Followers

Sunday, March 31, 2013

promo

minggu ini sudah minggu ketiga faris cuti sekolah. sakit haritu 2 minggu. baru nak gi sekolah dah cuti sekolah. dia dah elok cuma tinggal parut2 dan kesan kulit menggelupas. habis dicabutnya. kuat jugak penangan bijik2 sakit tangan kaki mulut nih. still bagi minum mealshake ngan esp shaklee, campur dalam susu dia. mudah2an eloklah nanti walaupun lambat. tengah nak buat blog shaklee. kalau ada yg dekat ngan cawangan shaklee boleh terus gunakan id saya ye. dapat harga ahli


farah bt hamirdin
id: 877178
hp: 016-2446506

Tuesday, March 12, 2013

tangan kaki mulut

harini sudah masuk hari ke3 faris kena sakit tangan, kaki, mulut. minggu ini terpaksa kenselkan urusan lepas waktu tadika. nak ke bank ke pos opis ke sume kensel. gara2 nak kena balik rumah jaga faris pulak. ayahnya masuk kerja tengahari. harini selasa kulihat biji2 kat badan macam ada kering sikit. tapi masih penuh dengan biji2. dahla faris putih melepak. rasa nak meleleh je air mata tengok kulit anak macamtu. penuh celah jari, atas tangan, tapak tangan, kaki, tapak kaki, celah punggung, muka. badan lagi penuh. tapi nampak dia aktif sikit harini. dah acah2 nak main ngan adik. aku risau je kalau dia nak pegang2 adik. dah terlompat2 pun ye jugak dia tu.

semalam isnin pagi ayah faris bawak ke azzahrah bangi. nampak makin teruk dia garu2 ahad malam. tapi masa tu tak banyak naik. lepas jumpa doc baru naik banyak kat sume tempat. aku balik kerja smalam tengok dia terbaring lemah je. nak gerak rasa sakit. tangan kaki nampak kembang je membengkak. malam lepas ayah dia mandikan terus sapu ubat. terjerit2 dia sakit masa kena sapu. sampai nangis2. aku yg tengok ni rasa nak luruh dah air mata. tapi kutahankan hati. rasa nak dipeluk2 tapi kang aku pegang adik, nyusukan adik. isyy...ayah dia dah pesan. lepas pegang faris kena cuci tangan. baju2 dia basuh asing. alas tidur ngan bantal guna yg tu aje jangan amik yg lain. botol, syringe sume kena steril. aku doa je banyak2 moga adik tak kena. banyak kesan sok kalau adik kena, nauzubillah.

faris, moga cepat sembuh. kamu dah sakit sejak kamis, bersin2 ngan batuk. terus demam masa naik hfmd ni. cepat baik ye faris. pilu hati mak tengok kulit macam tu.

Monday, March 4, 2013

10 bulan perjalanan penyusuan

menjelang 10 bulan umur adik hafiy. alhamdulillah sihat cuma sedikit demam batuk dan selsema. kali terakhir makan steroid prednisolone adalah bulan feb lepas, setelah 2hr di wad hosp. aku amalkn makan omega 3 shaklee atas saranan upline ku kak n untuk booster interferon. (upline tp ku belum aktif lg berbisnes. baru mula utk mkn sendiri dulu),. alhamdulillah setakat ini belum ada tanda2 bintik purpura kat kulit adik. sesema batuk nih kena ada vit yg sesuai untuk protect badan dr virus mcm vit c, nutriferon. ahh, bekalku sudah habis harusku top upkan semula. untuk faris aku dah bagi dia mealshake masuk dalam susu. dia kata susu sedap macam aiskrim. omega dia tak suka sebab dia tak reti makan apa jenis pil. mesti dia nak termuntah.

sekarang aku masih lagi menyusukan adik. lepas pulang dr tadika waktu zohor ku bagi direct feeding hingga ke malam dan sama2 berbaring di waktu tidur. serius aku takleh nak nyusu duduk nak2 adik sudah besar dah tak larat aku nak pangku dia lama2. aku pulak memang kaki tidur dan aku memang suka tidur, hehehe.. gaya adik menyusu sekarang sudah buas dan bergaya bebas. boleh berpusing 180 darjah or tertonggek2 sambil menyusu. dah takde lagi gaya sopan berpangku duduk diam2 ye. macam tulah jugak masa mandi dah terpusing sana sini takmo duduk diam2. kita ni risau time tengah sabun kot tergelincir ke ape ke. dia selamba je nak bangunlah niaraplah nak jenguk2 tab isi air sebab dia suka nak tepuk2 air dalam tab. sabar jelah.

ku masih lagi mengepam di waktu kerja. gigih ku usung beg gabak spectra3 dengan beg tadika dengan henbeg, phuh!! di kala ini hasil pamku adalah 2oz kiri/kanan atau 2.5oz kiri/kanan atau 2oz kiri/2.5oz kanan. masa merudum dulu dapat 1.5oz je untuk dua2 belah. lagi dahsyat cuma dapat 1.5 oz sekali pam atau 2oz sekali pam. phuh..ini memang nak kena guna ebm beku yg berapa kerat tu di rumah buat bekal susu adik besoknya. bulan mac ni tetiba ada pulak boleh buat ebm beku yg 2oz or 2.5oz. aku pun pelik sebab dulu susu merudum tetiba ada plak lebihan masa adik di taska. ke sebab adik dah ku bagi bekal bubur dia dah kurang minum. alah sampai tengahari je di taska lepas tu maklang dia amik lepas habis waktu tadika (taska adalah taska nenda punya ye, muahahaha! guna tempat nenda punya aje. abg faris pegi tadika nenda juga!)
hari minggu sabtu dan ahad memang tak mengepam sebab dah melekat aje ngan adik. walau takde dah stok ebm beku berbotol2, takde dah mengepam bagai, tapi ku masih ingat konsep menyusu. kosongkan breast setiap 3 jam. minum hingga rasa kosong then untuk  sesi seterusnya tukar ke belah satu lagi pula. yg kosong tadi akan di refill semula. ia masih ada jika kita terus2an menyusukan anak. jangan ingat ia tak full and rasa kosong je maknanya dah takde susu. ingat..faktor solid food juga mempengaruhi amaun susu yg anak minum. tapi jangan ikut macam daku yg tidak kuat semangat nak mengepam. jika ibu2 kuat azam silalh mengepam dna mengepam setiap 3 jam even hasil cuma 2oaz/3oz itu sudah cukup. jika 4kali pam sudah dapat berapa? hasil botol2 itu boleh dibawa pulang dan dicatukan untuk anak minum susu fresh esok hari. saya salute pada ibu2 yg rajin mengepam! 

doakan daku dapat menyusukan adik hingga setahun. risau juga haritu susu merudum stok untuk besok takde. gigih mengepam bila urusan rumah sudah beres, tapi skang dah tak mengepam cuma melekap ngan adik saja. haha, mentang2lah hasil pam kat tempat keja ada. ok, sudah 10 bulan adik hafiy!

emel saya: farra_f@yahoo.com- untuk pertanyaan vitamin shaklee yg telah saya cuba

About this blog