Followers

Monday, July 29, 2013

monolog diri

sudah 20 ramadhan hari ini..

tiba-tiba sudah rasa ke penghujung. tiba-tiba rasa sekejap aje kita berpuasa. quran pun masih belum khatam lagi. kalau yg uzur lagilah tangguh khatamnya. tapi apepun bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara di bulan ramadhan ini. bulan yang mulia dan penuh barakah.

sesuatu yang jengkel di kala ini. tatkala mendengar lagu-lagu raya berkumandang. rasa berdetik di hati, puasa masih berbaki tapi lagu raya dah dinyanyikan. di waktu malam hari masing-masing berebut-rebut membeli belah padahal di 10 malam terakhir inilah turunnya lailatul qadar. nikmat duniawi ataupun keberkatan pahala yang kita kejarkan? kita belum pasti adakah masih berkesempatan menghela nafas esok hari. masih adakah waktu untuk kita berpuasa di esok harinya. atau adakah ramadhan ini adalah ramadhan kita yang terakhir kali. amat payah kita nak temui suasana yang mendambakan ramadhan. di kedai-kedai, pusat membeli belah, di dalam kereta, dimana-mana saja asiklah dengan lagu raya. dimana zikrullah, dimana tasbih, tahmid dan takbir. dimana tazjkirah-tazkirah akan kelebihan hari-hari berpuasa sementelah kita berpuasa sehingga hari ke-29. dimanakah level kehambaan dan kesyukuran kita ke atas nikmat Allah pada masa ini.

di saat umur sudah 30an, apa yg kupentingkan adalah kesihatan badan. sebab itu aku masih lagi makan shaklee. pentingkan makanan rohani. hati sudah tepu dengan lagu-lagu duniawi. malah sudah berkira-kira mahu mendaftar untuk haji. Allah, umurku belum kutahu hingga bila. namun yang pasti amalku masih terlalu sedikit buat bekalan nanti. Allahu Rabbi..

About this blog