hari ini hari terakhir syawal. hari terakhir juga aku berpuasa enam. menggagahi diri untuk mengejar puasa 6 dihujung syawal. mujur masih sempat untuk aku menunaikannya. terasa2 seperti di bulan ramadhan~bangun pagi jam 4.30/5.00, panaskan nasi dan lauk, makan depan astro, bancuh air protein, makan vitamin...dan kerja seperti biasa. besok berakhirlah sudah syawal untuk tahun ini.
aku mahu menjemput kalian ke fanpage di facebook: SweetLings~banyak hidangan desert buatan tangan si adik dan emak. jemputlah lihat2. like sekali. kalau ada nak order boleh tinggalkan order di fanpage sana. cubalah untuk 10/20/30/50 sekali order ke. kalau kek tu mungkin boleh cuba untuk sebiji saja dulu kan.
oklah, till then..
faris skang tengah melalui fasa eksplorasi. tinggi imaginasi dia. dia gunakan apa saja benda yg ada kat depan mata dia. kadang2 rasa rimas, sesak nafas tengok dia main2 benda pastu biar je. bersepah2. tapi bila pikir 2x, dia tgh main benda2 tu.
patung zirafah dibuat mcm baby, ajak borak, ajak tido, nk tukarkn pampes, nak minum milk. tong botol air yg kosong disusun2 tinggi. mainan kereta dia pun susun tinggi2. kalau tengah lipat kain dia amik baju nk lipat juga. lepas tu kirai2 buat main. dia suka pakai baju ayahnya. butangkan sampai habis. dah pandai dah butang baju. tali pinggang ayah dia pun dicubanya. lepas tu tinggal. sarung tangan, sikat, minyak wangi, telekung, sejadah sampaikan aku punya serkup tudung pun nk dipakainya. diam2 dia buat dailog sorang2. lagi best bantal peluk adik pun dibuatnya tepon. dok helo helo tanya tu sapa buat apa..hmm..kadang2 rimas juga. tapi bila duduk tepi perati dia senyap2 aku biarkn ajelah. buat2 tutup mata je rumah bersepah, huhu!!