Followers

Saturday, January 28, 2012

di saat ini..

perut sudah mencecah ke angka 6 bulan. lincah bergerak ke sana ke sini. masa2 boleh gerak ni kan. perut pun rasa makin membesar. dan mengeras belah kanan. belah kiri masih boleh ditekan2, hehe..lagipun x lama lagi mau mengganti kelas cikgu mila. tengok dia pun dah mengah2 buat keja. tunggu masa nak cukup bulan jek.

aku gi tadika skang bawak faris. memula dulu rasa terganggu gak dia asik kacau aku ngaja. nasib baik cuma 3 org. amik budak 6 tahun paling lemah. baru masuk tadika. nanti pun mau masuk kelas besar jugak ganti mila mau bersalin. faris usik sana usik sini, takmau mandi, kencing dlm suar (baru train x guna pampes tp kekadang pakai juga masa tido/bejalan). tapi alhamdulillah lama2 faris mau belajar. kadang2 dia ikut apa yg aku ajar pada abg2/kakak kat kelas. doa2 sudah boleh ikut sikit2. ayat2 english pun dia boleh dah. lgpun kat umah ramai org speaking bi ngan dia, heheh..apepun rasanya dia ok. baru nak masuk 3 tahun kan. cuma time nih dia tengah serap bahasa/gaya org becakap. kalau bebudak tadika nih cakap ke buat ke cepat je dia ngikut. tu x masuk lagi famili dia becakap. sume dia ngikut. memang kena kontrol apa kita cakap skang. budak tengah menyerap ilmu, iskk..


keja faris dlm kelas, huhu!!

main kat playground mcd

faris ngan ayah

Sunday, January 22, 2012

kutip buah

skang d kampung kuala pilah. dah dua hari di sini. diorg tadi pegi mengutip buah keliling rumah. banyak buah rambutan manis2 sumenya. buah langsat pun ada. tengok2 abgku tengah manjat pokok langsat. yg lain2 kutip kat bawah. aku tak larat le nak tebongkok2 pusing sana sini. aku dah mengah. dahla suar yg aku pakai nih dah mengetat! kaki pulak sakit dr sendi paha ke pinggul. hallemak...duduk bangun duduk bangun terasa mengah. tapi selera makan tinggi! jap2 makan jap2 makan. besok kami balik la ke bangi. huarghh!!

Monday, January 16, 2012

5 bulan sudah..

baby sekarang sudah kerap bergerak2. tapi belum lagi rasa sampai kulit luar. cuma rasa dalam otot perut aje. time berehat baring2 tu dia aktif. siang ke malam ke. time tengah mengajar dia tak kerap. kekadang je ada rasa gerak. skang dah 21 minggu. nanti umur dah 8 ke 9 bulan lagila dapat rasa pergerakan yg sangat aktif. masa nih dah boleh nampak tendangan atau sikuan dia kat luar perut. maklumlah saiz dah besar ruang rahim pulak makin sempit. masa nih memang mengahla acik ye. aku teringat dulu sampai bertongkatkan payung bejalan masa peknen kan faris 9 bulan. nipun tengah x larat nak huha huha kat faris. bersuruh masa nak mandi ke nak makan ke. nak paksa2 aku dah x larat. mengah and sakit pinggang. kekadang dia nangis2 mintak dukung aku angkat tangan dah, very2 x larat. ni keja sampai kul 2 lebih urusan sana sini pun rasa nak tecabut pinggangku inih! urghhh!! bersabar ajelah sampai ke bulan ke-9 nanti.


Monday, January 9, 2012

rencana baru

alkisah 2012 nih bilangan murid di tadika aulad dan cawangannya adalah menurun. dan demi mengelakkan kejadian 2011 berulang dimana berlakunya defisit, maka prinsipal kena men 'down-sizing' kan mana2 yg patut. ada yg 2 lot kena tutup jadi corner lot satu saja. ada yg 4 cikgu jadi 3 cikgu saja. semuanya gara2 murid x ramai dan tak dapat nak tampung sewa rumah la, belanja barang tadika la, papela sume hal. takpelah. mana yg ada kita survive saja. sebab sayang nak tinggalkan customer macam di jasmin, ramai yg parents 2 tahun lepas datang hantar semula anak mereka yg lin. pastu yg di suggest kn oleh jiran/ rakan pun ada, yg anak diorg penah masuk sini. yg sambung adik beradik pun ada. yg dah ke tadika lain pun datang semula ke aulad jasmin. walaupun prasarana kami di jasmin biasa2 je takde yg canggih manggih, alhamdulillah parents lama pecaya nak hantar anak2 mereka. taun ni budak tadika dapat dalam 40 org. alhamdulillah.

Wednesday, January 4, 2012

bulan pertama 2012

sudah lama tak update. satu sebab maxis broadband disekat sebab cik abg x bayar bil, heheh..patah tangan kejap. sebab aku mabuk2 x larat bayar bil k3e pos opis maka cik abg yg tolong bayar. tapi bulan lepas miss. this time aku dah keja dah boleh bayar bil sendiri. banyak perkara lain juga berlaku...

1.-sibuk sangat nak prepare bukak sekolah. minggu2 terakhir hari cuti sabtu ahad isnin pun kena ke tadika terima daftar masuk

2-asik tak sihat jek. tu sakit sana sakit luar sakit dalam sakit. macam2 lah

3-majlis kawin adik husin. tapi aku x join pun sebab tengah sakit


sampailah ke hari ini hari pertama buka sekolah. alhamdulillah bertambah lagi daftar masuk. kelas 6 tahun dah penuh dan kalau bertambah lagi kena buka kelas 6 tahun baru. yg kelas 5 tahun masih ada kosong lagi. harapnya dapat bertambah seminggu dua nih.

haritu sabtu ada appmt dengan primanora tapi tunda sebab kena hari kenduri husin. minggu ni baru nak pegi lagi. dah sebulan lebih tak update tengok baby. tengok perut dah makin besar. rasanya skang nih minggu ke-19..

About this blog