempar senyuman dengan aksinya. walau kengkadang mengundang rasa geram di jiwa. namun akhirnya ku peluk jua si dia. geram..marah..tapi jika hilang di mata tercari2 kelibatnya. tertanya2 apakah yang sedang dilakukannya. itulah satu2nya penawar jiwa. tidak ku ketahui jika si dia itu yg terakhir? mungkin harus ditanya pada ayahnya.
selamat hari lahir faris. peluk cium dari mak untukmu.

di saat faris umurnya 2 tahun, telah banyak kemajuan yang diperolehinya. percakapannya telah pun rancak. dan sering juga mengikut2 percakapan org di sekelling. bukan saja ungkapan malah juga tingkah laku org dewasa juga menjadi ikutan. hmm..sudah semakin petah, bijak dan lincah. juga semakin berat. uhh..sampai aku tak larat nak mendukungnya lama2 dek kerna cepat benar terasa lelahnya di pinggang. ohh..tengok sajalah gambarnya.
dialah permata dialah penawar. sering melempar senyuman dengan aksinya. walau kengkadang mengundang rasa geram di jiwa. namun akhirnya ku peluk jua si dia. geram..marah..tapi jika hilang di mata tercari2 kelibatnya. tertanya2 apakah yang sedang dilakukannya. itulah satu2nya penawar jiwa. tidak ku ketahui jika si dia itu yg terakhir? mungkin harus ditanya pada ayahnya.
selamat hari lahir faris. peluk cium dari mak untukmu.
sedang mencuba mainan baru
Friday, April 22, 2011
buat mereka itu yg membaca blog ku.
aku tau ade x-pekerja yg lepas datang bukak blog aku and baca blog aku neh. bukan sorg, malah berdua. dan mungkin jugak bertiga dan berempat. saje nak tau ape citer tadika skang. nak tau ape aktiviti. dan nak tau jugak ape citer terbaru aku kan? kalau tak takkan la korg baca blog aku neh. aku tau korg dah dapat kerja yg lebih bagus di tadika lain. bagusla tuh. dan lebih bagus jika korg juga menjadi lebih bagus dari dulu. memang bagus. aku sokong jika korg2 buat benda2 yg bagus2 neh. hal2 yg korg tinggalkan di tadika sini, biar sajala di sini. walaupun korg berenti cabut lari saja. main pakai sms saja kan. takpelah. yang penting korg jadi yg lebih baik di sana. terima kasih atas segala bantuan dan khidmat kerja.
Tuesday, April 19, 2011
bahagialah kamu wahai sahabatku
aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi. kerana dengan limpah kurnianya maka kedua2 rakanku sedang meniti hari2 bahagia mereka. setelah saban lama dihempas pulas dengan derita dan dugaan. bukan sikit emosi yang tercalar. bukan sekelumit duka ditanggung. aku bersyukur padamu ya allah. semoga Kau memudahkan perjalanan mereka dalam menuju bahagia yang Engkau redhai. dalam menggapai pelamin angan di hati. di saat umur kami begini, tiada lagi waktu untuk bersuka ria seperti zaman remaja dulu. di waktu ini perlukan komitmen yang jitu. bukan lagi sekadar mainan di mulut lagi. ku doakan semoga dikau wahai ude dan dyla berjaya mengharung jalan yang terbentang luas ini sehingga ke akhirnya. dan dengan izinNya bersatu dengan pilihan jiwa kalian berdua. semoga tahun 2011 ini memberi sinar buat kalian. setelah pelbagai onak dan duri menimpa. syukur padaMu ya Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)






