Followers

Saturday, April 30, 2011

hari kedua faris

hari kedua di pantai medical hospital. faris dah mula nak makan dan dah aktif sikit2. pagi taknak makan lagi. tengahari dah nak makan sesuap dua nasi. petang menu western dah makan banyak juga. dengan mashed potato dan gravy soup. yg tak bestnya..habis kuar sume yg dimakan bila nurse datang bawak ubat, huhu! habis kena mandi balik. anyway, thanks to cik da and cik lala sebab sudi datang lawat faris ye! hope besok dah boleh balik.




tangguh percutian

aku dah merancang2 nak shoping sakan di trg. kami ade jemputan kenduri di sana hari ahad. cadangnya sabtu pagi nak bertolak. balik mungkin isnin. dan terbayang2 depan mata pegi pasar payang cuci mata. beli belah. mencicip2 kepok lekor yg sedap itu. *sigh..* tak jadik rupanya. anakku faris demam tak surut2 dah empat hari. skang ade di hosp pantai. demam batuk berpanjangan. hmm...tertangguh lagi trip percutian ku itu. bila dah tangguh tah bila lagi dapat nak berjalan lagi.

Saturday, April 23, 2011

faris 2 tahun

genap sudah umur faris 2 tahun. syukur alhamdulillah. anak yang sulung. anak pertama. lahirnya selepas 6 tahun menunggu. dengan segenap kudrat kami menjadi ibubapa. setelah 6 tahun selesa berdua. sikit sebanyak memang kekok dan serba tak kena jadinya. namun dialah penawar jiwa. jika tak ada si dia di sisi, bisa membuatku rasa resah gelisah. melayan kan si anak yg lasak dan manja hingga mengundang rasa iri si ayah. hmm..aku juga masih belajar menjadi ibu. juga menjadi isteri di waktu yg sama. setelah 2 tahun ini, rasa di hati ingin menambah ahli keluarga juga membuak. namun perlukan kerjasama dari kedua pihak. yang tak mungkin ku perolehi tika dan saat ini. banyak perkara yang berlaku. dan banyak juga yg menggores hatiku. namun ku telan jua semuanya. yang pasti luka di hati terasa parahnya. aku pasrah saja pada yang esa.

di saat faris umurnya 2 tahun, telah banyak kemajuan yang diperolehinya. percakapannya telah pun rancak. dan sering juga mengikut2 percakapan org di sekelling. bukan saja ungkapan malah juga tingkah laku org dewasa juga menjad
i ikutan. hmm..sudah semakin petah, bijak dan lincah. juga semakin berat. uhh..sampai aku tak larat nak mendukungnya lama2 dek kerna cepat benar terasa lelahnya di pinggang. ohh..tengok sajalah gambarnya.

dialah permata dialah penawar. sering melempar senyuman dengan aksinya. walau kengkadang mengundang rasa geram di jiwa. namun akhirnya ku peluk jua si dia. geram..marah..tapi jika hilang di mata tercari2 kelibatnya. tertanya2 apakah yang sedang dilakukannya. itulah satu2nya penawar jiwa. tidak ku ketahui jika si dia itu yg terakhir? mungkin harus ditanya pada ayahnya.

selamat hari lahir faris. peluk cium dari mak untukmu.


















sedang mencuba mainan baru




sudah pandai membuat aksi di alamanda


dah pandai buat 'peace'

masih makan dengan andung. manja.

Friday, April 22, 2011

buat mereka itu yg membaca blog ku.

aku tau ade x-pekerja yg lepas datang bukak blog aku and baca blog aku neh. bukan sorg, malah berdua. dan mungkin jugak bertiga dan berempat. saje nak tau ape citer tadika skang. nak tau ape aktiviti. dan nak tau jugak ape citer terbaru aku kan? kalau tak takkan la korg baca blog aku neh. aku tau korg dah dapat kerja yg lebih bagus di tadika lain. bagusla tuh. dan lebih bagus jika korg juga menjadi lebih bagus dari dulu. memang bagus. aku sokong jika korg2 buat benda2 yg bagus2 neh. hal2 yg korg tinggalkan di tadika sini, biar sajala di sini. walaupun korg berenti cabut lari saja. main pakai sms saja kan. takpelah. yang penting korg jadi yg lebih baik di sana. terima kasih atas segala bantuan dan khidmat kerja.

Tuesday, April 19, 2011

bahagialah kamu wahai sahabatku

aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi. kerana dengan limpah kurnianya maka kedua2 rakanku sedang meniti hari2 bahagia mereka. setelah saban lama dihempas pulas dengan derita dan dugaan. bukan sikit emosi yang tercalar. bukan sekelumit duka ditanggung. aku bersyukur padamu ya allah. semoga Kau memudahkan perjalanan mereka dalam menuju bahagia yang Engkau redhai. dalam menggapai pelamin angan di hati. di saat umur kami begini, tiada lagi waktu untuk bersuka ria seperti zaman remaja dulu. di waktu ini perlukan komitmen yang jitu. bukan lagi sekadar mainan di mulut lagi. ku doakan semoga dikau wahai ude dan dyla berjaya mengharung jalan yang terbentang luas ini sehingga ke akhirnya. dan dengan izinNya bersatu dengan pilihan jiwa kalian berdua. semoga tahun 2011 ini memberi sinar buat kalian. setelah pelbagai onak dan duri menimpa. syukur padaMu ya Allah..





Saturday, April 16, 2011

maryam dah ok

maryam dah tak nangis lagi..alhamdulillah. cuma tinggal merengek2 biasa saja. aritu ayah ada panggil ustaz datang ubatkan maryam. dalam masa yg sama kawan blogger mak bagi cadangan--suh pakai baju terbalik setiap petang. terbalik dalam ke luar. sungguh aku rasa takjub dan pelik bilamana dah tak dengar suara maryam menangis. bayangkan sebelum ni punyala kuat dia melalak setiap masa je dia celik mata okeh!! skang nih dah boleh duduk diam dan dah pandai senyum bila diagah. tak taulah mana satu yg mujarab. mungkin gabungan keduanya. tapi rasa syukur sangat alhamdulillah..

Friday, April 15, 2011

cikgu baru

insyaallah cikgu baru datang isnin. dah interview haritu. nampaknya macam ok. lagipun dah ade pengalaman ngajar kat tadika maria. nampak mmg boleh handle budak. yg sorang lg aritu berumur sket dr aku. dulu keja opis. ni nak mintak jadik cikgu tadika. tapi nampak gaya tak selesa ngan budak yg ramai. camno nak ajar budak kalau cenggitu lah kan. background pun dr keja opis jadi kurang sesuai tetiba nak ajar budak yg 20 lebih dlm kelas + 40 lebih urus total budak sume. yg lain2 tuh tepon kata nak part time la, lepas spm la. tak sesuai nak bagi kat mereka. yg lepas spm dah sah2 besok lusa cabut jugak nak sambung belajar tak pun nak keja tempat lain. yg part time nih kang esok lusa payah juga nanti big boss nak kena carik org lagi.

ade yg beranggapan kerja sebagai guru/pengasuh ni senang. hmm..takleh nak lepas gitu je goyang kaki. banyak keje yg perlu dilakukan. anak nak kena pastikan mahir 3m+agama. kalikan dengan 20. belajar 3jam saja sehari. agak2 cukup tak masa nak bagi diorg pandai? tu belum kira lagi yg lambat pick-up. masih tak reti menulis. baca sukukata pun belum dapat lagi. hmm..not an easy job. campur plak yg nakal dalam kelas kesana kesini kacau kawan buat kerja, sepah2 kelas, bersembang tapi keja tak siap lagi. memang satu cabaran jugak nak urus mereka. dan sudah semestinya perlu berdepan ngan parents. mana2 parents yg rajin tanya2kan hal anaknya di kelas. pencapaian anaknya. tapi ada jugak yg buat tak kisah je ngan keja anak. anak bawak balik kerja rumah pun dia tak tau. dia tak cek beg anak. sudahnya di kelas anaknya bawak keja yg tak siap. ada juga yg pesan suh buat keja di sekolah saja. jangan di bawak balik rumah. mak sibuk keja. balik nak rehat je. ade jugak org yg camni. takpelah. yang penting anak2 di tadika kami ajar juga mana2 yg termampu.

mintak2lah yg cikgu baru ni ok sebab dah ade pengalaman and dah kawin. yg sebelum2 ni anak dara baru tengah naik tu yg buat hal tuh. kena ulang balik ajaran dr sifu, huargggghh!!!!

Wednesday, April 13, 2011

nak free saja kah dengan kami?

baru tadi dapat tau citer. berlaku kegempakan di aulad cawangan 'teettttttt'!! mak bapak dah bergosips belakang2. dapat tau bila ada parents ni tanyakan pada cikgu. ape yg digosipkan? yg aulad berhentikan budak sebab dia lambat bayar. maknanya bila sape2 bayar yuran lambat dia kena berhenti dr sekolah. ada tak sape2 parents cuba datang tanya ape kes yg sebenarnya? citer nih aku dah tulis sebelum nih. budak nih dia dah sekolah menengah. duduk di aulad ni kira macam transit lah. siap2 sebelum nak ke sekolah. ape kesnya?? dia nih duduk dari dia sekolah rendah sampaila dah sekolah menengah tah form bape...tak penah bayar! aku ulang semula...TAK PERNAH BAYAR!!!! bapak dia dedulu konon2 nya nak dapatkan harga spesel sebab dia kenal ngan ayah aku. jadik nak kenen2 la untuk dapat harga diskaun. tup2 main hantar saja anak ke premis tersebut. dengan tak berbayar selama tempoh anaknya di tadika. dahla pernah disuruhnya cikgu2 yg hantar budak tu ke sekolah selama setahun. ade ke patut?? awal tahun nih big bos suh tanyakan pada cikgu di sana, no bapak dia. bila dah dapat contact seperti biasa tau sajala ayat manis mulut mintak kesian gitu gini. aku nih keja track rekod budak sapa2 tak bayar ke, lambat bayar ke, tertunggak lama2 ke kan, aku siap dlm rekod. bila kes camni jadi memangla aku baran. kalau korg buat bisnes pastuh customer asik2 tangguh bayar ngelat sana sini.. tak ke boleh lingkup bisnes dibuatnya. nak kan servis bagus je untuk anak dia. tapi bayar nya habuk pun tarak. memang tiap kali aku datang sana aku jumpa je budak tuh aku suh dia cakap ngan bapak dia suh bayar. ini taun dah taun ke empat okeh! kau main free je letak anak tak bayar langsung! alih2 ade pulak mulut2 becakap belakang kata kami ni akan berhentikan sape2 yg bayar lambat. amboi amboi..kalau betul jujur dan hendakkan servis kita kenala terima apa syarat dr kita. bayaran memang mana2 tempat pun sama je kau nak servis baik kau kena bayar lah. kalau kau nak free kau pegi carik tempat lain. banyak betul cengkadak kau.

aku kalau betul parents tu ada masalah memang aku boleh bertolak ansur. di jasmin pun tiap2 tahun ada parents yg tak dapat nak bayar ontime tapi mereka rajin buat payment tertunggak tu setiap bulan. aku terima jika mereka sebegini. tapi tidak jika saja suka2 nak servis free. aku rasalah anak dia tu malu kot dok situ dah aku asik mintak je dia cakap kat bapak dia bila nak bayar, last2 budak tu berenti sendiri. bukan diberhentikan ye. harap maklum.

Tuesday, April 12, 2011

diorg bercuti

mak nak ke beijing malam ni

kirin ikut

imah ikut

husin ikut

aku?

tak ikut!!!

kena tinggal la

lagipun aku keja

nanti nak jaga umah lagi

hai..lah

bila la dapat rasa travel2 nih

dalam mesia pon tak lepas lagik

bestnya diorg pegi....

sob..sob..sob..srettt!!!

Thursday, April 7, 2011

mencari standard yang tinggi saja

entah apalah nasib lepas satu, satu yg menimpa. kalau nak dikatakan kami di jasmin ni tak popular, popular jugak. sebab apa, tiap2 tahun ada saja adik2 kepada bekas murid terdahulu akan sambung belajar di jasmin. ramai drp mereka adalah customer yg lama. yg pernah menghantar anak2 mereka yg kini dah sekolah rendah ataupun sekolah menengah. yg customer baru pun beriya2 juga nak menghantar sebab dengar dari rakan2 mahupun jiran2 mereka mengatakan tadika aulad jasmin adalah tadika yg terbaik. bukan itu saja, di sekolah agama juga ustazah2 banyak menyatakan yang murid dr tadika aulad sangat cepat dapat keputusan yg tinggi dalam hafazan mahupun bidang agama yang lain kerna dah dibiasakan sejak di tadika lagi. di sekolah kebangsaan, tak terkira ramai juga bekas murid aulad yang asik mendapat nombor tertinggi kerana masing2 dah expert dalam silibus sekolah dimana kami di aulad sering mengajar silibus yang sama malah lebih tinggi dr di sekolah kebangsaan. inilah antara sebab masih ada lagi customer yg nak menghantar anak2 mereka walaupun sudah bulan april. walaupun tempat sudah penuh. tahun ini saja jumlah murid di aulad jasmin naik mendadak sehingga penuh 2 buah kelas. penuh yg dalam erti kata 20/21 orang sekelas. ada lagi permintaan untuk menambah lagi namun kami tak dapat nak terima lebih2 lg nak sumbat murid ramai2 sehingga lebih 25 org di kelas tersebut. terpaksa jua kami tolak dan sampaikan kepada mereka yg mereka juga boleh ke aulad mesra yang terletak di jalan cheras kajang. hala ke tesco sebelah sana saja. boleh guna highway silk dr kawasan semenyih.

namun dalam ramai2 customer yg tak putus2 nak masuk kan anak mereka, ada juga customer baru yg walaupun ada parents lain pertama kali hantar anak mereka, tapi tak seperti orang ini. sejak dari mendaftar lagi sudah diasak dengan pelbagai soalan2 dan andaian negatif dan berprasangka. kata di mulut sangat gah hinggakan cikgu2 yg menyambut daftar itu rasa macam kecik saja. cakap mulut berbuih2 demand nak cikgu buat begitu cikgu buat begini. tiap2 tahun mesti ada saja mereka2 ini yg melebih2 dalam setiap tindakan dan tutur kata. hairannya customer lama yg dah biasa dengan aulad ok saja dengan kami. malah dah kenal rapat dengan kami dan takde sebarang masalah dengan kami. setiap perkara yang berbangkit akan dirujuk kepada kami memandangkan kamilah guru barisan hadapan yang berdepan dengan anak2 mereka. namun yang sekelumit ini sajalah yang setiap tahun membuat onar. memandang tinggi pada diri sendiri, memandang rendah pada setiap tindakan dan ajaran kami di tadika. mentang2lah kami ni sekadar GURU TADIKA SAHAJA..tak layak nak dipandang tinggi. kami tau setiap dr customer itu merekalah saja yang betul walaupun apa yang mereka utarakan adalah langsung tiada sebarang tolak ansur atau berdiplomasi. sehinggakan ada pepatah yang menyatakan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT!. tapi kalau dah jenis mereka yg seperti ini yang setiap masa saja asik nak komplen sana sini itu tak betul ini tak kena, jadi sikit sebanyak rasa hormat pada mereka ini menjadi kurang. kalau setakat cakap banyak nak komplen saja tapi tak pernah nak datang tanya situasi sebenar baik tak payah. walaupun begitu, tugas harus diteruskan saja walaupun terpaksa berdepan dengan mereka2 yg sedemikian. nasib baik mereka yg begitu anak2 mereka umur 6 tahun. dah tak payah nak jumpa lagi di tahun depan. next time masa daftar sapa2 yg cerewet sangat macam2 komplen kami nak sajes saja mereka carik sajala tadika lain yang high standard macam mereka. jangan lagi mencari kami yg tadika tak seberapa ni untuk menjadi tapak pembelajaran anak anda. pergilah carik tadika yang kemudahannya ribu2. yg gurunya ramai. yg pusatnya terhias cantik. yg taman permainannya besar. kami cuma beroperasi cara sederhana. dengan sederhana itulah kami membentuk akademik dan sahsiah murid sehingga ramai yang berjaya di sekolah kebangsaan/sekolah agama. kami tak minta untuk dipandang rendah dan di rendah2kan maruah dan kesabaran kami.

Monday, April 4, 2011

sukan aulad sederhana namun meriah

telah selesai sukan aulad semalam

saya rasa amat suka

walaupun aulad jasmin banyak dapat no 3 dan saguhati, ngeh2

saya tak ambik gambar

jadi tiada gambar2 dapat diberi

cuma boleh lihat di blog pengetua

budak jasmin ramai yg terkejut agaknya

dengan jeritan wisel dan hiruk pikuk sokongan ibubapa

terus larian pemula menjadi sumbang

tapi ku suka sekali

kerna tahun ini ku dapat hamper lagi

berkat no yang bertuah lagi tahun ini

tahun lepas baru dapat

sedangkan tahun2 sebelumnya tak dapat langsung

org kata sekali dapat, akan dapat untuk seterusnya, ye tak? hehe..

semoga tahun depan hadiah paling hebat adalah lebih dr hamper

dan nomborku juga akan kembali bertuah ;)

yang pasti..

tugasan kerja lebih berat menanti

buat menghadapi peperiksaan murid sebelum cuti penggal nanti

dengan prestasi anak murid yang belum pasti

akibat cikgunya yang cabut lari sungguh tak makan budi

takpelah anak2..

kita buatlah mana yang termampu

bersukan lagi kita tahun depan ye!

About this blog